GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 1 Oktober 2013

Jaga adab ketika joging

Penduduk berjoging di sekitar Istana Diraja yang terletak di tengah ibu kota Tokyo.

Tokyo: Pihak berkuasa memberi amaran tegas kepada penduduk berjoging supaya tidak bersikap kasar dan biadab ketika melakukan larian di sekitar Istana Diraja yang terletak di tengah ibu kota Tokyo. 

Seorang pegawai istana berkata, amaran itu dikeluarkan selepas mereka menerima beberapa aduan daripada pelancong dan warga tempatan terutama warga tua dirempuh dari belakang oleh mereka yang berjoging. 

Lebih menyakitkan hati pengadu, orang yang melanggar mereka meneruskan larian tanpa meminta maaf. 


“Dalam kes tertentu, mangsa diejek atau dijerit oleh mereka yang berjoging,” kata pegawai itu dari pejabat Chiyoda-ku yang menguruskan hal ehwal diraja. 

Walaupun persekitaran rasmi maharaja itu adalah kawasan larangan kepada orang awam, sebahagian besarnya boleh digunakan oleh penduduk dengan 10,000 orang berjoging setiap hari di situ. 

Pasang papan tanda 

Pegawai Chiyoda-ku berkata, mereka menerima hampir 100 aduan sejak tiga hingga empat tahun lalu. 
Kini, mereka memasang papan tanda di kawasan berkenaan bagi menggesa pelari mematuhi undang-undang iaitu memberi laluan kepada orang awam, berlari mengikut arah lawan jam dengan berhemah. 

Jepun mempunyai etika peri laku ketat yang menetapkan semua perkara termasuk bagaimana menggunakan sistem kereta api bawah tanah hinggalah cara penggunaan kemudahan mandi awam yang betul. 

Bagi menguatkuasakannya, pihak berkuasa biasanya akan memasang papan tanda dan notis menyatakan perkara yang dibenarkan dan dilarang. 

Aduan itu juga menyebabkan penaja kumpulan yang melakukan larian turut memberi nasihat kepada pelari supaya lebih berhemah. 

Pun begitu, sekalipun ada warga tua Jepun kecewa dengan keadaan penduduk Jepun semakin tidak lagi mengutamakan sikap berhemah, penduduknya jarang bergaduh di khalayak ramai dan masih bersopan santun khususnya di kawasan padat penduduk seperti Tokyo. 

Pihak berkuasa, bagaimanapun, tidak menyatakan apakah tindakan yang boleh dikenakan ke atas mereka yang terus berkasar terhadap pelancong dan warga tua ketika berjoging di sekitar Istana Diraja. 


- AFP/AGENSI


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP