GILA GAJET II


Terkini dari relevan Sokmo

Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 29 Oktober 2013

Lelaki paling tinggi dalam Dunia akhirnya bertemu Jodoh

PERBEZAAN ketinggian yang ketara tidak halang pasangan itu untuk bercinta.
London: Selaku lelaki paling tinggi di dunia, Sultan Kosen sudah pasti sukar untuk mencari teman hidup yang sesuai dengan ketinggiannya 252 sentimeter (8 kaki 3 inci).
Tidak hairanlah apabila dia menganggap perkahwinannya dengan Merve Dibo yang setinggi 173 sentimeter (5 kaki 8 inci) sebagai satu keajaiban. 
Meskipun perbezaan ketinggian mereka begitu ketara, Sultan, 30, meraikan hari paling bersejarahnya kelmarin apabila berkahwin dengan wanita berusia 20 tahun itu di negara asalnya, Turki. 

Sebelum berkenalan dengan Merve, Sultan pernah meluahkan kekecewaannya untuk mencari rakan hidup memandangkan kebanyakan calon terlalu rendah berbanding ketinggiannya.

SULTAN melambai tangan tanda gembira ketika majlis perkahwinannya bersama Merve.
Namun, kelmarin, petani separuh masa itu yang terpaksa menempah khas pakaian perkahwinan dan kasut saiz 28 untuk majlis itu berkata, dia begitu gembira kerana menemui Merve.
“Agak malang kerana saya tidak menemui calon sama tinggi dengan saya. Tetapi kini, saya sudah mempunyai keluarga dan kehidupan peribadi sendiri,” katanya dalam satu kenyataan. 
Sultan, seorang daripada 10 lelaki yang menjangkau ketinggian lapan kaki menghidap kecelaruan pertumbuhan yang dinamakan ‘pituitary gigantism,’ yang menyebabkan tubuhnya mengeluarkan hormon pembesaran secara berterusan. 

Tubuhnya mula tinggi pada usia 10 tahun dan dinobatkan sebagai lelaki tertinggi di dunia pada 2009 dan akhirnya berhenti membesar pada 2011.

Pemegang rekod lelaki paling tinggi di dunia ialah Robert Wadlow dari Illinois, Amerika Syarikat yang mati pada 1940 dengan ketinggian melebihi 272 sentimeter.
- AFP(myMetro)


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

Google+ Followers

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP