GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 2 Oktober 2013

Penganggur Didakwa Cedera, Ceroboh Rumah Dan Cabul Kakak Ipar

imej google
KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa terhadap tiga pertuduhan mencederakan, menceroboh rumah, dan mencabul kehormatan kakak iparnya, Sabtu lepas.
Lelaki berumur 54 tahun itu mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan mencederakan dan mencabul kehormatan wanita berumur 55 itu.
Bagaimanapun, dia mengaku bersalah bagi pertuduhan menceroboh rumah wanita itu ketika pertuduhan dibaca kepadanya di hadapan Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor.
Bagi pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa mencederakan wanita itu dengan menggunakan tangan dan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa menceroboh masuk ke rumah wanita itu dan menggunakan kekerasan jenayah kepada wanita itu dengan maksud untuk mencabul kehormatannya.
Pertuduhan dibuat masing-masing mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun, atau denda atau kedua-duanya; dan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.
Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Ipoh di sini pada 7 pagi 28 September lepas.
Majistret Nur A'minahtul Mardiah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 31 Oktober untuk sebutan dan jatuh hukum bagi pertuduhan menceroboh.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S.Nithia manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 
BERNAMA


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP