GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 6 November 2013

Angelina Jolie takut alami komplikasi selepas jalani pembedahan buang payudara

Angelina Jolie 

LOS ANGELES 3 Nov. - Aktres Hollywood, Angelina Jolie mengakui dia berasa takut akan mengalami komplikasi, selepas menjalani pembedahan membuang payu daranya, baru-baru ini.

Menurut satu laporan, Jolie dikatakan sering berasa letih, dalam tekanan dan kesakitan akibat pembedahan tersebut.

"Payu dara palsu yang dibuat khas untuk Jolie tidak sesuai untuknya, selain mendatangkan kesakitan.

"Aktres itu kini berada dalam keadaan tidak selesa dan dia tertekan dengan dirinya,' jelas laporan itu.

Kebanyakan wanita yang menjalani pembedahan membuang payu dara akan menunggu beberapa bulan sehingga setahun sebelum memakai payu dara palsu.

Namun, aktres berusia 38 tahun itu membuat keputusan untuk memakai payu dara palsu, biarpun baru enam bulan menjalani pembedahan.

"Jolie tahu akan kesan memakai payu dara palsu selepas pembedahan, namun dia beranikan diri mengambil risiko itu.

"Jolie tidak risau tentang risiko barah yang dihidapinya, namun dia lebih bimbang akan komplikasi yang bakal dialaminya selepas memakai payu dara palsu," ujar laporan itu. 

- AGENSI


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP