GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 5 November 2013

Bayi 7 bulan koma tercampak dari kereta dilarikan remaja sakit Mental


KETUA Polis Daerah Dungun, Ahmad Zailani Yaacub melihat keadaaan Nissan Grand Livina yang dilarikan suspek selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 88, Jalan Jerangau-Jabur dekat Ladang Gajah Mati, Dungun semalam. - UTUSAN/AZLAN BAHRUM

DUNGUN 5 Nov. - Seorang remaja 17 tahun dipercayai kurang stabil mental melarikan dua kenderaan dalam kejadian berasingan yang mana salah satu daripadanya terlibat kemalangan, menyebabkan seorang bayi berusia tujuh bulan cedera dan disahkan koma sehingga kini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang semalam itu, suspek berasal dari Kelantan melarikan kereta Nissan Grand Livina tersebut di Hentian Rehat dan Rawat Ajil, Hulu Terengganu.


KERETA Perodua Myvi iaitu kenderaan kedua yang dilarikan suspek sebelum diberkas di Bukit Rakit, Kuala Terengganu malam tadi. Kereta ini diserahkan kepada IPD Dungun awal pagi ini. - UTUSAN/AZLAN BAHRUM


Ketika kejadian, pemandu kenderaan itu dan isterinya yang merupakan anggota polis, meninggalkannya tanpa berkunci untuk ke tandas, dengan tiga ahli keluarga lain berada di dalamnya, termasuk bayi tersebut sedang tidur di tempat duduk belakang.

Remaja itu memandu kenderaan tersebut hampir 30 kilometer dari Dungun menghala ke Kuantan. Ia kemudian merempuh Proton Waja sebelum melanggar lori muatan tanah dari arah sama di Kilometer 88, Jalan Jerangau-Jabur dekat Ladang Gajah Mati menyebabkan bayi itu tercampak.


MUHAMMAD ASYRAF Ikhwan Pirhat yang belum sedarkan diri, kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Bayi berusia tujuh bulan ini tercampak dari kereta yang terbabit kemalangan ketika kenderaan itu dilarikan seorang pemuda, dalam kejadian di Dungun semalam. - UTUSAN/SHAIFUDIN MOHD. NOR


Bayi tersebut dikenali sebagai, Muhammad Asyraf Ikhwan Pirhat.

Suspek yang tidak mengalami kecederaan, keluar dari kereta itu dan kemudian menahan pula Perodua Myvi dari arah bertentangan yang dinaiki enam sekeluarga.

Remaja itu berpura-pura meminta bantuan menyelamatkan bayi itu yang kononnya anaknya. Namun apabila pemandu Perodua Myvi dan bapanya keluar untuk memberi bantuan, suspek melarikan kereta itu, membawa bersama empat penumpang di dalamnya termasuk dua kanak-kanak.


SUSPEK remaja berusia 17 tahun (tengah) dibawa ke IPD Dungun untuk soal siasat awal pagi tadi. - UTUSAN/AZLAN BAHRUM


Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa yang mengesahkan kejadian itu berkata, akibat kemalangan tersebut bayi itu tercampak dan terjatuh di atas jalan manakala bapanya cedera serta retak di bahagian bahu manakala ibunya cedera di muka dan retak tulang rusuk.

Remaja itu berjaya diberkas oleh polis di Bukit Rakit, Kuala Terengganu, ketika dia memandu Perodua Myvi dengan keempat-empat penumpang masih di dalamnya, kira-kira 120 kilometer dari lokasi kemangan, pukul 7.30 malam tadi. 

- UTUSAN ONLINE

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP