GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 2 November 2013

Elman Ganu nafi tulis status ugut

Status Elman Ganu menafikan dia mengugut pemain TRW.

ELMAN Ganu, pemuda yang mencetuskan kontroversi ekoran status berbaur ugutan terhadap tiga pemain utama The Red Warriors (TRW) di laman Facebooknya beberapa hari yang lalu, menafikan dia individu yang bertanggungjawab melakukan perkara itu, lapor FARAH SHAZWANI ALI.

Berdasarkan status yang dibuatnya di laman Facebook peribadinya kelmarin, pemuda yang dipercayai berasal dari Terengganu itu bersumpah tidak memuat naik status kontroversi berkenaan.

“Mitok maaf r blaker org kelate.. supoh bukan saye buat bnde smua ni (Minta maaf buat semua orang Kelantan.. Sumpah bukan saya buat semua ini),” katanya.

Bagaimanapun, pemuda berkenaan dipercayai sudah ‘deactivated’ laman Facebooknya ekoran sudah tidak dapat diakses semalam.

Kelmarin, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) tampil membuat laporan polis berhubung ugutan terhadap tiga pemain tonggak utama TRW di Balai Polis Kota Bharu.

Pengerusi Kelab Sukarelawan Bantuan Kemasyarakatan Kelantan (KSBK), Roslan Ismail yang mewakili penyokong Kelantan, tidak berpuas hati dengan tindakan pemuda itu yang dikatakan membuat ancaman membunuh dan mencederakan pemain tersebut.

Sementara itu, admin sebuah laman yang dikenali ‘Kelab penyokong Terengganu peteh’ mendedahkan, Elman ada memaklumkan bahawa laman Facebooknya telah digodam oleh orang yang tidak bertanggungjawab.


Sumber sinarharian


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP