GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 29 Disember 2013

Surat cetus huru-hara bertajuk C For Chaos tersebar luas di internet


KUALA LUMPUR 28 Dis. - Sepucuk surat yang didakwa dihantar oleh rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdul Rahim Ghouse kepada Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung rancangan mencetuskan huru-hara pada perhimpunan haram untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini tersebar luas di internet sejak kelmarin.

Dalam surat yang bertajuk C For Chaos (C Untuk Huru-hara) itu, Abdul Rahim didakwa meminta Rafizi dan kepemimpinan pembangkang mengeksploitasi kebanjiran orang ramai menyambut malam ambang tahun baharu untuk 'bertindak seperti yang dirancang pada mesyuarat sebelum ini'.

Beliau turut dikatakan meminta mereka mengelak lima lokasi iaitu di persimpangan lampu isyarat pusat beli-belah Sogo, Puduraya, bulatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) berdekatan Masjid Negara, Stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek dan Stesen Komuter Bank Negara atas sebab-sebab keselamatan.

Beberapa blog hari ini menyiarkan surat tersebut yang antara lain turut mendakwa Abdul Rahim mengatakan 'angkatan media sosialnya' akan merakam setiap detik yang berlaku pada malam itu dan memuat naik terus ke laman YouTube dengan pantas bagi memastikannya menjadi 'viral'.

Apabila rakaman-rakaman tersebut menjadi 'viral' jelas surat itu, beliau dikatakan akan meminta Rafizi meletakkan kesalahan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan dari situ, mereka akan memantau corak kejadian yang berlaku untuk perancangan seterusnya.
Surat itu juga menyatakan sesiapa sahaja dalam kalangan pasukan Rafizi yang ditahan sebelum 'acara utama' diminta untuk tidak merosakkan rancangan kerana mereka akan dijamin selepas itu.

Walau bagaimanapun, Abdul Rahim yang dihubungi Mingguan Malaysia menafikan perkara tersebut dan memberitahu surat itu ditulis pihak lain untuk kepentingan peribadi mereka semata-mata.

"Saya menafikan perkara ini kerana surat itu, bukan saya yang tulis. Ada orang buat surat itu menggunakan nama saya. Mereka menulis surat seperti itu untuk agenda mereka, tetapi mahu melibatkan saya," katanya.

Ditanya apakah tindakannya berhubung penyebaran surat itu, Abdul Rahim berkata, beliau perlu meneliti perkara tersebut terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Sementara itu, polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi menyiasat kesahihan sekeping surat makluman strategi pelaksanaan perhimpunan haram yang tersebar di laman sosial sejak kelmarin.

Sumber berkata, siasatan akan dijalankan secara menyeluruh termasuk jika wujud elemen sabotaj yang dilakukan oleh individu tertentu.

"Buat masa ini kesahihan e-mel itu belum dapat dipastikan tetapi polis akan mendapatkan kerjasama agensi berkaitan termasuk SKMM untuk meneliti ketulenan surat tersebut sama ada ia dihantar oleh Abdul Rahim atau individu lain," kata sumber itu.

UTUSAN


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP