GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 15 Januari 2014

5 Warga Bangladesh nyaris maut terperangkap dalam kebakaran

Lima pekerja warga Bangladesh melambaikan tangan mereka dari tingkat 30 ketika bangunan 36 tingkat yang dalam proses ubahsuai di Jalan Raja Laut itu terbakar pada 5.15 petang. Bagaimanapun, mereka berjaya diselamatkan oleh Bomba dan Penyelamat KL, pada 6.45 petang. FOTO Effendy Rashid
KUALA LUMPUR: Lima pekerja kontrak warga Bangladesh nyaris maut terhidu asap tebal kerana terperangkap hampir dua jam selepas bangunan yang sedang diubah suai terbakar di Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut di sini hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata bomba menerima panggilan pada 4.47 petang dan berjaya mengawal api dalam tempoh sejam setengah. 
"Kesemua mangsa yang berusia lingkungan 20-an, terperangkap di tingkat 30 kerana berlaku kebakaran di tingkat 27 hingga 29 bangunan berkenaan. Mangsa dalam keadaan stabil namun masih lemah kerana agak lama terhidu asap tebal," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. 

Beliau berkata siasatan awal mendapati punca kejadian dipercayai akibat pemotongan saluran pendingin hawa di tingkat 27, bangunan 36 tingkat itu.
Operasi itu membabitkan 70 pegawai dan anggota serta 12 jentera dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Titiwangsa, Hartamas dan Setapak. 

- Bernama(myMetro)


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP