GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 20 Januari 2014

Kereta Terbabas dek gelora nafsu Ghairah

Alor Gajah: Sepasang kekasih bertindak nekad mengundur kereta dinaiki sejauh kira-kira 200 meter bagi mengelak dicekup penduduk kampung ketika dipercayai sedang memadu kasih dalam kenderaan itu di Jalan Sungai Ragok, Ayer Paabas di sini, awal pagi semalam.
Bagaimanapun cubaan pasangan berusia awal 20-an itu membawa padah apabila Perodua Myvi berkenaan melanggar tiang telefon sehingga patah sebelum terjatuh ke dalam longkang membolehkan mereka ditangkap.
Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, lelaki yang bekerja di sebuah syarikat pengangkutan dan pasangannya, penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) terkejut disergah penduduk kampung ketika leka memadu kasih dalam kereta yang diletak di bahu jalan.
“Curiga dengan kehadiran kereta itu yang disangka rosak, beberapa penduduk menghampirinya dan terkejut mendapati kerusi pemandu dan penumpang hadapan dibaringkan.
“Penduduk terkejut melihat pasangan itu berpelukan dengan pakaian tidak terurus menyebabkan seorang daripada mereka menghubungi pegawai syarak,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, seorang penduduk menyalakan lampu suluh untuk melihat secara lebih jelas keadaan dalam kereta menyebabkan pasangan berkenaan terperanjat.
“Lelaki di dalam kereta menekan pedal minyak mengundurkan laju dalam gelap dengan tidak menyalakan lampu. “Kami kemudian mendengar dentuman kuat dan sebaik tiba di tempat kejadian mendapati kereta itu jatuh ke dalam longkang, manakala tiang telefon berhampiran patah dipercayai dirempuh kereta berkenaan,” katanya.
Menurutnya, pasangan yang cedera ringan itu dibantu Imam (1) Kariah Masjid Bukit Saga, Ayer Paabas, Shaari Samah bersama penduduk kampung keluar daripada kereta.
Shaari berkata, pemeriksaan mendapati pasangan berkenaan tidak mempunyai dokumen pernikahan dan mereka dibawa ke Balai Polis Alor Gajah untuk diambil keterangan sebelum diserah kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Sementara itu, Ketua Penguatkuasa JAIM Rahimin Bani ketika dihubungi mengesahkan mengenai tangkapan berkenaan.
“Mereka disiasat mengikut Seksyen 53 (1) Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991,” katanya lagi.
Sumber myMetro

1 Merujuk kepada perkara diatas :

Tanpa Nama ,  20 Januari 2014 pada 3:58 PTG  

myvi tu no plate apa? lain kali bagitau

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP