GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 2 Januari 2014

Raja Azmi kini Lebih Manja, Hilang Panas Baran sejak bergellar isteri

Raja Azmi
PETALING JAYA: Produser filem Raja Azmi merasakan dia menjadi seorang yang lebih manja sejak bergelar isteri kepada gitaris kumpulan CRK, Mohd Eddie Ghazali, 46, pada 13 Oktober tahun lalu.
Raja Azmi atau nama sebenarnya Raja Azmi Raja Sulaiman, 55, berkata, dia menjadi sedemikian kerana suami berjaya melayan kerenahnya selain seorang yang romantik.
"Eddie memang suka memanjakan saya. Dia layan saja karenah saya yang ada masanya seperti kebudak-budakan.
"Selain itu, dia juga seorang yang sangat romantik. Cuma dia lambat sikit dalam bab memujuk apabila berlaku perselisihan faham. Alhamdulillah, kami cukup bahagia," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.
Tambah Raja Azmi, walaupun dilayan seperti itu namun dia tetap menghormati suami dan tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.
Dalam pada itu, penerbit filem ...Dalam Botol ini berkata, dia juga dapat melihat perubahan dirinya apabila bersikap tenang berbanding sebelum ini yang mudah panas baran.
Raja Azmi lebih tenang dan bersikap diplomasi sejak berkahwin dengan Eddie.
"Sebenarnya, saya tidak tahu apa yang dah berubah dalam diri, tetapi anak-anak beritahu yang saya sekarang ini lebih 'cool'.
"Kalau dulu, sesiapa yang buat hal, saya akan terus saman, tetapi sekarang ini saya lebih berdiplomasi," selorohnya.
Sementara itu, bersempena dengan permulaan tahun 2014, Raja Azmi turut berazam agar kehidupannya bersama suami dan keluarga kedua-dua belah pihak akan bahagia.
Malah, Raja Azmi berkata dia juga merancang untuk menerbitkan sebuah program bual bicara yang membabitkan dia sebagai pengacaranya pada tahun ini.
"Agak lama juga saya merancang mahu mengacara program sendiri, jadi tahun ini saya akan pastikan agar perancangan ini berjaya pada tahun ini juga," ujarnya.
Hasil perkahwinan pertama Eddie, dia dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohd Daniel, 22 dan Mohd Effy, 20.
Manakala Raja Azmi pula mempunyai tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 29, Puteri Suaida, 25, dan Megat Deli, 20, hasil perkahwinannya dengan jurulatih badminton negara, Jalani Mohamad Sidek.

Sumber mStar Online


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP