GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 19 Januari 2014

Rakyat Malaysia Antara 21 Terkorban Dalam Serangan Restoran Di Kabul

Polis Afghanistan memeriksa restoran yang terletak di Kabul yang musnah akibat serangan kumpulan militan. -foto AFP
PETALING JAYA: Seorang rakyat Malaysia adalah antara 21 orang yang terbunuh dalam serangan berani mati di sebuah restoran popular di Kabul, Afghanistan, pada Jumaat, di mana militan melepaskan tembakan terhadap pengunjung yang sedang makan pada jarak dekat.
Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah berkata, warganegara Malaysia berkenaan bekerja untuk sebuah organisasi antarabangsa, tetapi enggan memberikan namanya kerana masih belum mendapatkan kebenaran daripada isteri mangsa untuk berbuat demikian.
"Kami, bagaimanapun bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Afghanistan mengenai perkara ini. Orang yang akan berurusan mengenai perkara ini adalah Pesuruhjaya Tinggi kami ke United Kingdom," kata Hamzah ketika dihubungi.
Hamzah berkata Wisma Putra akan memberikan maklumat lanjut mengenai kes itu apabila mempunyai maklumat lanjut.
Agensi berita AFP melaporkan bahawa 21 orang, termasuk 13 warga asing meninggal dunia dalam serangan berani mati di sebuah restoran popular di ibu negara Afghanistan.
Antara yang terkorban ialah dua rakyat Britain, dua warga Kanada, seorang wakil kanan Tabung Kewangan Antarabangsa dan pemilik restoran, dari Lubnan.
Salah seorang penyerang dilaporkan telah meletupkan ves untuk membunuh diri di pintu masuk restoran Taverna du Liban dan dua militan lain menyerbu ke dalam dan melepaskan tembakan.
Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP