BUNUH RAKAN KERANA ENGGAN LAKUKAN HUBUNGAN SEKS
Tweet
Mahtab Savoji
Milan: Sepasang kekasih didakwa menjerut rakan serumah mereka hingga mati sebelum membawa mayat mangsa di dalam beg pakaian sejauh 400 kilometer ke Venice.
Pembunuhan itu dilakukan selepas mangsa, warga Iran, menolak melakukan seks dengan mereka.
Mayat Mahtab Savoji, 29, ditemui dalam beg yang terapung.
Gagandeep Kaur, 30 dan Rajeshwar Singh 28, yang berkongsi bilik dengan mangsa ditangkap semalam berhubung pembunuhan itu.
Gagandeep Kaur, 30 dan Rajeshwar Singh 28, yang berkongsi bilik dengan mangsa ditangkap semalam berhubung pembunuhan itu.
Gagandeep dan Rajeshwar, kedua-duanya warga Iran mendakwa mereka cemas dan menyembunyikan mayat Mahtbab selepas menemuinya mati Isnin lalu setelah minum terlalu banyak arak.
Kedua-duanya, pekerja hotel, membuang mayat mangsa selepas membawanya di dalam beg dalam perjalanan selama 20 jam dengan tiga kereta api.
Polis menahan pasangan itu kerana meragui kenyataan mereka.
Gagandeep dan Rajeshwar dirakam oleh kamera litar tertutup di stesen kereta api Venice apabila mereka tiba dengan beg berisi mayat itu sebelum mereka kembali ke Milan dengan teksi.
Polis percaya mangsa dibunuh kerana menolak melakukan seks oleh pasangan kekasih itu.

- Agensi
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan