GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 31 Mac 2014

5 KISAH SUKA DUKA MENJADI PRAMUGARI

Mendengar kisah kemalangan pesawat tak lepas dari kisah-kisah pramugari yang menjadi salah satu korbannya. Tak hanya bergantung penampilan fizikal, menjadi pramugari dituntut untuk mempunyai kepedulian tinggi akan penumpang, ramah, sabar, dan cekap. Sekalipun khabarnya digaji dengan jumlah yang besar, menjadi pramugari punya suka dukanya tersendiri. Kisah bahagia hingga kisah sedih pernah dialami oleh para pejuang di ketinggian ribuan meter ini.

Dipetik Oddee.com, berikut adalah lima kisah suka duka menjadi pramugari, inspirasi dan mengharukan.

1. Dilamar kekasih
Pramugari cantik bernama Vera Silvia ini adalah salah satu pramugari yang punya kisah romantis dan manis. Kekasihnya, Joao Vieira memberikan kejutan tak dapat dilupakan pada laluan penerbangan tempatnya bertugas. 


Lelaki ini bekerja sama dengan pilot dan kru penerbangan lain, memberikan kesempatan padanya untuk melamar Vera di atas ketinggian di depan para penumpang dan awak kapal yang lain. Vera mengambil microphone pesawat dan mengatakan 'ya' pada ajakan berkahwin Joao yang romantis itu.

2. Pramugari kreatif





Berapa orang daripada anda yang selalu memperhatikan dengan baik ketika pramugari memperagakan penggunaan alat keselamatan? Sebahagian besar penumpang lebih banyak memejamkan mata atau melakukan kegiatan lain ketimbang menyimak persembahan penggunaan alat keselamatan. 



Kerana ingin penumpangnya menyimak peragaan mereka, akhirnya Cebu Pacific mencipta peragaan alat keselamatan kreatif yang meremix lagu Katy Perry dan Lady Gaga. Sontak saja para penumpang memperhatikan dengan baik kerana tidak lagi merasa bosan dan berfikir bahawa ini adalah cara unik untuk menyampaikan mesej safety flight.

3. Bersara setelah 60 tahun bekerja



Iris Peterson adalah salah satu pramugari terbaik milik United Airlines. 2007 silam ia bersara selepas 60 tahun bekerja sebagai pramugari. 


Iris memulakan kariernya sebagai pramugari tahun 1946. Ia adalah salah satu tokoh pramugari yang berjuang untuk membuat peraturan pengambilan pramugari lebih fleksibel. Baginya, semua wanita berhak menjadi pramugari tak peduli warna kulitnya.

4. Pramugari yang paling beruntung



Vesna Vulovic mungkin boleh disebut sebagai pramugari paling beruntung di dunia. Ia selamat dari kemalangan pesawat yang ditumpanginya, Yugoslav Airlines, dan menjadi satu-satunya mangsa yang selamat. Pesawatnya jatuh di ketinggian 10 ribu meter kerana letupan bom di dalam kargo. 

Ia pun berjaya terjun tanpa payung terjun, mendarat di sebuah lereng gunung salji. Kakinya patah, pinggulnya cedera dan ia mengalami koma selama 27 hari. Ia memerlukan masa 17 bulan untuk kembali fit dan bekerja menjadi pramugari kembali. 



Vesna tidak trauma dan meneruskan kariernya sebagai pramugari di Yugoslav Airlines selama lebih dari 20 tahun.

5. Mengumpulkan 1760 sudu



Pramugara yang satu ini bernama Dieter KAPSCH. Ia berjaya mengumpulkan 1760 sudu dari 447 penerbangan yang membawanya. Baginya, hobby sederhana ini merupakan sesuatu yang mengingatkannya pada setiap perjalanan yang ia lalui. 


Salah satu sudu tertua yang dimilikinya berasal dari Imperial Airways, sebuah syarikat penerbangan Inggeris yang beroperasi tahun 1924 hingga 1939. Ia berharap hobinya ini suatu saat akan memberikan manfaat baginya.

Sumber klikseru.com



Read more...

TRAGEDI MH370,Objek ditemui disahkan sampah


SYDNEY 30 Mac - Beberapa objek yang ditemukan di Lautan Hindi disahkan bukan daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam satu kenyataan hari ini berkata, objek terbabit yang dipungut oleh kapal China dan Australia dikenal pasti sebagai peralatan untuk menangkap ikan atau sampah.

Bagaimanapun, AMSA tidak menyatakan jumlah atau lokasi tepat objek berkenaan ditemukan.

Sementara itu menurut AMSA, operasi mencari pesawat MH370 yang memasuki hari ke-23 hari ini memberi fokus di kawasan seluas kira-kira 319,000 kilometer (km) persegi berpandukan hasil analisis lebih terperinci para penyiasat nahas kapal terbang.

Katanya, mengikut perancangan, 10 buah pesawat terlibat dalam gerakan mencari di kawasan kira-kira 1,850 kilometer di barat Perth.

Lembaga itu juga berkata, semua kapal di kawasan mencari ditugaskan mengesan dan mengenal pasti objek yang dilihat pesawat sejak dua hari lalu.

"Cuaca di kawasan mencari diramal menjadi lebih buruk hari ini dengan hujan renyai dan awan rendah tetapi operasi mencari dijangka diteruskan," katanya.

Pesawat Boeing 777-200 itu yang membawa 239 penumpang hilang kira-kira sejam selepas memulakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Mac lalu mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di satu kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.

Menurut AMSA, pesawat yang mengambil bahagian hari ini adalah dari Australia, Jepun, China, Korea Selatan, Amerika dan Malaysia serta sebuah jet awam yang bertindak sebagai penyelaras komunikasi.
Kapal Australia HMAS Success, kapal Pentadbiran Keselamatan Maritim China Haixun 01, kapal Biro Penyelamat China Nan Hai Jiu dan kapal tentera laut China Jinggang Shan tiba di kawasan mencari semalam.

"Enam lagi kapal akan tiba di kawasan itu hari ini," kata kenyataan itu.

Katanya, kapal frigat kelas ANZAC HMAS Toowoomba meninggalkan Perth petang semalam dan dijangka tiba di kawasan mencari dalam masa tiga hari.

"Kapal ADV Ocean Shield pula dijadual berlayar dari Perth lewat hari ini setelah dipasang alat pengesan kotak hitam dan kenderaan bawah air," kata AMSA. 

- DPA, BERNAMA

Read more...

TRAGEDI MH370,Anak gadis Kapten Zaharie bidas laporan The Daily Mail

Aishah bersama bapanya, Kapten Zaharie.

KUALA LUMPUR - Aishah Zaharie, anak perempuan Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370 yang masih hilang, membidas laporan The Daily Mail yang mendakwa bapanya mengalami gangguan emosi beberapa minggu sebelum tragedi itu.
    
"Kepada Daily Mail, anda patut menimbang untuk membuat filem memandangkan anda memang cekap mengada-adakan cerita dan skrip... Semoga Tuhan merahmati jiwa anda. Saya tidak akan memaafkan anda," katanya dalam catatan terbaharunya dalam Facebook.
 
Selain itu, catatan itu juga menerima sokongan rakan-rakannya dan seorang daripadanya Izni Disney membalas catatan itu dengan menyatakan bahawa Zaharie adalah seorang yang baik.
    
Semalam, The Daily Mail memaparkan tajuk berita 'Anak perempuan akui Kapten MH370 Kelihatan Keliru dan Terganggu'.
    
Pada 8 Mac, penerbangan MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi menuju ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal, sebelum hilang daripada radar sejam kemudian. 

- Bernama


Read more...

Tragedi MH370,Objek Dikutip Tiada Kaitan - Amsa

Gambar yang diedarkan pada Ahad menunjukkan skrin kamera digital milik jurufoto Tentera Udara Diraja New Zealand (RNZAF) memaparkan gambar serpihan fizikal yang dirakam daripada pesawat P3 Orion dalam operasi SAR MH370 di Lautan Hindi.

KUALA LUMPUR: Beberapa objek yang dikutip oleh HMAS Success dan Haixun 01 pada Sabtu telahpun diperiksa dan dipercayai tiada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac.

Menurut kenyataan Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (Amsa) pada Ahad malam, berkata objek berkenaan diperiksa di atas kedua-dua kapal dan dinyatakan sebagai peralatan menangkap ikan dan buangan terapung.
Bagaimanapun, menurut Amsa, pesawat di kawasan pencarian terus melaporkan penemuan objek serupa seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Objek yang dikesan tidak dapat disahkan atau dianggap sebagai serpihan dari pesawat MH370. Setakat ini, tiada objek yang disahkan adalah dari MH370.
Pesawat Boeing 777-200ER, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang dari radar pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam.
Penerbangan MH370, yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Menurut Amsa, aktiviti pencarian hari ini meliputi kawasan seluas 252,000 kilometer persegi membabitkan sembilan pesawat.
Antaranya, dua pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), sebuah pesawat P3 Orion Jepun, pesawat Ilyushin China, sebuah pesawat P3 Orion Tentera Laut Korea Selatan, sebuah pesawat P8 Poseidon Tentera Laut Amerika Syarikat, sebuah pesawat C-130 Hercules Tentera Udara Diraja Malaysia dan dua pesawat awam.
Kenyataan itu juga menyebut lapan kapal ditugaskan di kawasan pencarian MH370 dan ini merupakan jumlah terbesar yang pernah menyertai operasi SAR setakat ini.
Menurut kenyataan itu, cuaca di kawasan pencarian agak baik dengan jarak penglihatan melebihi 10 kilometer.
Sementara itu, Kapal Kementerian Pertahanan Australia 'Ocean Shield' dijadual berlepas dari Perth esok selepas dilengkapi alat pengesan kotak hitam dan kenderaan di bawah air.
Operasi pencarian bersambung esok.
Sumber mStar Online

Read more...

Ahad, 30 Mac 2014

Kaki Kanan Kanak-Kanak 7 Tahun Tersepit Dalam Lubang Tandas

Pasukan Bomba Ayer Keroh bertindak memecahkan mangkuk tandas bagi mengeluarkan kaki kanak-kanak yang tersepit. -fotoTHESTAR

MELAKA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun terpaksa menahan kesakitan hampir dua jam setelah kaki kanannya tersepit di dalam lubang tandas di rumahnya di Taman Tasik Utama di sini Ahad.

Dalam kejadian kira-kira 9.45 pagi tadi, Muhammad Daniel Amir sedang mandi apabila dengan tiba-tiba kaki kanannya termasuk ke dalam lubang tandas itu.

Bapanya Amir Ali, 47, berkata ketika kejadian, mereka sekeluarga sedang bersiap untuk keluar membeli barangan dapur di bandar Melaka.

"Saya terdengar jeritan Daniel lalu terus meluru ke bilik air untuk lihat keadaan dia dan saya nampak kakinya sudah termasuk ke dalam lubang tandas sehingga paras lutut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Ahad.

Katanya beliau cuba mengeluarkan kaki anak sulung daripada tiga beradik itu selama setengah jam, namun gagal sebelum menghubungi bomba.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba Ayer Keroh Mohd Shahril Zauni berkata pihaknya memecahkan mangkuk tandas itu bagi mengeluarkan kaki kanak-kanak itu pada 11.40 pagi.

Amir berkata Muhammad Daniel tidak mengalami sebarang kecederaan selepas kakinya dikeluarkan anggota bomba. 

Bagaimanapun, katanya, beliau akan membawa anaknya itu ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Sumber mStar Online

Read more...

Potong tangan sendiri

GODDARD dengan tangan kirinya yang sudah kudung.
Devon, England: Seorang lelaki yang pernah terbabit dalam kemalangan motosikal memotong pergelangan tangannya yang tercedera akibat kejadian itu menggunakan gilotin buatan sendiri dengan harapan dapat menghilangkan kesakitan yang ditanggung sejak 16 tahun lalu.
Mark Goddard, 44, melakukan perkara itu kerana Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan England (NHS) enggan melakukannya.
Dia yang terdesak turut membakar pergelangan tangan itu supaya doktor tidak boleh menyambungnya semula.
Bapa seorang anak itu mengambil masa dua minggu untuk menyiapkan pemotong buatan sendiri berkenaan menggunakan kapak, beberapa spring dan pintu pagar lama.
Malangnya, ‘pembedahan’ yang dilakukannya tanpa bius itu gagal menghilangkan kesakitan yang ditanggungnya sejak berusia 28 tahun.
GILOTIN buatan sendiri yang digunakan Goddard.
Goddard yang berasal dari Newton Abbot itu kini memberitahu hospital tempatan jika mereka enggan memotong lengannya sebelum Disember nanti, dia akan melakukannya sendiri.
Dia mula mengalami kesakitan itu selepas terbabit dalam kemalangan motosikal pada 1998 yang menyebabkan saraf tangannya rosak.
Namun doktor enggan melakukan pembedahan seperti dimintanya kerana menyifatkan tangannya berkeadaan baik.
“Saya sepatutnya tidak bertindak melampau untuk mengakhiri kesakitan ini. Masih ada alternatif lain iaitu melakukannya di hospital, tetapi tiada sesiapa sudi membantu saya. Jadi saya lakukannya sendiri.
“Saya memotong pergelangan tangan saya kerana pihak hospital memberitahu mereka tidak boleh memotong tangan saya disebabkan kerana ia dalam keadaan baik. Kini mereka tiada sebab untuk tidak menjalankan pembedahan ini,” katanya.
Isterinya sangat terkejut melihat kejadian itu ketika pulang ke rumah 10 minit kemudian dan mendapati suaminya sedang membakar bahagian yang sudah dipotong itu.
Dia segera menghubungi paramedik dan ketika mereka sampai bersama polis, pergelangan tangan suaminya tidak dapat diselamatkan lagi. 
- Agensi

Read more...

Cerai isteri gemuk kerana susah untuk lakukan Hubungan Seks

imej google
Dubai: Seorang lelaki memfailkan cerai terhadap isterinya yang didakwa terlalu gemuk sehingga mengganggu hubungan seks antara mereka.
Dalam tuntutannya, lelaki itu mendakwa isterinya yang seberat 115 kilogram mengalami pelbagai penyakit sejak berat badannya bertambah sehingga menyebabkan dia tidak boleh mengadakan hubungan seks apabila wanita itu sering sakit. 
Sementara itu, sumber Mahkamah Dubai memberitahu Gulf News bahawa wanita itu sebenarnya yang memfailkan saman berkenaan, malah memfailkan permohonan awal bulan ini. 

Dalam tuntutannya, wanita itu mendakwa diabaikan suaminya yang juga dikatakan gagal memenuhi tanggungjawabnya sebagai suami.
Ini menyebabkan suaminya membalas tuntutan berkenaan selepas terkejut dan marah dengan perbuatan isterinya itu selain gagal mencapai kata sepakat antara mereka untuk menyelesaikan isu berkenaan secara baik.
Suami berkenaan mendakwa isterinya punca masalah antara mereka. 

“Dia tidur hampir sepanjang masa, malah sering bangun pada waktu tengah hari. 

“Seharian dihabiskan menonton televisyen manakala saya dan anak tidak dipedulikan langsung. Dia semakin mementingkan diri sendiri dan sering marah-marah sehingga saya sukar intim dengannya. 

“Saya terpaksa membuat temujanji jika mahu mengadakan seks dengannya. 
- Agensi

Read more...

Cerita aneh Philip Wood salah seorang penumpang MH370 yang menghantar mesej secara rahsia ?

Philip Wood

SHAH ALAM – Cerita Philip Wood, seorang eksekutif syarikat komputer IBM yang juga penumpang MH370, yang dikatakan telah menghantar mesej secara rahsia mendakwa pesawat itu dirampas pihak tertentu dan dia kini ditahan di sebuah pangkalan tentera, tidak harus dipercayai.

Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, dakwaan itu hanya satu usaha memburukkan Malaysia oleh pihak yang mahu masyarakat antarabangsa mempercayai bahawa kerajaan negara ini menyembunyikan maklumat apa yang didakwa sebagai fakta sebenar di sebalik kehilangan MH370.



"Mesej itu dibuat oleh orang. Mustahil dalam tempoh 22 hari, dengan begitu banyak negara terlibat dalam usaha mencari secara besar-besaran, perkara ini boleh disimpan sebagai rahsia. Bagi saya, ini tidak logik. Media asing sengaja membesarkannya sebagai berita sensasi untuk memburukkan imej Malaysia," katanya.

Dalam mesej internet bertarikh 19 Mac lalu, pengirim yang mengaku dirinya 'Philip Wood' itu mendakwa mereka ditahan sepasukan anggota tentera selepas pesawat MH370 dirampas.

'Wood' mendakwa ketika rampasan itu, matanya ditutup dan dia percaya, telah diberikan dadah oleh perampas.

Apa yang lebih mengejutkan, pengirim mesej itu juga mendakwa dia dan penumpang lain ditahan di Pulau Diego Garcia di mana dia ditempatkan dalam sel yang berasingan daripada penumpang lain.

"Saya menyembunyikan telefon di dalam dubur, membolehkan saya menghantar mesej ini," tulis 'Wood'.



'Wood' yang nama itu sememangnya direkodkan sebagai seorang daripada 227 penumpang MH370, rakyat Amerika Syarikat dan merupakan eksekutif kanan IBM berpangkalan di Beijing
sejak dua tahun lalu, menyertai penerbangan MH370 dalam perjalanan pulang selepas menyelesaikan urusan kerjanya di negara ini.

Dia juga memuat naik gambar profilnya yang setelah dikaji, menggunakan perisian tertentu dirakam di Diego Garcia bertarikh 18 Mac 2014.

Orang ramai turut memberi reaksi terhadap mesej yang diragui itu malah, ada yang menganggap tidak masuk akal.


Sinar Harian

Read more...

Sabtu, 29 Mac 2014

Google perkenal cermin mata internet


CERMIN mata internet daripada Google dihasilkan dengan kerjasama pengeluar bingkai terkemuka dunia.

BERITA baik untuk mereka yang berkaca mata kerana pihak Google kini telah pun bekerjasama dengan pembuat bingkai kaca mata daripada jenama terkenal, Ray-Ban dan Oakley untuk menghasilkan kaca mata internet yang lebih bergaya.

Kerjasama terbaru antara Google dan syarikat pembuat kaca mata dari Itali, Luxottica Group itu merupakan usaha terbaru Google untuk mengembangkan lagi teknologi Google Glass bagi memastikan orang ramai dapat menggunakan perkhidmatan internet di mana sahaja mereka berada.

Sebelum pengumuman tersebut, Google turut mendedahkan bahawa pembuat aksesori fesyen, Fossil Group juga diumumkan sebagai rakan kerjasama dalam penghasilan jam tangan internet mudah alih yang membolehkan orang ramai menggunakan perisian Android Google yang dihubungkan kepada telefon bimbit.

Dengan kerjasama itu, Luxottica Group akan menghasilkan bingkai kaca mata berharga RM4,955 yang dilengkapi dengan peranti komputer Google Glass termasuk skrin bersaiz mini di cermin mata kanan pemakai yang membolehkan mereka melihat kandungan internet dan kamera yang boleh mengambil gambar serta video tanpa menggunakan tangan.

Setakat ini, Google menjual kaca mata Google Glass hanya kepada kumpulan terpilih yang dikenali sebagai Explorers yang didapati sangat fanatik untuk memakai kaca mata futuristik itu yang kelihatan seperti cyborg.
Dalam pada itu, Luxottica Group juga dijangka membantu Google memperluaskan pasaran penjualan kaca mata tersebut di 5,000 buah kedai milik syarikat Luxottica Group di Amerika Syarikat sebelum menembusi pasaran dunia.

Bagaimanapun, Google masih belum memaklumkanbila kaca mata Google Glass itu akan dijual secara meluas biarpun lebih 10,000 orang telah pun memilikinya terutama daripada kumpulan Explorers.

Selain langkah kerjasama itu, Google turut melancarkan empat bingkai kaca mata
yang boleh dilengkapi dengan kanta Google Glass yang lebih praktikal dengan kos tambahan sebanyak RM743 pada Januari lalu.

Dalam pada itu, harga untuk setiap model kaca mata yang dihasilkan oleh Luxottica Group tidak akan diumumkan sebelum ia dijual di cawangan kedai Luxottica Group. Jenama lain milik syarikat tersebut seperti Vogue Eyewear, Persol, Oliver Peoples, Alain Mikli dan Arnette juga akan dihasilkan dengan gabungan kaca mata Internet, Google Glass.

 - REUTERS

Read more...

GANAS ! PERKOSA JANDA ATAS KUBUR

imej *
Lundu: Akibat percaya membuta tuli dengan orang yang tidak dikenali, seorang janda anak tiga berdepan detik hitam apabila dirogol dua lelaki dalam kejadian di sebuah tanah perkuburan, dekat sini, Selasa lalu.
Difahamkan, dalam kejadian jam 1 pagi itu mangsa yang berusia 39 tahun meminta pertolongan seorang lelaki yang tidak dikenali untuk menghantarnya ke rumah saudara di Kampung Jangkar.
Sumber polis berkata, lelaki itu bersetuju menghantar mangsa dengan menaiki motosikal sebelum suspek bertindak luar dugaan apabila membawa wanita terbabit ke lokasi lain sebelum berhenti di kawasan tanah perkuburan di Kampung Biawak.
“Mangsa diugut akan dipukul dengan kayu jika enggan mengikut arahan, dan dalam pada itu seorang lagi rakan suspek sudah menunggu di kawasan terbabit. “Akibat takut dengan ugutan itu, mangsa terpaksa akur kemudian dirogol kedua-dua lelaki berkenaan bergilir-gilir,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Menurut sumber lagi, akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan di bahagian dada, lengan dan paha akibat tindakan ganas dua lelaki terbabit.
Katanya, berdasarkan siasatan awal mangsa baru pulang dari rumah rakannya sebelum bertemu dengan suspek pertama dan meminta pertolongan untuk menghantarnya pulang ke rumah saudara berikutan sudah lewat malam.
“Pemeriksaan forensik dilakukan di Hospital Umum Sarawak (HUS) sudah mengambil beberapa sampel daripada mangsa dan mendapati tiada kecederaan baru di bahagian kemaluan mangsa.
“Polis masih lagi mengesan kedua-dua suspek dalam kejadian itu termasuk saksi dan tiada tangkapan dilakukan sehingga semalam,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lundu Deputi Superintendan Wong Chee Keong ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan rogol.
myMetro

Read more...

VIDEO ! Raja Bomoh Kembali Lakukan Ritual Pelik Untuk MH370

PETALING JAYA: Walaupun pernah dikritik oleh masyarakat dari dalam dan luar negara, namun ’Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin, 80, tetap meneruskan ritual bagi mengesan pesawat MH370.
Tindakan Ibrahim itu dimuat naik menerusi Youtube oleh Suara.tv.
Dalam rakaman berdurasi 2.58 minit itu, pengamal perubatan tradisional yang mendakwa dirinya sebagai raja bomoh didakwa melakukan ritual berkenaan di Pulau Sembilan, Perak.
Bersama Ibrahim adalah empat lelaki yang membantunya melakukan ritual berkenaan.
Tidak seperti aksinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang menggunakan gaya seperti 'tikar terbang', kali ini Ibrahim menggunakan dua teropong kononya untuk melihat di mana pesawat MH370 berada.
Lelaki terbabit dilihat meneropong ke arah laut dari darat dan turut berendam separuh badannya ke dalam laut sambil melakukan ritual teropong.
Ritual berkenaan kemudian tamat tanpa sebarang penemuan seperti yang diusahakan oleh Ibrahim atau perkara baharu yang mungkin boleh mambawa berita gembira kepada semua pihak.
Sumber mStar Online

Read more...

Jumaat, 28 Mac 2014

Pasangan Malaysia yang dituduh mendera anak-anak mereka di Sweden dijatuhi hukuman penjara

Shalwati dan Azizul

PETALING JAYA: Pasangan Malaysia yang dituduh mendera anak-anak mereka di Sweden didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Daerah Solna pada Jumaat.


Mahkamah juga menetapkan bahawa pasangan itu perlu membayar ganti rugi terhadap anak-anak mereka.
Ibu kepada empat orang anak, Shalwati Norshal dijatuhi hukuman penjara selama 14 bulan kerana perlakuan kasar terhadap anak perempuannya dan anak lelaki sulungnya serta atas kesalahan menyakiti dua lagi anak lelakinya.
Sementara itu bapa mereka, Azizul Raheem Awalluddin dikenakan hukuman penjara 10 bulan kerana dia didapati bersalah mengasari tiga anak anaknya.
Azizul bagaimanapun dibebaskan daripada apa-apa kesalahan terhadap anak bongsunya.
mStar Online

Read more...

BOGEL SELEPAS KANTOI

Suspek menanggalkan pakaiannya sendiri selepas dikepung orang awam.

SELAYANG - Seorang lelaki bertindak di luar jangkaan apabila tiba-tiba menanggalkan pakaiannya dan berbogel selepas kantoi cuba pecah kenderaan di Selayang Baru, kelmarin.

Difahamkan dalam kejadian jam 8 malam itu, suspek pada mulanya cuba masuk ke dalam sebuah kereta yang tidak berkunci untuk mencuri radio.

Menurut sumber, tindakan suspek berusia lewat 20-an itu bagaimanapun disedari orang awam dan juga pemilik kenderaan yang berada berhampiran kawasan tersebut.
“Pemilik meninggalkan keretanya sekejap untuk ke kedai, dan apabila kembali, dia terlihat kelibat seseorang dalam kenderaannya.

“Selepas dikepung orang awam, suspek secara tiba-tiba menanggalkan pakaian dan hanya memakai semula selepas seorang kenalannya menyuruhnya berbuat demikian,” beritahu sumber kepada Sinar Harian, semalam.

Kata sumber itu lagi, suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad mengesahkan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 511 kanun keseksaan kerana cuba melakukan jenayah.

Sinar Harian

Read more...

Tikus gergasi dalam rumah

Foto
TIKUS gergasi yang ditangkap di rumah keluarga Bengtsson-Korsås.
Stockholm: Satu keluarga di Sweden terkejut besar apabila mendapati tikus yang selama ini berkeliaran di rumah mereka bersaiz gergasi.
Keluarga Bengtsson-Korsås mula mengesan sesuatu yang pelik apabila kucing peliharaan mereka, Enok enggan masuk ke dapur kediaman mereka di Solna, Stockholm.
Kejutan berlaku selepas mereka melihat sendiri tikus yang membuatkan kucing mereka ketakutan itu berukuran 38 sentimeter.

Tikus itu berjaya masuk ke dalam rumah berkenaan melalui lubang yang dibuat di celahan panel kayu dan konkrit.
Sebelum ini, tikus itu tidak pernah kelihatan sehinggalah keluarga itu mengalihkan tong sampah di dapur rumah mereka.
“Saya ketakutan. Ia sangat besar sehingga saya tidak dapat mengenal pasti apakah benda itu sebenarnya dan sebaik melihatnya, saya terus melompat ke atas meja,” kata Signe Bengtsson-KorsÃ¥s

Tikus gergasi itu selesa “menetap” di sebalik sinki dan turut menyebabkan salurannya bocor kerana digigit haiwan berkenaan.

Usaha keluarga itu untuk menghalaunya tidak berhasil sebaliknya tikus gergasi itu berani menunjukkan dirinya dan berkeliaran di dapur. 

Khidmat kawalan makhluk perosak dipanggil bagi memasang jerat yang digunakan industri untuk menangkap tikus berkenaan dan tidak lama selepas itu satu dari jerat itu mengena.

Bagaimanapun, apabila diperiksa, jerat itu hilang.

Jerat yang dipasang tidak mampu menghalang pergerakan tikus gergasi itu.

“Haiwan itu tidak mati terkena jerat sebaliknya melarikan diri bersama jerat itu. Ia kemudiannya masuk di celah kayu dan tersekat di situ sebelum mati tercekik,” katanya
.- Agensi

Read more...

Telan Garpu Untuk Tunjuk Kehebatan Diri Pada Rakan

Imbasan x yang mnunjukkan garpu di dalam usus Calincescu.
SEORANG lelaki warga Romania membuat pertaruhan pelik iaitu dengan menelan garpu besi sebagai usaha menarik perhatian rakannya.
Akibat aksi yang dianggap sebagai 'bodoh' oleh portal berita antarabangsa, lelaki terbabit, Radu Calincescu, 25, terpaksa dikejarkan ke hospital di Bandar Bacau, Romania kerana mengadu terasa tercucuk di dalam perut.
Ketika tiba di hospital, Calincescu telah memberitahu doktor bahawa dia terasa sakit seperti sesuatu benda tercucuk di dalam perut tanpa mendedahkan tindakannya yang menelan garpu.
Doktor yang membuat imbasan x kemudiannya terkejut apabila mendapati garpu berada di dalam usuS Calincescu.
Hasil desakan doktor, Calincescu kemudian mengaku, "Saya bertaruh dengan kawan  bahawa saya boleh menelan garpu tanpa sebarang kecederaan ke atas diri."
Calincescu kemudian diarahkan untuk pulang ke rumah tanpa sebarang pembedahan kerana doktor perlu menunggu jika garpu itu boleh keluar dengan sendiri bersama najisnya.
"Saya perlu berehat dalam beberapa hari dan menunggu jika garpu itu boleh keluar semula, tetapi saya takut jika ia menikam usus saya.
"Sekarang baru saya sedar telah melakukan satu aksi dan pertaruhan yang bodoh kerana ia mendatangkan masalah kepada diri sendiri," luahnya.
Sumber mStar Online

Read more...

Tragedi MH370 ! Satelit Jepun pula kesan objek bertaburan

KUALA LUMPUR: Jepun adalah negara terbaru mengesan objek pada imej satelit mereka yang mungkin berkaitan dengan pesawat Malaysia Airlines MH370.
Pejabat Penyelidikan dan Risikan Kabinet Jepun berkata, 10 objek dikesan daripada imej satelit yang dirakam semalam.
Objek itu terapung kira-kira 2,500 kilometer di barat daya Perth iaitu di kawasan berhampiran lokasi objek lain yang dikesan Australia, Perancis, China dan Thailand sebelum ini

Berdasarkan imej satelit yang dirakam awal pagi semalam, objek terbesar bersaiz empat meter lebar dan lapan meter panjang.
Foto
GRAFIK daripada Pejabat Penyelidikan dan Risikan Kabinet Jepun menunjukkan lokasi 10 objek dikesan. FOTO AP
Maklumat tersebut sudah diberi kepada pihak Malaysia, katanya.
Namun, belum terdapat pengesahan objek itu berkaitan dengan pesawat MH370 yang hilang, 8 Mac lalu.

Sebelum ini, rakaman daripada imej satelit Thailand Isnin lalu mengesan 300 objek kira-kira 2,700 kilometer di barat daya Perth, menurut Agensi Teknologi Angkasa dan Geo-Informatik.

Sementara itu, 122 objek dikenal pasti Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) berdasarkan imej satelit daripada Airbus Defence and Space yang dirakam pada 23 Mac.

Namun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) belum dapat menemui sebarang serpihan tersebut di selatan Lautan Hindi, setakat ini. 
- Agensi

Read more...

SEDANG ASYIK AKHIRNYA POTONG STIM

KUALA LUMPUR: Keasyikan 32 lelaki diulit pelayan pelanggan (GRO) warga asing berpakaian seksi di pusat hiburan di Kepong, terbantut apabila diserbu anggota Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, malam tadi.
Serbuan dilakukan pasukan anggota D7 dari IPK Kuala Lumpur diketuai Asisten Superintendan Eu Kee Leong dan Inspektor Mohd Nor Nahar Nayan bersama tujuh anggota D7, pada 9.30 malam.
Premia berkenaan diserbu hasil maklumat awam berikutan disyaki mengambil pekerja tanpa permit sah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, dalam serbuan itu, 13 wanita warga Vietnam berusia 23 hingga 28 tahun ditahan polis ketika sedang leka melayan pengunjung.
Menurutnya, hasil pemeriksaan GRO terbabit tidak mempunyai permit kerja yang sah dan menyalah guna pas lawatan sosial.
“Premis terbabit mempunyai lesen perniagaan yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang akan tamat tempoh pada Ogos tahun ini.

“Dalam serbuan itu kita turut menahan seorang wanita yang menjadi penjaga premis terbabit bagi membantu siasatan,” katanya.

Gan berkata, pemeriksaan ke atas pelanggan yang berkunjung ke premis terbabit mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah dan dibebaskan selepas keterangan diambil.

“Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kepong untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
myMetro

Read more...

Khamis, 27 Mac 2014

Terkini ! Satelit Thailand pula kesan 300 objek di selatan Lautan Hindi

BANGKOK 27 Mac - Satelit Thailand mengesan kira-kira 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi ketika mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Pengarah Agensi Pembangunan Teknologi Angkasa dan Geo-Informatik, Anond Snidvongs berkata, objek berkenaan yang dianggarkan berukuran antara dua hingga 18 meter, bertaburan kira-kira 2,700 meter di barat daya Perth.

"Bagaimanapun saya tidak berani mengesahkan objek yang dikesan merupakan serpihan pesawat MH370.
"Kami telah menyerahkan maklumat terbabit kepada kerajaan Malaysia," katanya. 

- AFP


Read more...

PELAJAR DICABUL DEPAN SEKOLAH

Kelibat suspek yang memakai baju berkolar berwarna putih atau kelabu dan berseluar jeans berwarna hitam dirakam oleh CCTV ketika kejadian, Sabtu lalu. - Foto Sinar Harian

KAMPAR - Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun sebuah sekolah menengah, di sini, trauma apabila menjadi mangsa cabul seorang lelaki tidak dikenali ketika menunggu bapanya di hadapan sekolah di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang itu, mangsa yang merupakan pelajar tingkatan tiga sedang menunggu seorang diri di kerusi hadapan sekolah terbabit didatangi seorang lelaki yang duduk bersebelahan dengannya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ng Kong Soon berkata, ketika berada tidak jauh daripada pintu utama sekolah terbabit, secara tiba-tiba lelaki yang tidak dikenalinya itu terus memeluk mangsa.

“Berlaku pergelutan sehingga mangsa jatuh ke lantai. Suspek juga bertindak mengoyak baju yang dipakai mangsa. Mangsa kemudiannya menjerit meminta bantuan menyebabkan suspek terkejut dan melarikan diri dengan sebuah motosikal.

“Mangsa mengalami sakit di bahagian dada terus memberitahu kejadian itu kepada bapanya yang tiba tidak lama kemudian sebelum membuat laporan polis di Balai Kampar,” katanya di sini, hari ini.

Kong Soon berkata, pihaknya telah meneliti rakaman CCTV di kawasan parkir dan masih mengesan suspek berkenaan.

“Orang ramai yang terlihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menyalurkan maklumat dengan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar atau menghubungi talian 05-4650020,” katanya.

Sumber sinar harian


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP