GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 1 Mac 2014

BAPA BIKIN SEKS BERSAMA SKANDAL DEPAN ANAK

imej
Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia 38 tahun di Subang Jaya, dekat sini, didakwa bukan saja sanggup membawa anak kecilnya berusia lima tahun ke rumah wanita simpanannya, malah tergamak beraksi tidak senonoh bersama di hadapan anaknya sehingga menyebabkan isteri lelaki itu membuat laporan polis.
Sumber berkata, isteri lelaki itu yang juga berusia 38 tahun terpaksa membuat laporan polis disebabkan bimbang dengan tekanan dihadapi anaknya itu kerana sering dituduh menipu apabila mengadu perihal pelakuan sumbang bapa kandung dengan wanita simpanannya.
Menurut sumber, lelaki terbabit didakwa sering menipu anak perempuannya itu dengan berdalih untuk membawa bersiar-siar namun sebenarnya pergi ke rumah wanita simpanannya di ibu negara untuk melepaskan rindu.
“Pasangan suami isteri itu memiliki dua cahaya mata perempuan berusia lima dan dua tahun. Isteri lelaki itu mengadu, sejak akhir-akhir ini suaminya bersikap dingin sebelum terbongkar suaminya itu sebenarnya memiliki wanita simpanan.
“Isteri lelaki terbabit turut mendakwa anak perempuan sulungnya sering muram dan beberapa kali mengadu bapanya membawa dia berjumpa wanita lain dan biasanya apabila bertemu, bapanya mencium wanita itu.
“Anak itu mendakwa oleh kerana kerap dibawa, anaknya juga sudah mengetahui jalan ke rumah wanita berkenaan yang sering ditemui suaminya dan kebetulan berdekatan dengan rumah mentuanya. Tetapi, apabila diadukan, suami menuduh anaknya itu menipu sehingga menyebabkan anak berusia lima tahun itu tertekan,” katanya.
Menurutnya, berikutan itu, isteri lelaki terbabit membuat laporan polis Isnin lalu disebabkan bimbang dengan keselamatan anak perempuannya selain tidak mahu tumbesaran anak perempuannya itu terganggu dengan pelakuan sumbang bapa kandungnya sendiri.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan kes itu dan dirujuk kepada mahkamah syariah.
Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP