GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 23 Mac 2014

MENCARI PESAWAT MH370,Kapten Zaharie Terima Panggilan Daripada Wanita Misteri Sebelum Berlepas

Zaharie Ahmad Shah

PETALING JAYA: Kapten penerbangan MH370 yang hilang menerima dua panggilan daripada wanita misteri dua minit sebelum berlepas menggunakan nombor telefon mudah alih di bawah identiti palsu, lapor sebuah akhbar Inggeris.

Ia merupakan panggilan terakhir yang dibuat kepada atau daripada telefon mudah alih Kapten Zaharie Ahmad Shah sebelum Boeing 777 meninggalkan Kuala Lumpur pada 8 Mac, lapor The Mail, Ahad.

Penyiasat melihatnya sebagai satu potensi petunjuk yang penting kerana sesiapa sahaja yang membeli kad sim pra-bayar di Malaysia perlu mengisi borang dengan memberi nombor kad pengenalan atau nombor pasport.

Diperkenalkan sebagai langkah anti-keganasan selepas peristiwa 9/11, ini bagi memastikan setiap nombor adalah berdaftar dan boleh dijejaki.

Tetapi dalam kes ini polis hanya mengesan nombor tersebut diperolehi dari kedai yang menjual kad sim di Kuala Lumpur.

Mereka mendapati ia telah dibeli 'baru-baru ini' oleh seseorang yang menggunakan nama wanita, tetapi telah menggunakan identiti palsu.

Penemuan itu menimbulkan kebimbangan kemungkinan adanya kaitan antara Kapten Zaharie, 53, dan kumpulan pengganas yang anggotanya sering menggunakan kad sim yang tidak boleh dikesan.

Mereka yang lain yang telah bercakap dengan juruterbang itu melalui telefon beberapa jam sebelum penerbangan berlepas telah ditemuramah.

Dalam perkembangan berasingan, The Mail pada Ahad difahamkan bahawa penyiasat kini bersedia untuk menyoal isteri Zaharie yang dikatakan telah berpisah dengan suaminya itu dengan lebih terperinci.Pasangan ini mempunyai tiga orang anak, tetapi difahamkan masih tinggal sebumbung.

Pemanggil misteri muncul apabila penyiasat Malaysia meneliti rekod telefon Zaharie dan pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid.

Penyiasat berminat untuk mengesan pemanggil dan menemu bual mereka, walaupun mereka menegaskan hakikat bahawa kad sim itu telah didaftarkan dengan kad identiti yang tidak wujud tetapi ia tidak semestinya menunjukkan ia mempunyai kaitan dengan jenayah atau keganasan. 

The Straits Times / ANN


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP