GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 13 Mac 2014

MENCARI PESAWAT MH370,Satelit China temui kawasan disyaki

Cawangan Udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) membuat operasi mencari dan menyelamat melalui udara sejauh 80 batu nautika dari Gong Kedak sepanjang Pulau Kapas sehingga Pulau Perhentian, setelah mendapat aduan penduduk mengatakan ternampak cahaya di kawasan itu. - fotoBERNAMA

SHAH ALAM - Satelit China yang mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada Sabtu menemui “kawasan disyaki pesawat terhempas”, lapor CNN memetik agensi kerajaan China.

Ia dilihat sebagai satu lagi petunjuk baharu dalam misi mencari dan menyelamat yang memasuki hari keenam, hari ini.

Jabatan Sains, Teknologi dan Industri untuk Kementerian Pertahanan China mengumumkan penemuan itu termasuk imej yang dikatakan "tiga objek disyaki terapung dan saiz mereka."

Objek ditemui statelit tidak kecil: 13 x 18 meter (43 x 59 kaki), 14 x 19 meter (46 x 62 kaki) dan 24 x 22 meter (79 kaki x 72 kaki).




Sebagai rujukan, lebar sayap Boeing 777-200 yang hilang adalah kira-kira 61 meter (200 kaki) dan panjang keseluruhannya adalah kira-kira 64 meter (210 kaki).

Imej-imej diambil pada 9 Mac, sehari selepas pesawat hilang, tetapi tidak didedahkan sehingga awal pagi ini.

Agensi China memberikan koordinat longitud timur 105,63, 6.7 latitud utara, yang akan meletakkannya di perairan timur laut di mana ia berlepas dari Kuala Lumpur, Malaysia, dan selatan Vietnam, berhampiran Laut China Selatan bertemu Teluk Thailand.


Sinar Harian

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP