GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 7 April 2014

Pelajar tahun akhir dicabul pensyarah sendiri

imej google

ARAU - Seorang pelajar perempuan dari sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) negeri ini mendakwa terpaksa merelakan diri dicabul kerana bimbang digagalkan dalam subjek yang diajar pensyarahnya.

Mangsa berusia 20 tahun itu terpaksa bertahan diperlakukan sedemikian selama beberapa bulan kerana bimbang jika perkara itu didedahkan, pensyarah berkenaan dengan sengaja menggagalkan subjek itu dalam peperiksaan akhir semester yang berakhir bulan lalu.

Bagaimanapun, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Arau, sejurus selesai menduduki peperiksaan akhir semester.

Sumber berkata, kejadian terbaharu berlaku pada 28 Mac lalu, ketika mangsa dan dua rakannya berada di bilik pensyarah itu untuk mengulangkaji pelajaran.

“Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang, mangsa bersama dua rakannya itu diminta datang ke bilik pensyarah berkenaan, sebelum pensyarah berusia 40-an itu duduk di sebelah mangsa,” katanya.

Mangsa seterusnya dicabul kehormatan termasuk dengan menyentuh payu daranya oleh pensyarah berkenaan.

“Mangsa juga didekati pensyarah itu dan dengan sengaja meraba bahagian kakinya hingga ke bahagian dada beberapa kali.

"Mangsa terkejut dan cuba menghalang perbuatan itu, namun bimbang digagalkan pensyarah terbabit dalam subjek itu kerana peperiksaan sangat hampir dan membiarkan suspek berbuat sedemikian,” katanya.

Sumber berkata, mangsa turut mendakwa beberapa rakannya turut menjadi mangsa pensyarah itu dan perkara itu turut dimaklum kepada pengurusan IPT itu.

Sementara itu, Ketua Polis Perlis, Datuk Zull Aznam Haron ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis pelajar itu yang dibuat di Balai Polis Arau terhadap pensyarah terbabit.

“Kita sudah terima laporan polis itu dan kes kini dalam siasatan polis. Beberapa keterangan telah diambil terutama daripada pelajar berkenaan,” katanya.


Sumber sinarharian

1 Merujuk kepada perkara diatas :

Tanpa Nama ,  8 April 2014 pada 9:35 PTG  

Pelajar itu dah dekat nak periksa dipanggil menemui pensyarah di biliknya, dan terdapat 2 siswi lain diwaktu yg sama. Kenapa? Tentu ada masalah pelajaran untuk menduduki peperiksaan, mungkin juga paper ni dah carry 2 kali. Takut dimarah ibubapa atau malu pd rakan & jiran atau sbb2 lain, maka adalah isu untuk buat lapik. Alang2 merudum seorang biar ada yg kantoi bersama. Matematik bung matematik neng, subjek berat mungkin 4 jam kredit tanpa persediaan cukup, tak faham nak jawab, CGPA semasa alahai paras lubang hidung, carry mark 9/30 contohnya - macam2 boleh jadi. Di ITM Dungun dulu ada siswi telan sekitar 50 (lima puluh, bukan salah taip) butir pa----l, kerana pressure. Ini kisah benar, tidak perlu didedahkan siapa siswi tersebut. Kini dgn bantuan doktor hospital KT, para pensyarah dahulunya dan tentunya dgn izin Allah SWT jua, dia berkerjaya dan berkeluarga, alhamdulillah. Apa khabar Syed Ahmad Al Junid?

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP