Seludup telefon bimbit di dalam dubur
Tweet
imbasan
SHREVEPORT - Seorang banduan di negeri Louisiana, Amerika Syarikat cuba menyeludup masuk sebuah telefon bimbit ke penjara dengan menyembunyikan gajet itu di dalam punggungnya, lapor akhbar New York Daily News semalam.
Banduan tersebut, Anthony Alvey dipindahkan ke sebuah penjara di sini apabila pemeriksaan mesin imbasan menunjukkan gajet itu berada di dalam lubang punggungnya.
Alvey, 22, pada mulanya menafikan dia melakukan perbuatan tersebut.
Namun, dia kemudian mengaku cuba membawa masuk telefon bimbit selepas beberapa pegawai penjara mengarahkan dia menjalani semula ujian imbasan.
Banduan berkenaan mengeluarkan gajet itu tanpa bantuan doktor selepas dia dibawa ke sebuah hospital tempatan.
- Agensi
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan