GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 13 Mei 2014

Terkini Krisis Politik Terengganu: Biar Rakyat Buat Keputusan - PAS

PETALING JAYA: Susulan keputusan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu mengumumkan keluar Umno meletakkan kerajaan negeri berkenaan berhadapan situasi genting sama ada  Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan atau pembangkang membentuk kerajaan baharu.
Terkini, daripada 32 kerusi DUN di Terengganu, BN mempunyai 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk 11 kerusi milik Umno, manakala Pakatan Rakyat mendapat 15 kerusi iaitu lebih satu kerusi apabila PAS memiliki 14 kerusi dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan satu kerusi.
Bagaimanapun, PAS Terengganu yang mengadakan mesyuarat khas berhubung kedudukan kerajaan negeri itu memutuskan supaya Menteri Besar Baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman menyerah kepada rakyat untuk memilih semula kepemimpinan negeri.
Menurut sumber, PAS sedang berurusan dengan kerabat diraja Terengganu yang juga ahli PAS meminta supaya pemilihan secara demokrasi dilaksanakan di negeri berkenaan.
"PAS tidak mahu Adun Umno lompat parti atau menjadi wakil rakyat Bebas, sebaliknya menyerahkan kuasa memilih kepada rakyat," katanya kepada mStar Online.
Mengulas isu sama, Penasihat Undang-Undang Ngeri, Datuk Azhar Abdul Hamid dikatakan mengeluarkan kenyataan kepada Bernama memaklumkan setakat ini BN masih kekal memerintah kerajaan Terengganu.
Beliau berkata, walaupun bilangan wakil rakyat BN berkurangan daripada 17 kepada 14 dan pembangkang mempunyai 15 ahli dalam dewan undangan negeri, speaker juga dikira sebagai wakil kepada kerajaan negeri yang memerintah dengan kedudukan kerusi 15:15:3.

Ternyata, keputusan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said; Adun Ajil, Ghazali Taib dan terbaharu, Roslee Daud yang juga Adun Bukit Besi untuk menjadi wakil rakyat Bebas bakal mengubah senario politik negeri itu.

Dalam situasi ini, tentunya titah muktamad tetap pada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin kerana baginda yang akan memutuskan untuk bertemu mengadap sama ada Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS atau Ahmad Razif.

Sejak awal pagi lagi, pintu Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu dipenuhi pelbagai pihak termasuk media bagi mengetahui status terkini kerajaan negeri berkenaan.

Tentu sekali kemelut ini memberi tamparan hebat kepada Ahmad Razif yang kurang 24 jam mengangkat sumpah jawatan itu.

Difahamkan, beberapa Adun Umno yang juga penyokong setia Ahmad Said akan mengumumkan keluar Umno dalam masa terdekat.
Sumber mStar Online


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP