GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 9 Ogos 2014

BUAT PERKARA PELIK BILA LELAKI SUNYI TIADA ISTERI

Gara-gara hidup kesunyian, seorang warga emas dilaporkan menelefon polis sebanyak 1,483 kali sepanjang tahun lalu.
Malah, menurut sumber polis, warga emas yang cuma didedahkan identiti sebagai Zhao itu biasanya membuat panggilan telefon berkenaan ketika mabuk dan terdesak untuk meluahkan perasaannya.
“Pada satu hari, dia menghubungi polis hanya kerana tertinggal kunci di dalam rumahnya.
“Terpaksa pula saya menelefon bekas isterinya supaya membantu dia,” katanya. Menurut sumber itu, dia mengesyaki Zhao, 71, selalu meminum arak.
Selepas panggilan pertama itu, Zhao mula menelefon Balai Polis Daping beberapa kali sehari.
Menurut sumber berkenaan, Zhao pernah dilaporkan membuat panggilan sebanyak 29 kali seminggu. “Zhao mendakwa dia kesunyian dan mahu berbual dengan seseorang apabila mabuk. “Kami boleh memahami situasinya tetapi dia terlampau kerap menelefon,” katanya.
Difahamkan, Zhao berpisah dengan isterinya lebih 20 tahun lalu, manakala anak perempuan mereka menetap di Beijing.
Zhao bagaimanapun enggan berpindah ke rumah penjagaan kerana tidak sanggup mematuhi polisi ketat yang melarang minuman keras selain kos pembiayaan tinggi. 
- Agensi

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP