GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Bencana Alam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bencana Alam. Papar semua catatan

Jumaat, 15 Ogos 2014

Pegawai Bank, Suami Ditahan Dipercayai Keluar Wang Penumpang MH370


KUALA LUMPUR: Seorang pegawai bank dan suaminya yang dipercayai terbabit dalam kes memindah dan mengeluarkan wang daripada akaun milik penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 ditahan, Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abd Ghani berkata, pegawai bank itu yang bekerja di bank berkenaan sejak 10 tahun lalu ditahan di rumahnya di Ampang kira-kira 4 petang.
"Suaminya yang berusia 33 tahun turut ditahan di bengkel kereta di Ampang ketika membaiki keretanya. Polis percaya suaminya mungkin turut terlibat.

"Polis masih belum mendapat rakaman kamera litar tertutup (cctv) daripada pihak bank. Ia akan mengambil masa sedikit," katanya kepada Bernama dan menambah kedua-dua mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Kedua-dua mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Izany menasihati keluarga penumpang MH370 yang pesawat itu masih belum ditemui supaya meneliti kenyataan akaun bank penumpang.

"Keluarga mereka boleh periksa kenyataan bank penumpang. Kita minta mereka berwaspada," katanya.

Rabu lepas media melaporkan sebanyak RM110,643 milik empat penumpang pesawat MH370 lesap daripada akaun bank dipercayai dipindahkan oleh kakitangan bank tanpa kebenaran.

Siasatan mendapati wang dari akaun milik penumpang dipindahkan ke akaun penumpang lain melalui perbankan Internet melibatkan jumlah keseluruhan RM110,643.

Akaun berkenaan masing-masing milik dua penumpang warga China, seorang penumpang warga Malaysia dan akaun serang pramugara.

Kejadian disedari pada 18 Julai lepas oleh seorang petugas bank yang mengesan beberapa transaksi pengeluaran dan pemindahan secara mencurigakan dari empat akaun berkenaan.
Sumber mStar Online

Read more...

Rabu, 13 Ogos 2014

GEMPAR ! Polis Siasat Kehilangan RM111,000 Dari Akaun Empat Mangsa MH370

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat transaksi yang mencurigakan membabitkan akaun bank milik empat penumpang MH370.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur, ACP Izany Abdul Ghany berkata, sejak kehilangan pesawat itu, sebuah bank tempatan melaporkan sejumlah RM111,000 dikeluarkan daripada akaun milik empat penumpang pesawat itu.
"Bank berkenaan menyedari sejumlah wang telah dikeluarkan daripada akaun terbabit pada 18 Julai lalu.
"Pihak bank menjalankan siasatan dalaman sebelum membuat laporan polis pada 2 Ogos lalu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada Rabu.
Beliau berkata, siasatan berhubung perkara itu masih dijalankan.
mStar Online

Read more...

Selasa, 12 Ogos 2014

NAHAS MH17,16 jasad bakal pulang

Kuala Lumpur: Sebanyak 16 jasad rakyat Malaysia terdiri daripada penumpang dan kru MH17 sudah dikenal pasti dan dijangka dibawa pulang ke tanahair minggu depan.
Menurut sumber, jasad mangsa akan dibawa pulang dengan segera sebaik selesai proses dokumentasi dan serahan rasmi oleh pihak berkuasa Belanda. 
“Bagaimanapun kita tidak boleh mendedahkan identiti semua mangsa terlebih dulu sehingga pengumuman rasmi dibuat oleh kerajaan Malaysia. 

“Setakat ini, empat Polis Diraja Malaysia (PDRM), tiga pakar patologi dan tiga pakar tulang masih berada di Kem Tentera Hilversum untuk proses pengecaman identiti,” katanya.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai turut mengesahkan bilangan mayat itu menerusi kenyataan di laman Fecebooknya.
Menurutnya, 16 mayat warga Malaysia yang terbabit dalam nahas MH17 sudah dikenal pasti dan usaha sedang dilakukan untuk membawa mereka pulang. 

“Bagaimanapun, nama mangsa tidak dapat diumumkan sekarang sehingga perbincangan dengan waris dibuat termasuk menerima mayat mangsa,” katanya. 

Keseluruhannya, 43 warga Malaysia, termasuk anak kapal berada dalam pesawat berkenaan sebelum didakwa ditembak jatuh oleh kumpulan pemberontak pro-Russia menggunakan peluru berpandu anti pesawat BUK.
Sumber myMetro

Read more...

Isnin, 11 Ogos 2014

Mati tercekik besi ketika makan aiskrim


Aurora Allen, kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, mengalami detik-detik menakutkan apabila tercekik spring besi ketika makan aiskirm. - AGENSI

LONDON 9 Ogos - Seorang kanak-kanak perempuan di Britain mengalami detik-detik menakutkan apabila tergigit dan tercekik besi tajam yang terdapat dalam aiskrim yang dinikmatinya.

Aurora yang berusia empat tahun, menikmati aiskrim tersebut bersama adiknya, Tobias, 2, selepas ibu mereka, Cherish Allen, 22, membeli empat bungkus aiskrim jenis Dairy Milk Caramel dari sebuah kedai runcit berdekatan rumah mereka di Bell Green, Coventry.

Portal berita Mail Online yang memetik kenyataan Allen melaporkan, Aurora secara tiba-tiba menjerit kesakitan ketika sedang makan aiskrim itu akibat tercekik sesuatu benda yang keras.

Allen kemudian memeriksa mulut anaknya itu dan mengesan satu benda bersinar yang merupakan spring besi di dalam rahang anaknya.


Bebola besi dan spring logam yang ditemukan dalam aiskrim yang dimakan Aurora sehingga menyebabkan dia tercekik. - AGENSI


"Saya juga menemukan bebola besi pada bahagian bawah aiskrim yang masih belum dimakan oleh anak saya.

"Kejadian itu memberi kesan buruk kepada Aurora yang tidak mahu makan akibat kesakitan di bahagian tekak yang luka akibat dicucuk spring besi itu," katanya.

Syarikat Cadbury dalam satu kenyataan berkata, kejadian yang menimpa Aurora sangat membimbangkan kerana serpihan besi tidak sepatutnya berada dalam produk aiskrim itu.

"Pihak syarikat telah mengambil langkah keselamatan yang tinggi untuk memastikan kejadian seperti itu tidak berlaku lagi dan semua produk yang dihasilkan akan diperiksa terlebih dahulu melalui mesin pengimbas logam sebelum dipasarkan.

"Pihak syarikat juga akan memastikan siasatan penuh dijalankan berhubung insiden terbabit," jelas kenyataan berkenaan.

Sumber UTUSAN

Read more...

Isnin, 4 Ogos 2014

Gambar SELFIE tentera Russia cetus kontroversi


Moscow: Beberapa gambar yang dirakamkan seorang askar Russia mencetuskan kontroversi apabila didapati ia mungkin diambil di Ukraine, walaupun Moscow menafikan bahawa tenteranya campur tangan di kawasan konflik sempadan negara itu. 

Alexander Sotkin, 24, seorang askar Russia dan biasa berkongsi gambar di Instagram barubaru ini memuat naik satu siri imej ‘selfie’ beliau yang berpakaian seragam tentera. 


Ketika gambar terbabit tidak menunjukkan apaapa, data geolokasi aplikasi menunjukkan bahawa sebilangan gambar terbabit diambil di Ukraine. 

Gambar yang dikongsi di Instagram boleh dikesan menerusi geotag di mana lokasi gambar dirakamkan akan disiarkan bersama gambar terbabit. 

Satu siri imej terdahulu menunjukkan lokasi Sotkin adalah di kampung Voloshino, selatan Russia tempat tentera itu berpangkalan. Tetapi dua gambar yang dikirimkan pada 5 dan 6 Julai menunjukkan ia adalah 10 kilometer dari sempadan Ukraine. 

Pertama kali dilaporkan halaman berita Amerika Syarikat, BuzzFeed, dua ‘selfie’ terbabit menunjukkan bukti bahawa tentera Russia itu merentasi sempadan Ukraine walaupun ia dinafikan oleh Kremlin.


BH


Read more...

Pengantin Malaysia 'popular' di Israel


SHAH ALAM - Berita mengenai sepasang pengantin Malaysia yang mengabadikan kenangan majlis perkahwinan mereka dengan memijak dan membakar bendera Israel sebagai tanda protes kekejaman rejim itu terhadap rakyat Palestin mendapat liputan sehingga ke negara itu.

Berita tersebut disiarkan menerusi laman blog milik Israel iaitu elderofziyon.blogspot.com dengan judul “Malaysian couple decides to burn Israeli flag on their wedding day ".

Berita itu turut dikongsi oleh laman Facebook Israel iaitu The Israel Project (Tip), perkongsian berita itu mendapat respon daripada penyokong Israel yang marah dengan tindakan itu.

Ada di antaranya mendoakan agar pasangan tersebut mendapat ‘bala bencana’ dek kerana perbuatan itu.

Patrick Gleen Hendry  yang dipetik sebagai berkata "semoga kehidupan mereka suami isteri penuh dengan kesengsaraan".

Terdahulu pasangan pengantin yang berasal dari Jasin, Melaka  Norfadhilah Mohd Badroldin, 27, dan suami, Mohd Hilmi Muslim, 27, kedua-duanya yang bekerja sebagai arkitek bertindak melakukan perkara itu selepas berasa amat sedih melihat penderitaan umat Islam khususnya kanak-kanak dan wanita yang menjadi mangsa serangan rejim Zionis.

Pasangan itu memijak dan membakar bendera Israel sebelum memasuki kawasan rumah mereka.

Terdahulu, bendera berkenaan diletakkan di jalan masuk ke kediaman tersebut untuk dipijak oleh hampir 3,000 tetamu yang menghadiri majlis tersebut.

Tindakan memijak bendera itu merupakan simbolik yang menjelaskan Israel selayaknya diletakkan di bawah telapak kaki umat Islam selain membangkitkan perasaan marah terhadap kekejaman rejim tersebut.


Sinar Harian


Read more...

Padah Selfie Dengan Pistol, Pemuda Tertembak Diri Sendiri

Oscar Aguilar
TINDAKAN seorang doktor haiwan merakam gambar selfie dengan aksi bersama sepucuk pistol membawa padah apabila dia maut tertembak diri sendiri di Mexico.
Mangsa, Oscar Aguilar sebelum ini dilihat agak teruja berselfie sehingga merakamnya apabila bertemu setiap benda yang dirasai kelainan seperti kereta sukan mewah, motosikal berkuasa tinggi, dan sesuatu yang menarik perhatian wanita.
Bagaimanapun, obses lelaki warga Mexico itu memakan diri apabila dia meminjam sepucuk pistol untuk merakam selfie terbaru.
Jirannya, Manfredo Paez, 57, memberitahu, dia terdengar bunyi letupan sebelum terdengar jeritan.
Jelasnya, apabila tiba di rumah pemuda berkenaan, dia mendapati mangsa berada dalam keadaan kesakitan kerana tertembak.
Polis memberitahu, mangsa yang mati ketika dalam perjalanan ke hospital tidak mengetahui bahawa pistol yang dipinjam mempunyai peluru.
Sumber mStar Online

Read more...

Khamis, 31 Julai 2014

NAHAS MH17,Kami akan saman sesiapa yang kata anak kami meninggal

Fatima Dyczynski, seorang jurutera aeroangkasa, merupakan salah seorang penumpang pesawat MH17

KUALA LUMPUR: Ibu bapa kepada salah seorang penumpang MH17 berhasrat untuk menyaman sesiapa yang berkata anak mereka telah meninggal dunia, tanpa menunjukkan sebarang bukti.

Menurut satu laporan dari The Independent yang mengungkap laporan Australian Associated Press (AAP), Dr George dan Angela Dyczynski masih percaya bahawa anak mereka, Fatima Dyczynski, seorang jurutera aeroangkasa, masih hidup.

Laporan itu berkata ibu bapa Fatima telah meminta tragedi malang itu disiasat oleh saintis pakar, terutama rakan-rakan Fatima dari sains angkasa.

"Dia adalah seorang jurutera aeroangkasa, dia seorang saintis, dia adalah orang muda dengan idea-idea baru dan perspektif baru.

"Kita mahu siasatan yang lebih saintifik dengan data yang sudah berkumpul. Ia harus bermula sekarang, bukan terpaksa tunggu berbulan-bulan," kata Dr Dyczynski yang dipetik di dalam laporan itu.



Pasangan itu berkata saintis angkasa boleh membantu mencegah kejadian seperti itu pada masa hadapan.

"Mungkin ada perspektif lain yang penting untuk disiasat. Bukan sahaja kemungkinan peluru berpandu (yang jatuhkan MH17) tetapi sesuatu yang lebih.

"Ada kemungkinan kecil ada sesuatu yang masih hidup," katanya kepada AAP.

Pasangan itu melawat tapak kemalangan di Ukraine pada hari Sabtu.

Sumber aStro Awani

Read more...

Selasa, 29 Julai 2014

NAHAS MH17, Kotak Hitam Tunjuk Nahas Akibat Serpihan Roket - Pegawai Ukraine

Seorang lelaki berjalan dekat dengan serpihan bangkai pesawat MH17 di lokasi nahas dekat kampung Grabovo, Ukraine. Foto Reuters
KIEV (Ukraine): Kotak hitam milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine menunjukkan terdapat serpihan dari letupan roket yang menyebabkan nahas pesawat penumpang itu, kata seorang pegawai keselamatan Ukraine pada Isnin.
Penyiasat antarabangsa "menunjukkan bahawa data perakam penerbangan menunjukkan bahawa sebab bagi kemusnahan dan kemalangan pesawat itu apabila mengalami penyahmampatan letupan yang besar akibat letupan roket," kata jurucakap Majlis Keselamatan dan Pertahanan Ukraine, Andriy Lysenko.
Data dari kotak hitam pesawat itu dianalisa di Britain selepas ia diserahkan kepada pegawai Malaysia oleh pemberontak pro-Rusia yang mengawal lokasi nahas MH17.
Kumpulan penyiasat yang mengetuai siasatan di Belanda enggan untuk mengesahkan maklumat terbaharu dari Kiev, dengan menyatakan bahawa mereka "sedang menunggu gambarAN lebih lengkap tentang apa yang telah berlaku."
Kiev dan sekutu baratnya mendakwa kumpulan pemberontak yang menembak jatuh pesawat itu, yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal. 
- AFP

Read more...

Isnin, 28 Julai 2014

VIDEO,Hanya kemalangan kecil, pemandu sanggup acu pistol


Di Malaysia, video Siti Fairrah Asyikin Kamaruddin, atau lebih dikenali sebagai Kiki, yang memarahi seorang warga emas yang dikenali sebagai Sim Siak Hong terus menjadi viral di media sosial tempatan. 
 
Di Filipina pula, lain pula ceritanya. Warga media sosial di sana dikejutkan dengan sebuah video dimana seorang pemandu teksi diacu pistol dalam satu insiden kemalangan kecil. 

Kejadian berlaku di EDSA di Manila melibatkan seorang pemandu yang menaiki kereta jenis Mercedes-Benz dan seorang pemandu teksi. 

Seorang pemandu yang memakai baju berwarna biru seolah-olah  tidak membenarkan pemandu teksi itu keluar dari kenderaannya. Tetapi apabila pemandu teksi itu berjaya keluar, lelaki itu terus mengacukan pistol ke arah pemandu teksi terbabit.

Mereka terus bertengkar di tepi jalan raya sebelum menaiki kereta masing-masing. Namun, di akhir video itu, pemandu teksi itu berjaya memotong kereta Mercedes-Benz dan mereka terus bertengkar lagi.




Sumber


Read more...

Rabu, 23 Julai 2014

PLAZA TOL USJ,LEBUHRAYA KESAS DIREMPUH LORI

LORI tiga tan terbakar sejuruh merempuh Plaza Tol USJ, semalam.
Kuala Lumpur: Tiga pemandu kenderaan sempat melarikan diri dari terbakar hidup-hidup sejurus sebuah lori tiga tan merempuh Plaza Tol USJ, Lebuhraya Kesas di sini, sebelum dijilat api.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang semalam, sebuah lori tiga tan yang membawa muatan tanah terbakar selepas merempuh penghadang tembok konkrit di tol berkenaan.
Rempuhan itu menyebabkan lori berkenaan terbakar sebelum api merebak ke arah dua kenderaan lain yang berada bersebelahan lorong pondok tol berkenaan.

Bagaimanapun, ketiga-tiga pemandu kenderaan itu berjaya menyelamatkan diri manakala pemandu lori didapati menghilangkan diri dari lokasi kejadian.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, kebakaran berpunca apabila sebuah lori yang membawa muatan tanah terbabas dan melanggar palang dan tembok konkrit berhampiran pondok tol.
Katanya, kejadian itu menyebabkan kenderaan di kiri dan kanan lorong di tol itu turut terbakar manakala seorang petugas wanita cedera di bahu dan tangan ketika cuba menyelamatkan diri.
Menurutnya, dua jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Puchong dan Balai Bomba Penchala dikerahkan ke lokasi untuk memadamkan api kebakaran.

“Api berjaya dipadamkan kurang dalam tempoh 10 minit Punca kebakaran masih disiasat,” katanya.
Sumber

Read more...

Isnin, 21 Julai 2014

Wartawan letak jawatan, kecewa cara liputan tragedi MH17

Sara Firth

MOSCOW - RUSIA. Seorang wartawan Rusia dilapor mengumumkan meletak jawatan selepas kecewa dengan cara liputan agensi di mana dia bertugas membabitkan nahas MH17.

Sara Firth seorang wartawan dari stesen televisyen Russian Today (RT).

Dia merupakan wartawan kedua yang meletak jawatan dari stesen televisyen terbabit.

Mac lalu, seorang wartawan RT turut meletak jawatan atas alasan kecewa dengan cara pemberitaan membabitkan krisis di Ukraine.

“Saya meletakkan jawatan hari ini. Saya sangat menghormati rakan setugas saya tetapi berpegang kepada kebenaran,” kata Firth menerusi laman Twitternya @Sara_Firth.

Stesen RT yang dibiayai kerajaan Rusia bagaimanapun dalam reaksinya kepada AFP berkata, “Firth telah meluahkan pendiriannya yang memilih kebenaran tetapi pihak kami mempunyai versi tersendiri mengenai maksud sebenar kebenaran”, kata jurucakap stesen itu.

Firth membuat kenyataan selepas seorang blogger menuduh rakan sekerjanya, Polly Boiko menerima rasuah untuk membantu menyebarkan penipuan Presiden Rusia, Vladmir Putin mengenai perkara sebenar yang berlaku terhadap MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada Khamis.

“Apa yang yang telah saya sebarkan?” tanya Boiko dalam reaksi balasnya.

Menurut Firth itu satu "penipuan". Tambahnya "kami (wartawan) sememangnya bekerja untuk Putin. Kami diminta setiap hari untuk melaporkan perkara yang tidak benar.

“Kami hanya makan gaji dan kerana itu kami harus mematuhinya,” tegasnya.

Firth telah menukar nama akaun Twitternya @SaraFirth_RT bagi mengelak dari dikaitkan dengan saluran televisyen itu lagi.


Sumber Sinar Harian

Read more...

Ahad, 20 Julai 2014

MH17: Galeri Gambar Nahas

APABILA dipandang dari jauh, kibaran reben putih di celah-celah rumput di ladang jagung yang luas di timur Ukraine menjadikan ia suasana yang indah dan tenang.
Tetapi apabila didekati, keadaan itu akan menitiskan air mata kerana ribon putih tersebut menandakan kedudukan mayat mangsa MH17 yang dikenalpasti oleh anggota tentera puak pemisah.
Kesedihan pula akan menjadi lebih hiba dengan keadaan kecederaan mayat serta memikirkan nasib pesawat mereka yang telah diletupkan pada ketinggian 10,000 meter, lapor Dailymail.
Berita yang menjadi tajuk utama Mailonline itu turut mendedahkan bahawa kawasan nahas kini dimasuki orang awam yang merakam gambar serta meninggalkan bunga kepada mangsa.
Terdapat dikalangan orang awam yang hadir cuba menyusun barangan mangsa bersama bunga untuk memberi penghormatan dan akhirnya mereka pulang bersama linangan air mata mengenangkan nasib mangsa.
Pada masa sama juga, mayat-mayat yang terbiar sebelum ini mula dikumpul sementara menunggu pasukan penyiasat antarabangsa.
Penerbangan MH17 milik MAS yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada Khamis telah ditembak jatuh di kawasan konflik di timur Ukraine.
Puak Pemisah pro-Rusia didakwa bertanggungjawab menembak pesawat awam berkenaan.
Heart-breaking: Looters are said to have raided the belongings of MH17 passengers. These photos were found amid the debris 
Disaster: Local residents of the eastern Ukrainian countryside stand among the wreckage of MH17
Tourist site: A man takes a photo of the charred remains of the plane. Pro-Russian rebels are accused of failing to protect the scene 

Ashen: Officials continue to scour the plane, shot down by a missile on Thursday, to identify the bodies
Operation: Rescue forces have started retrieve and remove bodies of passengers from the crash site of MH17

Debris: A man looks down at the wreckage of the downed flight. Rescue workers have begun piling up the 298 dead bodies 

Crash site: Ukrainian rescue workers have been allowed into the site to start collecting bodies of the victims

Tributes: Locals have come out in their droves to leave flowers and tributes to the dead among the flowers as the investigation continues

Distraught: One woman puts her hand up to her face as she looks at the wreckage site 

While residents have been able to leave flowers, staff of Europe's OSCE claim they were blocked from the site

Members of the Ukrainian Emergency Ministry worked late into the night retrieving bodies in body bags

Retrieve: Ukrainian rescuers have been working at the scene to remove the victims, in body bags, from the site
Horrific: Days after the crash, bodies an personal effects remain strewn across the eastern Ukraine field
Bodies are still strapped to seats as reinforcements are called in to help with the identification process
Harrowing: Describing the site today, a spokesman said: 'Some of the body bags are open and the damage to the corpses is very, very bad. It is very difficult to look at'

Read more...

NAHAS MH17, Rusia kantoi ubah maklumat Wikipedia

Rekod kemaskini di laman mikro 'Twitter Bot' RuGovEdits - Sumber Twitter

KERAJAAN Rusia dikatakan telah mengubah beberapa maklumat di Wikipedia mengenai kejadian nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang berlaku di timur Ukraine pada Khamis.

'Twitter Bot' yang tugasnya untuk memantau sebarang suntingan yang melibatkan alamat IP kerajaan telah merekod perubahan maklumat di bahagian 'Kemalangan Udara Awam', lapor The Telegraph.

Maklumat asli yang dikatakan telah diubah adalah "pesawat tersebut telah ditembak jatuh oleh pengganas yang menggunakan sistem peluru berpandu BUK yang diperolehi dari kerajaan Rusia" kepada "pesawat tersebut ditembak jatuh oleh askar Ukraine".

Rekod kemaskini tersebut kemudian disiar di laman mikro Twitter https://twitter.com/RuGovEdits

Khamis lepas, pesawat malang yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal dikatakan ditembak dengan menggunakan sistem peluru berpandu anti-pesawat jenis BUK sebelum terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia.

Sehingga kini belum dapat dipastikan kesahihan maklumat yang mengatakan ia ditembak jatuh namun kerajaan Ukraine mendakwa, insiden didalangi puak pemisah pro-Rusia.


Sumber Sinar Harian

Read more...

NAHAS MH17, Antara wajah-wajah penumpang dan anak kapal


KUALA LUMPUR: Seramai 298 penumpang dan anak kapal terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 yang dipercayai ditembak jatuh oleh anggota puak pemisah Rusia.

298. Ini bukan sekadar angka tetapi ini adalah jumlah nyawa yang terkorban dalam nahas malang yang menimpa dunia ini.

Nyawa-nyawa ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk ahli akademik, pelakon teater, aktivis AIDS, pelajar perubatan, penuntut Doktor Falsafah dan sebagainya. Ada yang membuat perjalanan bersendirian, bersama pasangan masing-masing atau dengan seluruh keluarga.

Ada yang tidak sabar untuk bertemu semula bersama ahli keluarga untuk Hari Raya, dan ada juga menggunakan Kuala Lumpur sebagai destinasi transit sebelum menyambung perjalanan ke negara masing-masing.

Siapa mereka? Apa kisah mereka?

Ng Shi Ing
Ng Shi Ing

Ng Shi Ing, 33, merupakanPensyarah Fakulti Psikologi Dan Pendidikan Dalam Jurusan Teaching English As A Second Language (TESL), UMS.

Beliau menghadiri  persidangan di University of Antwerp, Belgium sebagai pembentang kertas kerja.

Pensyarah tersebut yang sepatutnya dijadual kembali bertugas pada Isnin depan turut ditemani anaknya yang berusia satu tahun serta adik perempuannya yang dipercayai sama-sama berada dalam pesawat itu.


Shuba Jay
Shuba Jay

Shuba Jay merupakan bekas peserta program realiti Mari Menari. Beliau yang juga aktif sebagai pelakon teater dan drama televisyen dalam perlajalan ke Kuala Lumpur bersama suaminya Paul Goes, seorang warganegara Belanda dan juga anak mereka berusia 21 bulan.


Tambie Jiee
Tambie Jiee dan keluarga

Tambi Jiee, 49, isterinya Ariza Ghazalee, 46, bersama anak-anak mereka Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 19, Marsha Azmeena, 15 dan Muhammad Afruz, 13 sedang dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas lebih tiga tahun berada di luar negara.

Tambi Jiee bertugas dengan sebuah syarikat milik Shell di Kazakhstan dan baru mendapat kebenaran untuk berpindah tempat kerja dari Kazakhstan ke Kuala Lumpur.


Md Ali Md Salim
Md Ali Md Salim
 
Md Ali Md Salim, 30, merupakan penuntut Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Development Neuropsychopathology di Erasmus University Rotterdam di Belanda.

Menerusi akaun Instagram beliau (@masa1777), gambar terakhirnya mempunyai mesej: "Bismillah...#hatiadasikitgentar".


Ahmad Hakimi Hanapi
Ahmad Hakimi Hanapi

Ahmad Hakimi Hanapi, 29, disifatkan sebagai payung emas kepada keluarga. Hakimi  ada menghubungi datuknya Daud Kadir tiga hari lalu untuk memaklumkan bahawa beliau akan pulang untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga pada 25 Julai ini

Ahmad Hakimi meninggalkan seorang isteri yang dikenali sebagai Hasmat dan seorang anak lelaki berusia setahun lebih.

Beliau menyertai MAS lebih empat tahun lalu sebagai pembantu juruterbang.


Sanjid Singh
Sanjid Singh Sandhu

Sanjid Singh, 41, tidak sepatutnya bertugas dalam pesawat MH17 tetapi bertukar syif dengan rakan setugasnya.

Sebelum ini, isterinya yang merupakan seorang pramugari bertukar syif dengan rakan setugas dan terselamat daripada insiden MH370.


Yuli Hastini
Yuli Hastini  dan keluarga

Yuli Hastini dari Indonesia sepatutnya pulang ke negara asalnya bersama suami John Paulisen dan anak-anaknya iaitu Arjuna Martin Paulisen, 5, & Sri Paulisen, 3.

Menurut seorang ahli keluarga, Yuli sudah enam tahun tinggal di Belanda dan bekerja di farmasi yang berbeza dari suaminya.


Elaine Teoh dan Emiel Mahler
Elaine Teoh dan Emiel Mahler

Elaine Teoh, 27, berasal dari Pulau Pianang dan merupakan bekas pelajar Universiti Melbourne, Australia.

Beliau dan teman lelakinya Emiel Mahler dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri satu majlis perkahwinan. Kedua-duanya menetap di Melbourne.


Nick Norris
Nick Norris

Nick Norris, 68, merupakan seorang pelayar terkenal Australia dan pengarah urusan di sebuah syarikat perunding di Perth.

Cucu kepada Nick Norris
 
Norris ditemani cucu-cucu beliau iaitu  Mo Maslin (12), Otis Maslin (8) dan Evie Maslin (10)
 

Robert Ayley
Robert Ayley

Satu-satunya warga New Zealand di dalam MH17, Rob Ayley, 29, berada di Eropah selama sebulan untuk melihat penternak anjing Rottweiler. Ayley meninggalkan seorang isteri Sharlene dan dua anak iaitu Seth, 4, dan Taylor, 2.

Dalam emel terakhir beliau kepada ahli kelaurganya dia tulis “Saya tidak sabar untuk bertemu anak-anak dan juga Sharlene. Saya harap semua okay, kalau kita tidak dapat berhubung lagi, saya akan jumpa anda pada hari Sabtu.


Andrei Anghe dan Olga Ioppa
Andrei Anghe dan Olga Ioppa

Andrei Anghel, 24, merupakan seorang pelajar perubatan yang mempunyai cita-cita tinggi tentang penyelidikan penawar kanser.

Beliau ditemani teman wanitanya iaitu Olga Ioppa, seorang warganegara Jerman, dan dalam perjalanan untuk bercuti  ke Bali, Indonesia. Ahli keluarga memberitahu bahawa Andrei menyukai aktiviti luar dan juga pantai.


Dr. Joep Lange
Dr. Joep Lange

Dr. Joep Lange, 59, dari Belanda merupakan penyelidik veteran HIV/AIDS yang dalam perjalanan ke Persidangan AIDS Antarabangsa di Melbourne, Australia.

Beliau ditemani 5 delegasi yang lain dalam pesawat MH17.

Sumber aStro Awani


Read more...

Sabtu, 19 Julai 2014

Sistem Pelancar Peluru Berpandu Tembak MH17 Berjaya Dirakam

SEBUAH sistem pelancar peluru berpandu BUK M2 yang didakwa telah menembak jatuh pesawat MH17 berjaya dirakam di kawasan pangsapuri era Soviet di Torez, Ukraine selepas beberapa jam nahas itu berlaku.
Sistem penggempur yang mempunyai empat peluru berpandu itu kelihatan diselimut ketika gambar dirakam kira-kira lebih 10 kilometer dari lokasi kejadian.
Peralatan menembak pesawat milik puak pemisah pro-Rusia itu didakwa sedang dilarikan ke Rusia pada Jumaat.
A view of what is believed to be a BUK surface-to-air missile battery being driven along a path on July 17 in Torez, Ukraine
Penggempur udara, BUK M2 yang didakwa sedang dilarikan ke Rusia selepas menembak jatuh MH17 di Torez yang terletak kira-kira 10 kilometer dari lokasi nahas.
Menurut laporan dailymail.co.uk, ketika gambar dirakam, dua daripada empat peluru berpandunya telah digunakan dan ia dipercayai menembak jatuh pesawat MH17.
Dalam nahas udara pada Khamis, seramai 298 penumpang dan anak kapal maut apabila pesawat yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di Timur Ukraine.
Perbuatan tidak bertanggungjawab itu didakwa dilakukan oleh puak pemisah pro-Rusia yang menawan Donetsk.
Sementara itu, Pakar Pentagon mendakwa, mustahil bagi pihak puak pemisah untuk melancarkan peluru berpandu berkenaan jika tidak dibantu oleh tentera Rusia.
Dia juga menyifatkan tindakan itu sesuatu yang kejam kerana mengorbankan orang awam yang tidak mempunyai kaitan dengan perbalahan tersebut.
Russian air defense missile system Buk M2 seen at a military show at the international forum "Technologies in machine building 2010" in Zhukovsky outside Moscow, Wednesday, June 30, 2010. (AP Photo/Mikhail Metzel)

Read more...

Jumaat, 18 Julai 2014

NAHAS MH17, Nenek tiri PM antara penumpang pesawat

Siti Amirah Prawira Kusuma (kanan)


KUALA LUMPUR: Nenek tiri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein adalah antara penumpang di dalam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada Khamis.

Menurut laporan The Star Online, Siti Amirah Prawira Kusuma, 83, dalam perjalanan menuju ke Jogjakarta, Indonesia dari Amsterdam dan dijadualkan melakukan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.


Menurut laporan itu seorang saudara Siti Amirah berkata dia berseorangan dalam perjalanan itu.

“Beliau adalah seorang wanita yang sangat baik. Seorang wanita yang baik hati dan jelita. Beliau adalah seorang suri rumah tangga yang menjaga datuk saya dengan baik. Kami memanggilnya sebagai ibu,” kata jurucakap keluarga itu, Datin Dr Faridah Abdullah kepada The Star Online.

Siti Amirah pernah berkahwin dengan Tan Sri Mohammad Noah Omar sebagai isteri keduanya.

Mohammad Noah yang meninggal dunia pada tahun 1990, adalah datuk kepada Najib.

aStro Awani

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP