GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Dunia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dunia. Papar semua catatan

Selasa, 23 September 2014

Dipaksa tidur dengan 1,800 lelaki,Siang ke sekolah malam jadi PELACUR

imej
Anak seorang wanita yang terbabit dalam satu ajaran sesat berikrar dia tidak akan memaafkan ibunya, Jacqueline Marling, yang kejam kerana memaksanya tidur dengan 1,800 lelaki.
Wanita itu, Annabelle Forest berkata, dia dipaksa melihat ibunya melakukan seks dengan pemimpin ajaran sesat, Colin Batley sebagai sebahagian proses memasukkannya ke dalam kumpulan itu ketika dia berusia tujuh tahun.
Pada usia 11 tahun, dia diperkosa Batley, kejadian yang disifatkannya sebagai ‘paling sakit dan mengejutkan pernah dialaminya.’ Annabelle mendedahkan pengalamannya itu dalam wawancara dengan Wales Online, semalam.
Dia juga menceritakan secara terperinci mengenai pengalaman perit dilaluinya selama 10 tahun dalam buku berjudul ‘The Devil on the Doorstep: My Escape from a Satanic Sex Cult.’ “Selepas diperkosa, dia (Batley) bertanya sama ada saya seronok.
“Saya tahu apa yang perlu saya jawab.
Saya kata seronok.

“Tetapi di dalam hati, saya merasakan seperti hendak mati,” kata Annabelle dalam bukunya itu.
Bagaimanapun, kejadian paling buruk menyusuli apabila dia didera secara seksual oleh ibu kandungnya sendiri ketika berusia 14 tahun.
“Ibu saya wanita jahat dan saya tidak boleh memaafkannya,” kata Annabelle.
Menurutnya, dia dipaksa tidur dengan 1,800 lelaki untuk mengutip dana bagi gereja milik agama itu.
“Saya menjadi pelacur untuk membantu kumpulan itu.
Siang saya ke sekolah.
Malam saya dipaksa melacur,” kata Annabelle di dalam bukunya itu.

Batley dan Jacqueline dipenjara pada 2011 selepas didapati bersalah mendera Annabelle secara seksual.
Fahaman ajaran mereka berdasarkan buku berjudul Book of the Law karangan Aleister Crowley.
Mereka membuat kanak-kanak beranggapan cara mendekatkan diri dengan tuhan ialah dengan melakukan seks.
Sumber

Read more...

Budak Parah Otak Tertusuk Penyepit Makanan


Seorang budak berusia dua tahun cedera parah akibat tertusuk kayu penyepit makanan pada hidung hingga kira-kira 7.6 sentimeter ke otaknya.

Budak yang berasal dari Wuhan, Hobei, dikejarkan ke hospital untuk diselamatkan.

Jurucakap hospital berkata, pakar pembedahan mengambil masa selama empat jam untuk mengeluarkan penyepit makanan berkenaan.

“Budak itu dijangka pulih dan dibenarkan pulang tidak lama lagi,” katanya.

Doktor berkata, walapun kayu itu menusuk jauh ke dalam otak, ia tidak merosakkan sebarang saraf atau salur darah penting.

Sementara itu, bapa budak berkenaan berkata, dia tidak tahu bagaimana kejadian mengerikan itu boleh berlaku.

Katanya, dia sedang memandang ke arah lain apabila anaknya tiba-tiba menjerit.

“Saya berpaling melihat dia dan terkejut apabila penyepit makanan masuk ke kepalanya melalui lubang hidung,” katanya.
Sumber

Read more...

Isnin, 22 September 2014

Homoseksual, 100 sebatan diusul


KIRI-KIRA 1,000 orang berkumpul bagi menyaksikan hukuman sebatan yang dijalankan di hadapan sebuah masjid di sini, selepas solat Jumaat, kelmarin. - REUTERS

BANDA ACEH 21 Sept. - Wilayah Aceh mengusulkan agar pelaku homoseksual dikenakan hukuman sebat sebanyak 100 kali.

Undang-undang kecil itu akan dikemukakan kepada Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Aceh Isnin ini dan dijangka diluluskan sebulat suara.

Pemimpin dari Parti Aceh yang bertanggungjawab mendraf undang-undang itu, Ramli Sulaiman berkata, usul tersebut dijangka mendapat sokongan majoriti anggota DPR.

"Kami telah mengkaji pelaksanaan undang-undang syariah di negara seperti Arab Saudi, Brunei dan Jordan. Kami gembira dengan draf ini," katanya hari ini.

Rang undang-undang berkenaan mengharamkan perlakuan homoseksual dan turut tertakluk kepada penganut bukan Islam.

Selain sebatan, pesalah juga boleh dikenakan denda atau hukuman penjara.

Draf undang-undang syriah berkenaan merupakan susulan daripada beberapa undang-undang Islam yang sudah diguna pakai di wilayah ini seperti melarang pengambilan arak, berjudi selain menyentuh dan mencium wanita bukan muhrim.

Sebatan dengan menggunakan rotan nipis sudah menjadi satu kelaziman di Aceh dan hukuman berkenaan dikenakan bukan untuk menyakitkan pelaku, tetapi lebih kepada memberi pengajaran kepada mereka.

Semalam, pihak berkuasa Banda Aceh bertindak menjatuhkan hukuman rotan ke atas lapan orang lelaki di hadapan orang ramai, selepas mereka didapati bersalah terlibat dengan judi.

Kesemua mereka ditahan dalam satu operasi pada Julai lalu.

Ketika ditahan, polis turut merampas wang tunai sejumlah 1.5 juta rupiah (RM403).

 - AFP(utusan)

Read more...

Beribu KONDOM percuma diedar pada Sukan Asia setiap hari

SEOUL: Beribu-ribu kondom percuma diedarkan kepada peserta pada Kejohanan Sukan Asia di sini mulai kelmarin, kata pihak penganjur.
"Kami memberi kondom sejak tiga hari lalu dan bekalan sebanyak 5,000 setiap hari habis dengan cepatnya.
"Tapi ini tidak bermakna yang mereka terbabit dalam kegiatan tidak baik. Saya fikir sebahagian besar ingin menyimpannya sebagai cendera hati," kata Choi Hyeung-Dae, ahli jawantankuasa penganjur.
Kondom itu berwarna kuning dan mempunyai lambang Sukan Asia, menyebabkan sesetengah ahli sukan menyangka ia lencana atau barangan cendera hati, tambahnya.
Kejohanan Sukan Asia Incheon, dengan penyertaan kira-kira 10,000 olahragawan dari 45 negara, bermula esok.
Choi berkata pihak penganjur bercadang untuk memberi 100,000 kondom sehingga 3 Oktober depan, sehari sebelum acara tamat.
Kondom sering diberikan kepada ahli sukan pada acara sukan utama. Kira-kira 8,500 kondom diedarkan apabila Seoul menjadi hos kepada Sukan Olimpik 1988.
Jumlahnya meningkat kepada 50,000 pada Olimpik Barcelona 1992 dan 150,000 pada Olimpik London 2012. 
- AFP

Read more...

VIDEO,Maut tersepit di pintu lif

Rakaman video menunjukkan sebuah lif yang rosak turun naik hingga menyebabkan seorang pelajar mati ketika memasukinya, menjadi viral di China semalam.
Pelajar berkenaan yang terperangkap tidak dapat bertindak cepat ketika lif itu naik tiba-tiba ketika dia memasukinya.
menyebabkan separuh badannya terperangkap dalam lif dan separuh lagi terjulur keluar.
Video itu dirakam kamera pengawasan dalam lif yang rosak itu di Universiti Huaqiao di bandar Xiamen, tenggara China.
Klip video selama tiga minit itu menjadi antara paling banyak dikongsi dalam media sosial di China sepanjang semalam.
Mangsa itu yang namanya tidak disiarkan dikatakan pelajar arkitek universiti berkenaan, berdiri di depan sekumpulan pelajar lain apabila pintu lif terbuka.
Seorang lagi pelajar berkata, dia dan mangsa menunggu lif itu di tingkat tiga.
Pintu lif itu terbuka dan bergerak ketika mangsa melangkah masuk.
Dia memberitahu media tempatan, mangsa kelihatan terkejut, tetapi tidak bimbang apabila lif itu naik ke atas.
Dia tidak sempat berundur apabila lif itu tutup mengheretnya naik hingga terkena rangka pintu, memerangkap separuh badannya dan kaki kiri di dalam lif, sementara bahagian lain terjulur keluar.
Pekerja penyelamat cuba membantu mangsa, tetapi dia disahkan mati di tempat kejadian kerana peparunya terhimpit menyebabkan dia tidak boleh bernafas.
Pihak berkuasa universiti berkata, mereka terkejut dengan kejadian itu.
Bagaimanapun, ini bukan kejadian pertama menyaksikan lif menjadi punca kematian.
Baru-baru ini, enam kejadian serius membabitkan lif dilaporkan dalam masa sebulan dan lima daripadanya menyebabkan kematian.
Sumber


Read more...

Sabtu, 20 September 2014

Bayi baru lahir ditemui dalam paip pembetung di sebuah universiti

BAYI itu terperangkap dalam saluran paip.
Seorang bayi baru lahir ditemui di dalam paip pembetung di sebuah universiti di sini selepas seorang pelajar melahirkannya dan melarikan diri.
Polis percaya wanita muda itu mahu menyembunyikan kehamilannya dengan membiarkan bayi itu jatuh ke dalam tandas di asrama pelajar universiti berkenaan di bandar di wilayah Shandong ini.
Bayi terselamat itu kerana paip berkenaan tidak cukup besar menyebabkan dia tersekat.
Pelajar yang menggunakan tandas asrama itu mendengar tangisan bayi malang berkenaan sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.
Anggota bomba yang datang ke tempat kejadian terkejut melihat bayi itu tersekat di dalam paip dan menangis.
“Sukar menyelamatkannya dari atas. Dia jatuh ke dalam tandas dan melurut masuk ke paip pembentung, tersekat di antara tingkat tiga dan empat bangunan asrama,” kata jurucakap bomba tempatan, Tao Fang.
Pasukan penyelamat memecahkan paip di tingkat tiga sebelum menolak bayi untuk disambut rakan mereka di tingkat empat.
Dalam pada itu, polis menjejaki ibu bayi itu yang juga pelajar dan menetap di bangunan asrama berkenaan.
Pegawai berkata, mereka masih menunggu hasil soal siasat sebelum memutuskan tuduhan yang akan dikenakan terhadapnya. 
- Agensi


Read more...

3 Gambar,Model Mengubah Dirinya Jadi Boneka Seks


Victoria Wild

CANNES - Seorang model telah menghabiskan wang sebanyak 30 ribu poundsterling untuk mengubah dirinya seperti anak patung seks. Victoria Wild, telah menjalani beberapa siri operasi plastik untuk mewujudkan obsesinya. 

Wanita 30 tahun itu telah menjalani tiga kali operasi payudara sehingga payudara berukuran 32 G dengan kos 25 ribu poundsterling atau sekira , kos operasi rhinoplasty sebesar 25p, implan bibir kekal serta botox sebesar 12p. 



Victoria Wild sebelum pembedahan

Victoria membiayai dana operasinya dengan upah sebagai model dan bantuan dari kekasihnya, Simon. "Siapa yang tidak ingin diperlakukan seperti boneka? Ini kelihatan seksi. Orang-orang melihat saya di jalan dan saya suka, "ujar Victoria, seperti dipetik dari Metro, Kamis (18/9/2014). 

Victoria mengatakan bahawa obsesinya menjadi boneka seks bermula ketika dia pergi ke Latvia saat remaja. Wanita asal Cannes, Perancis, merasa rendah diri kerana mempunyai payudara yang kecil dan orang-orang sering memanggilnya Barbie, kerana dia mempunyai pinggang yang ramping dan berambut perang. 




"Saya tidak tahu tentang operasi plastik pada saat itu, tapi saya selalu bermimpi tentang anak patung seksi dengan payudara besar dan bibir tebal," ungkapnya. 

Kekasihnya, Simon selalu menyokongnya untuk mengejar impiannya menjadi boneka. Sejak itu Liar melakukan siri operasi plastik untuk mengubahnya menjadi boneka seks yang seksi.

Sumber


Read more...

Jumaat, 19 September 2014

DUNIA AKHIR ZAMAN,Masjid SONGSANG rasmi hari ini

RHEEL Raza 60, mengimamkan sembahyang Jumaat di pusat pendidikan Islam Oxford yang diketuai Hargey tidak lama dulu.
Seorang ahli akademik akan meneruskan rancangan merasmikan apa yang dipanggilnya ‘masjid terbuka’ hari ini.
Masjid berkenaan, menurut pengasasnya, Dr Taj Hargey, profesor di Pusat Pendidikan Islam Oxford di Britain, akan dibuka kepada semua orang termasuk yang bukan Islam dan gay.
Menurutnya, dia tetap meneruskan rancangan membuka masjid itu walaupun menerima ancaman daripada pelbagai pihak. Dalam kenyataannya kepada akhbar The Cape Times, Hargey berkata, sudah tiba masanya untuk melancarkan ‘revolusi agama’ sesuai dengan revolusi demokrasi di Afrika Selatan dan masjid itu akan dibuka kepada semua orang, termasuk gay untuk bersembahyang di situ.
Ceramah yang akan diadakan bersifat progresif, berilmu dan sama rata.
Wanita akan dibenarkan menjadi imam sementara golongan gay dan bukan Islam dialu-alukan datang.
“Ada yang ancam membunuh saya kerana masjid ini. Tetapi saya tak peduli,” katanya.
Masyarakat Islam Cape Town menyelar masjid itu dengan sebahagiannya menyifatkan Hargey sesat dan menyesatkan.
Majlis Islam Afrika Selatan (MJC) tidak mempunyai kuasa terhadap masjid itu. Timbalan Presidennya, Riad Fataar memberitahu wartawan, pihaknya sudah memulakan siasatan terhadap masjid berkenaan. Riad juga memberitahu, dia menganggapnya tempat ibadah, bukan masjid.
“Apa juga yang bertentangan dengan Islam, akan mendapat kecaman daripada MJC,” kata Riad.
Sementara itu, Hargey berkata, masjid yang terletak di Wynberg itu, tempat dia dilahirkan, akan dirasmikan jam 1 petang hari ini. Azan akan dilakukan dalam bahasa Inggeris dan Arab sementara khutbah dalam bahasa Inggeris keseluruhannya. Wanita pula dipelawa solat sama saf dengan lelaki. Menurut Hargey, dia akan membaca khutbah sulung dan topiknya berkait dengan kewujudan bersama Kristian dan Islam. Dia menjangka 300 orang akan hadir pada majlis pembukaan itu.
Umat Islam Afrika Selatan bercadang berarak ke masjid berkenaan untuk mendesaknya ditutup sama sekali. 
- Agensi

Read more...

Khamis, 18 September 2014

Kanak-kanak Malaysia maut di taman tema Adelaide dikenal pasti

Kanak-kanak perempuan warga Malaysia, Adelene Leong, 8, yang terbunuh akibat tercampak daripada permainan berputar taman tema di Royal Adelaide Show, Adelaide, Jumaat lalu. - Foto ABC
SYDNEY: Kanak-kanak perempuan warga Malaysia berumur lapan tahun yang terbunuh akibat tercampak daripada permainan berputar taman tema di Royal Adelaide Show, Adelaide, Jumaat lalu, dinamakan sebagai Adelene Leong.
Polis Australia Selatan turut mendedahkan satu gambar Adelene ketika berada di taman tema berkenaan.
Menurut polis, ibu kepada kanak-kanak berkenaan menggambarkan anak perempuannya itu sebagai "anak kesayangannya, cantik dan satu-satunya bidadari dalam hatinya".
Laporan ABC semalam berkata, polis Adelaide masih berminat mendengar keterangan daripada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan permainan berputar jenis Airmaxx 360 dan setakat ini sudah merakamkan keterangan daripada 40 saksi.
Cif Inspektor Selena Dinning berkata, polis berharap seseorang boleh memberikan petunjuk terbaik mengenai kejadian itu.
"Secara khususnya, kami berminat untuk mendengar daripada sesiapa saja yang mungkin mengambil gambar atau rakaman video kejadian yang membabitkan permainan berputar Airmaxx 360 di Showgrounds, Jumaat lalu," katanya.
"Kami juga berminat untuk mendengar daripada sesiapa saja yang berada di kawasan itu pada masa kejadian atau sesiapa saja yang pernah mengalami perkara pelik ketika menaiki permainan itu,
"Walaupun maklumat itu sedikit, namun ia mungkin menjadi maklumat penting yang membawa penjelasan terhadap apa yang berlaku," katanya. - ABC
BH

Read more...

Harga perawan RM16,000

imej google
Seorang wanita yang menyaman seorang lelaki kerana ‘mencabuli haknya terhadap keperawanan’ selepas lelaki berkenaan memikatnya dengan janji palsu, menerima hampir RM16,000 sebagai pampasan.
Pasangan berkenaan berpacaran, tetapi selepas wanita itu, Chen, mendapati teman lelakinya itu sudah berkahwin, dia menyamannya atas tuduhan menipu serta menuduh dia berpura-pura bujang dan berjanji untuk berkahwin dengannya.
Seorang jurucakap Mahkamah Rakyat Pudong mengesahkan kes itu dan keputusan berkenaan.
Pasangan berkenaan berkenalan menerusi laman sosial pada 2009, tetapi mula berpacaran pada 2013 sebelum kedua-duanya bercuti bersama-sama ke Singapura dan mengadakan seks.
Apabila lelaki itu, Li, tiba-tiba memutuskan hubungan mereka, Chen menyerbu rumahnya dan mendapati dia sudah beristeri.
Chen menyamannya dengan menuduh dia mencabuli ‘haknya terhadap keperawanan’ dan kesihatan serta menuntut ganti rugi RM261,000 atas alasan mengalami gangguan psikologi.
Mahkamah bagaimanapun hanya mengarahkan Li membayar RM16,000 kerana meragut perawan Chen dengan janji palsu.
Sumber

Read more...

INDUSTRI FILEM PORNO JEPUN KEKURANGAN PELAKON LELAKI

imej google

Pelakon filem porno Jepun yang sudah tampil di lebih daripada 7,000 filem, Shimiken, berkata, industri filem porno Jepun kini kekurangan bintang lelaki. 

"Hanya ada 70 pelakon filem porno di Jepun. Jumlah itu jauh lebih jarang ketimbang jumlah harimau Bengal," kata Shimiken melalui akaun Twitter-nya. 

Kenyataan itu langsung disambut para pengikut akaun Twitter Shimiken dengan me-semula sebanyak 3,000 kali, dan mencetuskan perdebatan di dunia maya. "Ada puluhan ribu pelakon filem dewasa dengan empat ribu keluaran video setiap bulan sehingga jumlah pelakon yang ada saat ini jauh dari cukup," ujar Shimiken. 

Namun, seorang kolumnis harian Japan Times, Brian Ashcraft, meragukan maklumat soal jumlah bintang filem porno yang disebutkan oleh Shimiken. Ashcraft, yang memetik sebuah artikel beberapa tahun lalu, menyatakan bahawa setiap tahun muncul 6,000 pelakon porno baru di Jepun. 

Kicauan Shimiken itu adalah usaha beliau untuk menggalakkan lebih banyak lelaki terjun ke industri filem-filem dewasa Jepun. Sementara itu, kenyataan Shimiken yang membandingkan jumlah pelakon porno Jepun dan jumlah harimau bengal ada benarnya. 

International Union for Conservation of Nature (IUCN) menganggarkan, terdapat kira-kira 2,500 harimau bengal di alam luar. Habitat semula jadi haiwan ini telah lama mengalami kerosakan, dan setakat ini tak ada lokasi yang cukup memadai dalam menyokong kehidupan harimau tersebut, sekurang-kurangnya untuk 250 ekor

kompas.com


Read more...

Rabu, 17 September 2014

MAYAT CUKUP TEMPOH PAJAKAN DIKELUARKAN DARI TANAH PERKUBURAN MASING MASING

SEORANG pekerja tanah perkuburan membawa mayat seorang wanita semasa proses pemindahan mayat.


BANDAR RAYA GUATEMALA - Sebilangan mayat dari sebuah tanah perkuburan swasta di Bandaraya Guatemala di sini telah dikeluarkan dari kubur masing-masing selepas tempoh pajakan yang ditetapkan ke atas tapak persemadian mayat-mayat itu tamat tempoh, lapor portal MailOnline semalam.
Kubur-kubur itu dipecahkan oleh pekerja tanah perkuburan dengan menggunakan penukul sebelum mayat-mayat itu yang telah reput dan sebilangan menjadi seperti mumia dibawa keluar dan dimasukkan ke dalam plastik serta dilabelkan.


Kebanyakan mayat-mayat yang 'diusir' itu terdiri daripada keluarga miskin yang tidak mampu menyediakan kubur untuk ahli keluarga mereka dan terpaksa menyewa tapak perkuburan buat sementara waktu.
Apabila tempoh pajakan tamat dan waris gagal membuat bayaran pajakan semula, mayat-mayat itu akan dibawa keluar untuk digantikan dengan mayat baharu.
"Suasana di perkuburan itu sangat menakutkan, namun ia tetap kelihatan menarik apabila melihat ada keluarga kepada si mati datang menuntut anggota keluarga mereka," kata Jorge Dan Lopez yang telah merakamkan gambar aktiviti menggali kubur-kubur itu.
Mayat-mayat yang tidak dituntut pula akan dikebumikan di tanah perkuburan lain secara beramai-ramai.

- Agensi

Read more...

Belum sempat sampai ke rumah PorSche baru dibeli berharga RM263,000 kemalangan

KERETA Porsche Boxster yang baru dibeli Ping rosak teruk akibat kemalangan.
Sebuah Porsche baru berharga RM263,000 kemalangan selepas pemandunya merempuh beberapa kereta lain tidak lama selepas meninggalkan kedai tempat dia membeli kereta itu.
Kejadian berlaku apabila pemandu itu, Ping Ch’ang, 27, membelok keluar dari garaj kedai berkenaan untuk pulang. Dia tertekan pedal minyak dan merempuh deretan kereta di lampu isyarat.
“Dia cuba menukar lorong tanpa memberi isyarat dan tertekan pedal minyak menyebabkan keretanya meluncur laju dan melanggar kereta di depan,” kata seorang saksi.
Jurujual Porsche, Qiang Chiu berkata: “Kami masih melambai ke arahnya apabila dia menekan minyak dan melanggar kereta lain. “Kami meluru ke tempat kejadian. Pemandunya selamat, tetapi keretanya teruk. Kami sudah mengingatkan dia kereta itu memang laju.” Ping mungkin perlu berbelanja RM300,000 lagi untuk kereta Porsche Boxster putih itu dan empat kereta lain yang dilanggarnya.
Jurucakap polis berkata, wanita itu perlu bertanggungjawab terhadap kemalangan itu memandangkan kereta lain semua berhenti ketika kejadian.
 -Agensi(myMetro)


Read more...

Isnin, 15 September 2014

SELFIE DENGAN MAYAT

CELESTINO (kanan) bersama anak saudara si mati ber’selfie’ dengan mayat
Seorang penggali kubur yang merakam gambarnya dengan mumia lelaki yang mati 23 tahun lalu digantung kerja, semalam.
Dalam sekeping gambar, Celestino Reyna dilihat tersenyum di sisi mayat lelaki yang baru digalinya semula. Anak saudara si mati juga kelihatan di gambar itu.
Mayat berkenaan digali untuk ditanam semula dalam kubur yang sama dengan isterinya di sebuah tanah perkuburan di Guardamar del Segura.

Ketika anak saudara si mati menyaksikan penggali kubur itu membawa naik semula mayat berkenaan, mereka terkejut melihat mayat itu sudah menjadi mumia.
Selepas merakam gambar itu, anak saudara si mati yang namanya tidak disiarkan berkongsi gambar itu dengan rakan sekerjanya menerusi Whatsapp dan ia menjadi viral dalam sekelip mata.
Bagaimanapun, dia mendakwa tidak bermaksud untuk menyakitkan hati sesiapa.

“Saya tidak menyangka ia membawa padah. Saya juga tidak bertujuan untuk menghina bapa saudara saya,” katanya.

Sementara itu, penggali kubur berusia 55 tahun itu digantung tugas dan dipindahkan ke bahagian lain sementara pihak berkuasa tempatan menjalankan siasatan.

Seorang anggota majlis, Felipe Aldeguer, bagaimanapun berkata, Reyna tidak bersalah dalam hal itu.

“Dia hanya bertindak bodoh dengan mengikuti kehendak keluarga si mati,” katanya.
Mayat boleh menjadi mumia secara semula jadi apabila ia direndam dengan air berasid, bercampur dengan suhu sejuk dan kekurangan oksigen.
 - Agensi

Read more...

Mohd Lotfi Rakyat Malaysia Ketiga Terbunuh Di Syria

Mohd Lofti (kiri) mengakui berjuang untuk pergerakan Ajnad As Syam.

PETALING JAYA: Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Mohd Lofti Ariffin menjadi rakyat Malaysia ketiga terkorban di Syria.

Menurut sumber, Mohd Lofti,46, dari Kuala Ketil, Kedah  mengalami kecederaan di lengan dan kepala ketika pengeboman dilancarkan di pusat militan di Timur Hama pada pagi Selasa lalu.

Berikutan kecederaan itu, Mohd Lofti yang berjuang untuk pergerakan Ajnad As Syam dihantar ke hospital di Hatay, Turki.

"Doktor telah cuba yang terbaik untuk menyelamatkannya. Dia gagal bertahan kerana kecederaan dan meninggal dunia selepas Maghrib pada Sabtu," jelas satu sumber kepadaThe Star pada Ahad.

Difahamkan jenazah Mohd Lofti akan dikebumikan di Turki.

Dalam serangan itu, seorang lagi rakyat Malaysia Mohammad Fadhlan Shahidi Mohammad Khir, 21, turut terkorban.

Rakyat Malaysia yang telah terkorban di Syria sejak 10 Ogos lalu ialah Zainan Harith yang dikenali sebagai Abu Turob, manakala Ahmad Tarmimi Maliki, 26, terkenal selepas kematiannya kerana menjadi pengebom berani mati yang pertama dari negara ini.

Sebelum ini The Star melaporkan Mohd Lofti,  bekas Exco Pemuda Pas Kedah sedang menjalani misi berani mati di Syria, namun di laman Facebooknya mendakwa dia bukan pasukan Negara Islam atau anggota Levant (Isil).

Mengikut abang sulungnya Zainon Ariffon,52, Mohd Lofti pergi ke Syria untuk berperang kerana bersebab.

Mohd Lofti meninggalkan lapan anak yang berumur lapan bulan hingga 17 tahun.

Dia dikatakan tidak balik ke rumah ketika adiknya yang berusia 41 tahun meninggal dunia kerana serangan jantung Mac lalu.

Dalam laporan eksklusif sebelum ini, Mohd Lofti antara 40 orang rakyat Malaysa termasuk empat bekas tahan ISA.

Mereka ialah bekas anggota Kumpulan Mujahiddin Malaysia (KMM) Zainuri Kamaruddin dan bekas Jemaat Islamiah (JI) iaitu Rafi Udin, Samad Shukri, Zid Saharani Mohamad Esa.

Mohd Lofti ditahan ISA pada Ogos 2001 hingga Spetember 2003 kerana terlibat dengan KMM.

Pada awal tahun 1990-an, Mohd Lofti telah menyertai latihan senjata di Afganistan dan terlibat dalam dua konflik berasingan di Tajikistan dan Poso Sulawesi.

mStar Online


Read more...

PEROMPAK KANTOI SEBAB TERKENTUT

PELBAGAI barangan antaranya peralatan kimpalan dan beberapa unit tong gas yang cuba dilarikan dua lelaki.
Segamat: Seorang perompak yang bersembunyi di sebalik susunan tong gas ketika memecah masuk sebuah gudang di Paya Pulai di sini, kelmarin, berjaya ditahan polis.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu, suspek berusia 21 tahun memecah masuk sebuah gudang milik syarikat pembinaan bersama seorang rakannya sebelum kehadiran mereka dikesan sepasukan polis yang menjalankan rondaan.
Ketika itu, seorang daripada perompak berkenaan terus melarikan di ke dalam semak manakala suspek bersembunyi di sebalik susunan tong gas di dalam gudang itu.

Ketua Polis Daerah Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, pihaknya menerima laporan berlaku kejadian pecah masuk di gudang berkenaan dan bergegas ke lokasi bagi menjalankan siasatan awal.
“Apabila tiba di lokasi, anggota kami dapat melihat dua lelaki memasuki gudang itu dan terus menghampiri kawasan berkenaan.
“Anggota kami memperkenalkan diri dan meminta mereka menyerah sebelum salah seorang daripada mereka melarikan diri ke kawasan gelap berhampiran semak dan gagal dikesan.

“Anggota yang menjalankan pemeriksaan di dalam gudang itu menggunakan lampu suluh sebelum terdengar bunyi kentut dan terhidu bau busuk,” katanya.
Sumber myMetro


Read more...

Ahad, 14 September 2014

Mangsa cemburu buta

DU (tengah) bersama Qin (kanan). Di belakang, mayat Zhou diperiksa pasukan perubatan.
Seorang lelaki bertindak di luar jangkaan apabila menikam rakan sekerja isterinya berulang kali hingga mati hanya kerana melihat mereka berjalan bersama.
Media tempatan melaporkan Qin Han, 39, yang sudah lama menyangka isterinya Du, 33, mempunyai hubungan sulit menyerang dan menikam mangsa dikenali sebagai Zhao di khalayak ramai.
Seorang saksi berkata, kejadian berlaku dengan begitu pantas dan Qin tidak melarikan diri selepas melakukannya.

“Mangsa mati dalam keadaan berlumuran darah. Namun Qin cuma duduk di situ seolah-olah menunggu polis datang menahannya.
“Isterinya menjerit dan meraung. Saya mendengarnya menjerit ‘Apa saya nak buat sekarang’” katanya.
Jiran pasangan itu berkata, mereka sering bertengkar kerana sifat suami yang cemburu buta malah Qin kerap menuduh Du meniduri lelaki lain.

Sifat cemburu itu dikatakan mendorong Qin mengekori isterinya ke tempat kerja untuk ‘mencari bukti’ kecurangannya.

Dia juga tidak mempedulikan cubaan Zhao yang menafikan tuduhannya dan cuba meredakan keadaan.

“Malah dia nampak semakin marah walaupun mangsa berkali-kali cuba memberi penjelasan,” kata saksi.

Menurutnya, Qin mengeluarkan pisau dan menikam Zhou ketika mangsa cuba beredar dari situ.

Ketika ditahan, Qin yang juga berlumuran darah didengar berkata kepada isterinya: “Jagalah anak-anak kita. Ini bukan salah kamu.” 
- Agensi(myMetro)

Read more...

Sabtu, 13 September 2014

Persiapan untuk mati

SEORANG wanita mencuba keranda di Pesta Skukatsu di Tokyo baru-baru ini.
Bagi sesetengah orang, ditanam hidup-hidup adalah bayangan paling menakutkan.
Tetapi di Jepun, pengebumian sebelum mati kini semakin popular. 
‘Pesta Skukatsu’ atau pesta persiapan untuk mati yang diadakan setiap tahun mendapat sambutan hangat sehingga menarik 5,000 pengunjung dan lebih 50 syarikat pembuat keranda. 
SEORANG pekerja menutup penutup keranda dengan seorang wanita di dalamnya.

Festival itu menawarkan pendekatan peribadi bagi penyediaan upacara pengebumian.
Di samping itu, pengunjung boleh memilih pakaian pengebumian mereka serta gaya solekan, kemudian mencuba keranda yang mereka inginkan.

PENGUNJUNG boleh memilih gaya rambut sebelum mengambil gambar untuk digunakan pada majlis pengebumian.
Sebaik selesai membuat pilihan, pembeli boleh menandatangani persetujuan untuk membuat tempahan, walaupun tidak tahu bila mereka akan mati.

- Agensi(myMetro)


Read more...

Khamis, 11 September 2014

Pencuri Bingai,tertidur atas katil di rumah mangsa

DAVIS lena di atas katil di rumah mangsanya.
Seorang pencuri ditangkap selepas polis menemuinya tertidur di atas katil di rumah mangsa.
Polis sempat merakam gambar dia terlena sebelum mengejutkannya.
Dion Davis, 29, ditemui tertidur di atas katil di sebuah rumah di Sarasota County oleh seorang pembantu rumah yang kemudian menelefon polis.

Di sebelahnya ialah beg plastik berisi barang kemas milik tuan rumah yang diambilnya sebelum dia tertidur.
Apabila polis tiba, mereka merakam gambar Davis dengan menggunakan telefon bimbit masing-masing.

Davis kelihatan benar-benar lena sehinggakan tindakan polis itu gagal menyedarkannya.

Davis yang menyifatkan dirinya sebagai ‘Juruteknik Kelengkapan Keselamatan’ dalam Facebooknya ditahan dan dituduh merompak.

Pembantu rumah itu memberitahu polis, dia tiba untuk membersihkan rumah berkenaan dan mendapati tingkap dapur terbuka serta Davis lena di atas katil.

Polis berkata, pencuri berkenaan sebelum itu menyelongkar laci dan almari di seluruh rumah berkenaan untuk mencari barang berharga.
- Agensi(myMetro)

Read more...

Rabu, 10 September 2014

Bunuh Suami Selepas Dipaksa Berlakon Dalam Filem Lucah

Shruti Chandralekha

SEORANG aktres naik berang sehingga membunuh suaminya yang memaksa dia untuk berlakon dalam filem lucah bagi menjelaskan hutang perniagaan, lapor Makkal Osai.

Aktres Shruti Chandralekha,22, dari Bangalore ditahan kerana membunuh suaminya, Peter Prinzo,35.

Menurut akhbar tersebut, selain Chandralekha yang merupakan pelakon beberapa filem Tamil dan Kannada, polis turut menahan dua orang disyaki bersubahat dengan kes pembunuhan ini pada Januari lalu. 

Mereka menanam mayat itu di Palayamkottai di daerah Tirunelveli.

Dilaporkan bahawa Prinzo telah meminjam wang dengan kawannya untuk memulakan perniagaan secara online.

Bagaimana pun perniagaannya itu gagal dan dia berada dalam tekanan seterusnya memaksa Chandralekha berlakon dalam filem lucah.

Pihak polis membuat tangkapan sejurus abang mangsa membuat laporan mengenai kehilangannya.


mStar Online


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP