GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Gembira. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gembira. Papar semua catatan

Khamis, 11 Julai 2013

Rumah ‘sekangkang kera’ berharga RM815,316

PEMILIK rumah keci itu, Sarah Litchfield bergambar di depan rumahnya.- AGENSI

CHRISTCHURCH, England - Sebuah rumah pantai diperbuat daripada kayu di sini diiklan untuk dijual pada harga £200,000 (RM815,316), lapor akhbar Daily Mail semalam.


Rumah tersebut tidak mempunyai bekalan air bersih, sumber elektrik dan cuma dilengkapi sebuah tandas.
Berukuran 3.6 meter lebar dan panjang 5.4 meter, kediaman itu dibina berhadapan dengan pantai Mudeford dekat sini.
Kediaman yang dilengkapi sebuah dapur gas dan peti ais itu cuma mampu memuatkan empat orang penghuni.
Rumah itu juga tidak dilengkapi sistem pembentungan. Pemiliknya terpaksa berjalan ke sebuah blok berhampiran untuk ke tandas awam yang disediakan.
Kediaman tepi pantai itu dimiliki oleh seorang wanita, Sarah Litchfield, 48, sejak 10 tahun lalu.
Walaupun kecil dan sempit, rumah itu menghadap pemandangan laut yang menakjubkan. 
- Agensi

Read more...

Selasa, 9 Julai 2013

Umat Islam Di Malaysia Mula Berpuasa Esok

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh menggunakan alat ukur Total Station untuk melihat anak bulan Ramadan di Menara Kuala Lumpur, di Kuala Lumpur, Isnin. Tarikh permulaan puasa ditetapkan pada Rabu ini, 10 Julai, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad ketika mengumumkan demikian berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Rabu, 10 Julai 2013, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Pengumuman itu disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia(RTM).
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
 - BERNAMA

Read more...

Sabtu, 6 Julai 2013

Atuk 92 Tahun Nikahi Gadis 22 Tahun

Petani Iraq, Musali Mohammed al-Mujamaje (92) menikahi Muna Mukhlif al-Juburi (22) di Samarra, Iraq, Kamis (4/7/2013). Hari perkahwinannya bersamaan dengan perkahwinan dua cucunya yang masih belia. | AFP / GETTY IMAGES

Samarra - Perbezaan umur 70 tahun bukan rintangan bagi Musali Mohammed al-Mujamaie untuk menikahi Muna Mukhlif al-Juburi pada Kamis (4/7/2013) petang lalu. Bahkan pesta pernikahan sang datuk ini berlangsung bersamaan dengan perkahwinan dua cucunya.

Pejabat berita AFP, Jumat (5/7/2013), melaporkan, perkahwinan Mujamaie yang berusia 92 tahun dengan Juburi yang berusia 22 tahun ini berlangsung di sebuah kampung di utara ibu kota Iraq, Baghdad.

Mujamaie yang seorang petani ini berkahwin lagi dengan Juburi tiga tahun selepas kematian isteri pertamanya yang berusia 58 tahun. Bersama isteri pertamanya ini, Mujamaie mempunyai 16 anak yang tinggal bersama dalam rumahnya di Kampung Gubhan, yang terletak sedikit di selatan bandar Samarra, Iraq tengah.

Mujamaie dalam komentarnya, Jumat (5/7/2013), mengaku sangat bahagia dengan perkahwinannya, apalagi berlangsung bersamaan dengan perkahwinan dua cucunya yang masih remaja.

"Saya sangat bahagia boleh berkahwin bersama cucu saya," ujar Mujamaie kepada AFP seusai pesta perkahwinannya. "Saya seperti kembali berusia 20 tahun."

Dikatakan, perkahwinan bersamaan dengan dua cucunya yang berusia 16 tahun dan 17 tahun memang sudah dirancang. Begitu dia akan berkahwin dengan Juburi, perkahwinan dua cucunya ini juga ditangguhkan untuk bisa berlangsung serentak. Jadi, ada tiga perkahwinan pada hari yang sama.

Upacara dan pesta pernikahan ini berlangsung empat jam, dihibur dengan muzik dan tarian serta selebrasi tembakan. Upacara perkahwinan ini dihadiri kepala suku setempat dan pemuka agama. Semoga bahagia Mujamaie.

* Sumber kompas.com


Read more...

Khamis, 4 Julai 2013

7 Pasar Malam Paling Terkenal di Dunia

1. Pasar Malam Ratchada, Bangkok, Thailand

Setiap Sabtu malam, parkiran di Stesen MRT Ratchadapisek selalu ramai. Ada banyak pelancong dan penduduk tempatan yang berkumpul di sana. Inilah salah satu pasar malam yang terkenal di dunia.

Jalan-jalan ke sana, pelancong boleh mencari jins antik, tas kulit, kamera jadul, dan pelbagai perabot lain. Asyiknya, pembeli dibenarkan menawar untuk mendapat harga murah.


2. Pasar Malam Musim Panas Richmond, Kanada

Pasar Malam Musim Panas alias The Summer Night Market di Kanada menyajikan banyak hiburan untuk pengunjung, seperti pertunjukkan tari. Pada hujung minggu, pasaran yang berada di pinggiran Bandar Vancouver ini diisi oleh 200 surat khabar.

Meski berada di Kanada, ternyata beberapa gerai menjual aneka makanan khas China, Thailand dan Itali. Jika berani menawar, anda boleh mendapatkan alat dengan harga sangat murah.


3. Pasar Malam Chiang Mai, Thailand

Ini adalah salah satu pasar malam yang paling menarik di Thailand. Pasar Malam Chiang Mai berada di tiga blok dari jalan Chang Klan.

Sepanjang pasaran ini, pelancong boleh membeli-belah pelbagai aksesori lucu dan tentunya makanan. Yang paling menarik adakah kehadiran para seniman. Dengan mahir mereka akan membuat lukisan wajah anda yang sesuai untuk dijadikan cenderamata.


4. Pasar Malam Marrakech, Maroko

Pasar malam di Marrakech, Maghribi adalah syurga bagi pencinta wisata kuliner. Inilah tempat di mana anda boleh mencari pelbagai macam makanan yang lazat, seperti ayam bakar.

Tak cuma makanan, pasar malam ini diramaikan dengan live music, pelukis dan ahli nujum yang siap membuat percutian anda tidak biasa. Untuk yang senang tatu, jangan terlepas untuk menggambar tangan dengan tatu henna di tangan atau kaki.


5. Pasar Malam Suzuki, Australia

Pasar Malam Suzuki di Melbourne, Australia hadir hanya setiap hari Rabu malam, dari bulan November hingga Februari. Penjaja di sini merupakan pendatang yang berasal dari India, Ethiopia, Belanda, Sepanyol dan Vietnam.

Berada di tempat terbuka, ada banyak gerai yang menjual pelbagai barangan menarik di sini. Selain itu, ada juga macam-macam makanan dan jajanan yang memanjakan lidah.


6. Pasar Malam Ningxia, Taiwan

Kalau kebanyakan pelancong kenal Pasar Malam Shilin, Taipei di Taiwan masih punya pasar malam yang tak kalah seru, Ningxia namanya. Pasar malam ini ternyata sudah ada sejak 60 tahun lalu.

Ada lebih dari 200 kedai surat berdiri di pasar malam ini. Kebanyakan tentu saja menjual aneka kuliner khas Taiwan yang lazat.


7. Pasar Malam Barranco, Peru

Ibukota Peru, Lima juga punya pasar malam yang tak kalah ramai, yakni Pasar Malam Barranco. Sesuai namanya, pasaran ini berada di Daerah Barranco. Datang ke sana, anda akan menemui banyak cenderamata khas Peru, seperi syal bulu alpaca.

* Sumber


Read more...

Rabu, 3 Julai 2013

Diana Danielle Selamat Bersalin Anak Lelaki

Gambar perkahwinan Farid dan Diana pada 3 November 2012
PETALING JAYA: Pelakon Farid Kamil mendapat anak lelaki selepas isterinya pelakon Diana Danielle Danny Beeson, 22, bersalin di Australia pada Selasa.
Berita itu turut disahkan oleh penerbit filem David Teo yang juga Pengarah Urusan syarikat produksi Metrowealth Interational Group (MIG) kepada mStar Online pada Selasa.
“Farid menghantar mesej dari Australia dengan memberitahu sayalah orang pertama yang mendapat berita isterinya iaitu Diana Danielle selamat bersalin anak lelaki,” katanya kepada mStar Online
David berkata, Farid telah memaklumkan Diana sepatutnya bersalin pada 15 Julai ini tetapi proses kelahiran berlaku lebih awal.
Bayi berkenaan lahir kira-kira pukul 4.30 petang waktu Malaysia.
“Apa-apa pun proses kelahiran berjalan dengan baik. Bayi selamat, ibu pun selamat dan sihat,” katanya.
Inilah wajah anak Farid Kamil dan Diana Danielle. Gambar ini dimuat naik menerusi akaun Instagram milik Farid kira-kira pukul 6.30 petang Selasa.
Terdahulu Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 32, memuat naik gambar bayi berkenaan kira-kira pukul 6.30 petang Selasa melalui laman sosial Instagram miliknya dengan kenyataan; welcome to the world my son (selamat datang ke dunia anak lelaki ku).
Dalam Instagram itu juga Farid turut menulis berat bayi tersebut ialah 9.7 paun (4.3 kilogram)
Sebelum ini industri hiburan dikejutkan apabila Farid memuat naik gambar dia mengucup seorang bayi sehingga menimbulkan salah faham kanonnya Diana Danielle telah melahirkan anak sebelum genap sembilan bulan usia perkahwinan mereka.
Bagaimanapun gambar itu telah dinafikan oleh adik Farid iaitu Fadzil Zahari yang mendakwa bayi itu adalah anak saudara mereka yang lahir pada 11 Mei lalu.
Farid dan Diana bernikah pada 3 November 2012 dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Flamingo by the Lake dekat sini.
Selepas beberapa bulan berumah tangga, Diana berhijrah sementara ke Sydney, Australia untuk melanjutkan pelajaran di negara itu.

Read more...

Isnin, 1 Julai 2013

Sepasang Bayi Kembar Lahir dalam Negara berbeza

Kembar yang lahir di tempat berbeda (Foto: Daily Mail)

LONDON - Sepasang bayi kembar dilahirkan di dua negara yang berbeza. Seorang ibu melahirkan bayi laki-lakinya di Inggeris dan bayi perempuannya di Scotland.

Saat ini sepasang bayi kembar unik tersebut merayakan ulang tahun pertamanya. Walaupun bayi kembar yang bernama Dylan Joseph dan Hannah Rose lahir kurang dari dua jam, tapi mereka mempunyai kewarganegaraan yang berbeza.

Sang ibu, Donna Keenan, sedang mempersiapkan untuk ulang tahun pertama mereka dengan memakaikan pakaian khusus yang dibuat untuk memberikan penghormatan kepada tempat kelahiran masing-masing si kembar.

Wanita berusia 28 tahun tersebut mengatakan bahawa dia membelikan Hannah gaun tartan dan membelikan baju bergambar Singa Inggeris untuk Dylan.

"Saya membelinya beberapa pakaian lucu untuk mereka dan akan dipakai di hari ulangtahun mereka," ujar Donna, seperti dikutip Daily Mail, Senin (1/7/2013).

Awalnya Donna menonton final Euro antara Itali dan Sepanyol pada 2012 silam. Saat itu mereka tidak punya masa untuk pergi kerumah sakit, sehingga paramedik yang datang ke rumah mereka di Inggeris untuk membantu persalinan Dylan.

Namun, kerana dia akan melahirkan bayi kembar, maka doktor berkeras meminta Donna untuk pergi ke rumah sakit untuk kelahiran bayi kedua itu. Kemudian mereka harus menempuh perjalanan panjang melintasi sempadan Scotland, untuk menuju ke Hospital Umum Borders di Melrose, Scotland.

Sang ayah, Joe Fox, berkata bahawa bayi kembarnya ini akan sering bersaing seperti permainan bola sepak.

"Saya seorang peminat bola sepak jadi saya yakin akan ada beberapa persaingan ketika mereka tumbuh dewasa," ungkap lelaki berusia 25 tahun ini.

Pasangan kekasih itu juga mempunyai anak perempuan berusia tiga tahun, bernama Jessica.

* Sumber okezone.com


Read more...

Rabu, 26 Jun 2013

Jual Aplikasi kepada Google, Kanak kanak 12 Tahun Mampu beli 3 Ferrari?

Link Video                  Callum, pemilik Ferrari termuda di dunia.

Membeli supercar model Ferrari tentu memerlukan wang yang tidak sedikit. Bagi orang yang tidak berkocek tebal, mungkin perlu bertahun-tahun mengumpul wang agar boleh memboyong Ferrari ke garaj rumah.

Nah, kali ini ada kisah seorang bocah yang masih berusia 12 tahun, tapi telah membeli 3 unit model Ferrari termasuk 458 dan 599GTO. Bagaimana boleh?

Dilansir Carscoop, Selasa 25 Jun 2013, bocah bernama Callum itu membeberkan bagaimana ia boleh membeli kereta dengan harga berbilion ringgit itu.

Dalam satu temu bual dengan wartawan FGear.TV yang dimuat turun ke YouTube, Callum mengaku mendadak jadi jutawan cilik, setelah membuat sebuah aplikasi (tidak disebutkan namanya), yang kemudian dijual kepada Google, saat ia masih berusia 8 tahun.

Diduga aplikasinya itu dijual dengan harga Rp8, 5 juta pound Sterling sehingga ia sangat mudah untuk membeli Ferrari.

Tapi hasil wawancara itu menimbulkan kontroversi para pengunjung YouTube. Banyak yang mengulas tak percaya dengan video itu. Wawancara yang kurang detail membuat mereka mengatakan kalau itu hanyalah sebuah penipuan.

"Tidak ada nama aplikasinya dalam cerita. Ayah macam apa membolehkan anak yang masih berusia 12 tahun membeli kereta?," Tulis pengguna dengan akaun Youtube alix514ify mengulas mengenai.

Namun, pengguna akaun Youtube Daandude1 justru percaya dengan apa yang dikatakan Callum. "Saya fikir anak ini jauh lebih pintar kerana semua orang tidak suka dengan video ini. Orang benci ketika membicarakan tentang wang, apa lagi ini adalah anak berusia 12 tahun. Dunia ini sudah sakit," tulisnya dalam medan komen.

Setakat ini belum diketahui apakah cerita ini nyata atau hanya tipuan belaka saja. Tapi apabila benar, bererti dia adalah pemilik Ferrari termuda di dunia.

Sumber


Read more...

Isnin, 24 Jun 2013

Berita yang ditunggu tunggu oleh kakitangan kerajaan,PM Akan Tentukan Bonus Penjawat Awam 25 Oktober Ini - KSN

Najib Tun Razak
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan membuat keputusan berhubung pemberian bonus untuk penjawat awam tahun ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau berkata keputusan itu akan dibuat Najib selaku Menteri Kewangan sempena pembentangan Belanjawan 2014 yang dijadual 25 Oktober ini.
"Saya rasa kerajaan akan membuat keputusan bila kerajaan buat bajet(pembentangan Belanjawan 2014), PM sendiri akan buat keputusan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Isnin.
Seramai 1,374 petugas dari 42 Jabatan/Agensi/Bahagian Jabatan Perdana Menteri menerima anugerah itu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kepada kerajaan supaya bonus melebihi sebulan setengah gaji diberikan kepada kira-kira 1.4 juta penjawat awam.
Pada Ahad, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman menyarankan kerajaan agar bonus melebihi sebulan setengah gaji atau sekurang-kurangnya sebulan setengah gaji diberikan kepada kakitangan awam dengan pembayaran setengah bulan gaji dibuat sebelum perayaan Aidilfitri nanti.
Tahun lalu, penjawat awam menerima bonus sebulan setengah gaji dengan pembayaran dibuat sebanyak tiga kali; sebelum perayaan Aidilfitri, bulan Disember dan pada Januari tahun ini.
Terdahulu dalam ucapannya, Dr Ali yang genap setahun menjalankan tugas sebagai KSN, meminta penjawat awam supaya lebih peka dan mendekati nadi rakyat dengan mengambil langkah proaktif melalui Program Jejak Mesra Perkhidmatan Awam.
"Penjawat awam (menerusi program itu) akan turun untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan membawa perkhidmatan kepada mereka.
"Ini adalah satu pendekatan baharu di mana kita tidak boleh menunggu untuk rakyat datang kepada kita dengan masalah mereka tetapi sebaliknya kita mendekati mereka," katanya.
Beliau juga mengalu-alukan maklum balas, pandangan dan cadangan membina daripada seluruh penjawat awam demi mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan awam.
"Kita semua (penjawat awam) perlu senang dihubungi dan didekati. Saya berharap agar sebarang maklum balas yang ingin disampaikan dapat disalurkan melalui saluran yang bersesuaian," katanya. 
BERNAMA

Read more...

Khamis, 20 Jun 2013

11,000 tong sampah percuma diagih kepada penduduk

JERANTUT 19 Jun - Alam Flora Sendirian Berhad mengagihkan secara percuma sebanyak 11,000 tong sampah mudah alih model baharu kepada penduduk taman perumahan dan premis perniagaan di sekitar bandar ini kelmarin.


Antara kawasan agihan tong berkenaan ialah di Taman Inderapura Fasa Satu, Dua dan Tiga, Taman Angsana, Taman Angsana Height, Taman Woodland dan Taman Woodland Height.



Penyelia Operasi Alam Flora Jerantut, Muhammad Ammar Asyraf Azmi berkata, agihan tong sampah berkenaan untuk kegunaan selama tujuh tahun dan dapat diselaraskan dengan lori pengangkut sampah yang bakal beroperasi tidak lama lagi.

Beliau berkata, penukaran tong sisa pepejal mudah alih baharu itu bertujuan diselaraskan dengan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam yang bermula 1 September 2011 dengan kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PSSPPA).



"Tong ini boleh diselaraskan dengan lori pengangkut dan memberi keselesaan kepada pekerja Alam Flora yang tidak perlu lagi memegang sampah dalam plastik kerana boleh terus dipunggah dan dituang ke dalam lori.

"Alam Flora meminta penghuni kediaman atau pemilik premis perniagaan meletakkan semua sisa pepejal atau sampah basah dan lembut ke dalam pembalut plastik dan diikat kemas agar tidak terkeluar daripada beg plastik berkenaan bagi memudahkan pemunggahan," katanya.

Menurut beliau, penduduk perlu mengasingkan cecair daripada makanan sebelum dimasukkan ke dalam beg plastik sampah untuk mengelakkan mudah pecah apabila terlampau berat dan sarat.



Katanya, Alam Flora juga meminta penduduk tidak membuang bahan berbahaya seperti alat picagari, bateri, cat, tin semburan serangga ke dalam tong tersebut kerana syarikat itu sudah menyediakan jadual pengambilan sampah pukal pada hari yang ditetapkan.


Sehubungan itu, katanya, jadual pungutan sampah akan dilakukan dua kali seminggu di semua kawasan perumahan dan sekali bagi memunggah bahan sisa pukal menerusi jadual operasi yang akan diedarkan untuk makluman penduduk bandar ini dalam masa terdekat.

"Kita juga menasihatkan penduduk jangan membuang bahan sisa bara api, sampah kebun dan bahan pepejal lain ke dalam tong baharu yang berkemungkinan mudah terbakar," ujarnya.

Sumber Utusan 




Read more...

Karavan bersalut emas

KENDERAAN mewah EleMMent Palazzo yang disalut emas.
Dubai: Di negara yang terkenal dengan kemewahan rakyatnya berbelanja, rumah bergerak atau karavan bukanlah sesuatu yang diminati.
Bagaimanapun, penduduk Dubai mungkin perlu berfikir lebih daripada sekali apabila melihat sebuah kenderaan yang boleh dijadikan rumah bergerak ini.
Kenderaan sepanjang 12 meter ini dilengkapi pelbagai keistimewaan, termasuk kemasan emas pada badannya.
Ia dijangka dijual pada harga RM8.4 juta seunit dan bakal menjalar di jalan raya Dubai tidak lama lagi. Pengeluarnya, Marchi Mobile, mengesahkan kenderaan dikenali sebagai EleMMent Palazzo itu sedang disiapkan sebelum diperkenalkan di Dubai.
RUANG pemandu dalam kenderaan EleMMent Palazzo.
Ketua Pengurus Jenama Marchi Mobile, Juliane Rönisch berkata, sejumlah pengguna dari Dubai menunjukkan minat mendapatkan kenderaan syarikat Jerman - Austria itu. “Ketika ini kami mengeluarkan antara lima hingga 10 unit EleMMent Palazzo setahun dan ia dihantar ke seluruh dunia,” katanya. Juliane berkata, kenderaan tempahan khas itu boleh mencecah harga lebih mahal jika kemasannya ditambah dengan emas. Bagi syarikat itu, katanya, model komersial kenderaan itu boleh diperoleh dengan harga minimum RM3.2 juta. “Untuk model lebih mewah, harganya ialah dua juta euro (RM8.4 juta) setiap satu,” katanya. Bagaimanapun, ketika ini model Marchi Mobile itu tidak dipamerkan di Dubai.
Kata Juliane, mereka juga tidak bercadang membuka cawangan tetap di Emiriah Arab Bersatu atau mana-mana negara Teluk.
“Tetapi ketetapan itu mungkin boleh berubah,” katanya. Sementara itu, kenyataan syarikat Marchi Mobile menyebut, siri mode EleMMent itu bukan sekadar kenderaan konsep, sebaliknya sedia dihasilkan dalam unit terhad. EleMMent Palazzo boleh dilengkapi pelbagai ciri kemewahan, seperti bumbung terbuka, bumbung telus cahaya dan tangga. 
- Agensi (myMetro)

Read more...

Selasa, 18 Jun 2013

Tak mampu nak bayar sewa rumah,pelajar tinggal dalam Bot

PEARCE berdiri di hadapan botnya.
London: Seorang pelajar yang tidak mampu membayar sewa rumah membeli sebuah bot untuk didiami ketika belajar di universiti.
Langkah pelajar geografi fizikal, Joe Pearce membolehkan dia berjimat sebanyak £5,600 (RM28,000).
Bot itu dibelinya secara atas talian pada harga £800 (RM4,000), bersamaan dengan sewa dua bulan.
Pearce tinggal di bot kelas Falmouth Gypsy sepanjang tujuh meter itu selama 14 bulan ketika belajar untuk ijazah sarjananya di Universiti Aberystwyth.
PEARCE tinggal selama 14 bulan di dalam botnya.
Meskipun masih boleh belayar, Pearce mengaku botnya itu, Golden Cloud boleh diibaratkan sebagai khemah kayu Ia dibina di Penryn, Cornwall, 32 tahun lalu. Badannya diperbuat daripada gentian kaca. “Ketika belajar mendapatkan ijazah sarjana, saya menyedari saya tidak mampu tinggal di rumah pangsa. Saya berkongsi rumah itu dengan teman wanita saya dan kami membahagikan bayaran sewa £100 seminggu itu antara kami,” kata Pearce.
Menurutnya dia membeli bot berkenaan daripada pemiliknya di Porthmadog, Wales Utara.
“Rakan saya teruja dan menyangka saya membeli kapal layar yang glamor. Mereka terkejut apabila melihat bot yang saya beli. Zamannya untuk belayar sudah berlalu dan bagi saya, hidup di dalamnya seperti menjalani perkhemahan mewah atau tinggal di dalam khemah kayu!” Bot itu dilengkapi enjin buatan 1970 dan bahagian tertingginya ialah 1.7 meter, Ia menyukarkan Pearce bergerak kerana ketinggiannya hampir dua meter.
PEARCE terpaksa membongkok untuk berjalan di dalam bot.
“Saya menyimpannya di limbungan bot Ynslas, kira-kira 13 kilometer dari Aberystwyth dan saya akan berbasikal pergi dan balik ke universiti bagi menjimatkan wang.
“Semua orang di limbungan itu begitu baik dan membantu saya memasang bot berkenaan kerana saya tidak berpengalaman. Saya hanya perlu membayar £1(RM5) sehari untuk menyimpannya di situ.
“Kadang kala ia menjadi sesak kerana ketinggian bumbungnya tidak sesuai. Saya terpaksa membongkok. Bagaimanapun, bot itu menjadi tajuk perbualan. Saya juga mengadakan parti di dalam bot itu,” katanya. 
- Daily Mail (myMetro)

Read more...

Isnin, 17 Jun 2013

Kanak kanak 8 Tahun Miliki Rambut Sepanjang 91,4 cm

Bohdana dan rambutnya (Foto: Daily Mail)

OLD STREET - Seorang kanak2 perempuan bernama Bohdana Stotska, mempunyai rambut sepanjang 91,4 cm. Rambut panjangnya kanak2 berusia lapan tahun ini hampir mengalahkan tinggi badannya.

Bohdana memanjangkan rambutnya ini kerana terinspirasi oleh sebuah dongeng tentang Rapunzel. "Saya suka rambut saya dan saya memutuskan untuk membiarkannya tumbuh ketika saya berusia empat tahun," kata Bohdana, seperti dikutip dari Daily Mail, Senin (17/6/2013).

Kanak2 cantik ini memerlukan masa hampir dua jam untuk menyisir rambutnya sendiri. Sang ibu, Olga Stotska menghabiskan setengah jam sehari untuk membantu menyisir dan menguncir rambut putrinya itu agar tidak kusut.

Namun, tugas yang paling sukar Olga adalah ketika harus mencuci rambut putrinya itu setiap 10 hari sekali dengan syampu penguat rambut dan memakan masa hampir dua jam. Olga, yang berpindah ke London dari Ukraine September silam ini, berkata bahawa dirinya tidak pernah menggunakan bahan kimia untuk merawat rambut putrinya ketika masih bayi.

"Kami tidak menggunakan bahan kimia ketika dia masih bayi. Tapi saya membiarkannya kering secara semulajadi. Namun, beban terbesar adalah waktu saya," kata Olga.

Kerana rambut panjang yang dimiliki Bohdana dia menjadi popular di sekolahnya.

"Rambut panjang Bohdana itu membuat dia sangat popular di kalangan rakan-rakan di sekelasnya. Bohdana sangat ingin menjadi popular dan menjadi pusat perhatian, "ungkap wanita yang berusia 39 tahun ini.

Olga, yang tinggal di Old Street ini percaya panjang rambut Bohdana akan segera melampaui tinggi badannya, kerana dia tidak mahu memotong rambutnya itu.

"Rambutnya tumbuh lebih cepat daripada dia. Tinggi Bohdana bertambah satu sentimeter per bulan, tapi panjang rambutnya tumbuh lebih cepat, "jelasnya wanita yang bekerja sebagai bank ini.

* Sumber okezone.com


Read more...

Ahad, 16 Jun 2013

Bengkung bayi untuk bapa?

Seorang bapa tidak dapat menahan air mata selepas merasai pergerakan bayi mereka yang masih berada di alam rahim isteri.

SEMESTINYA setiap bakal bapa ingin merasakan pergerakan bayi mereka yang masih berada di dalam rahim ibunya.

Kini, sepasukan pereka barangan jenama kanak-kanak Amerika Syarikat (AS) berjaya mencipta sepasang bengkung yang boleh dipakai oleh si suami bagi merasai tendangan sebenar anaknya dalam kandungan.

Jurucakap pereka memberitahu, bengkung yang disiapkan selama empat bulan itu dilengkapi dengan alat pengesan pergerakan bayi dalam kandungan.

"Si ibu juga perlu memakai bengkung khas yang diletakkan peranti di sekeliling pinggannya sebelum disalurkan kepada bengkung si bapa," katanya pada MailOnline.

Satu rakaman video yang disiarkan menunjukkan, lelaki yang memakai bengkuk bayi itu terkejut dan menangis selepas merasai tendangan bayi dalam kandungan isterinya.

"Saya dapat rasakan gerakkannya. Dia menendang," katanya.

* Sumber sinarharian


Read more...

Sabtu, 15 Jun 2013

Bercinta sejak umur 4 tahun

Gambar kahwin semasa 4 tahun, ketika dewasa dan ulangtahun perkahwinan ketika berusia 70 tahun - Foto telegraph.co.uk

NORFOLK - Kisah cinta pasangan warga emas ini amat unik kerana mereka dipakaikan baju pengantin dalam satu karnival pada usia empat tahun  dan tidak menyangka pertemuan itu menjadi titik bermulanya cinta mereka yang hingga kini mencecah usia 70 tahun.

Menariknya, pasangan warga emas itu, Ron Everest dan Eilen Campbell dilahirkan dalam dewan bersalin yang sama, dipakaikan baju pengantin pada sebuah karnival dan siapa sangka, mereka bertemu jodoh pada usia 21 tahun dan kekal sebagai pasangan suami isteri sehingga kini.

Pasangan itu yang kedua-duanya berusia 91 tahun berkata telah dilahirkan di unit yang sama iaitu di Hospital Bersalin Tentera Laut di Gillingham, Kent.

Bapa mereka bersahabat baik serta sama-sama berjuang dalam Perang Dunia Pertama dan kekal rapat sehingga memakaikan mereka pakaian pengantin semasa Karnival Gillingham pada tahun 1926.

Pasangan itu kemudian berkahwin pada 7 Jun 1943.

“Cinta kami disemai mungkin sejak dilahirkan lagi kerana lahir di unit bersalin yang sama," kata Everest.

Isterinya menambah, masih ingat lagi ketika dipakaikan baju pengantin semasa usia empat tahun dan perkahwinan di antara mereka membuatkan hubungan kedua-dua keluarga menjadi bertambah erat.

* Sumber sinarharian



Read more...

Selasa, 11 Jun 2013

Diana Danielle Bersalin Sebelum Tempoh Tidak Benar

Diana Danielle - Foto daripada Instagram Diana Danielle
PETALING JAYA: Desas-desus yang tersebar kononnya pelakon Diana Danielle telah bersalin lebih awal iaitu tujuh bulan selepas kahwin adalah tidak benar sama-sekali.
Jurucakap pihak pengurusan Metrowealth memberitahu, tuduhan itu sememangnya tidak berasas kerana isteri kepada pengarah filem Farid Kamil itu akan bersalin selewat-lewatnya pada awal Ogos depan.
"Diana belum bersalin lagi, saya diberitahu dia akan bersalin pada akhir Julai atau awal Ogos depan.
"Setakat ini Farid akan habiskan dulu penggambaran drama untuk Astro dan mungkin selepas itu baru dia ke Australia untuk persiapan tersebut," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Foto daripada Instagram milik Farid Kamil yang menjadi kontroversi.
Terdahulu, sebuah akhbar Mingguan pada Ahad lalu menerusi ruangan pojoknya melaporkan aktres tersebut sudah selamat melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital berdekatan kediaman Diana di Sydney, Australia pada hujung Mei lalu.
Dalam pada itu, Farid yang sedang bercuti daripada sebarang penggambaran akibat kemalangan motosikal minggu lalu dijadualkan mula pada minggu ini bagi menyelesaikan penggambaran drama Jodoh Itu Milik Kita.
Sementara itu, pada Ahad lalu, Farid telah memuat naik gambarnya sedang mencium seorang bayi lelaki di laman sosial Intagram dan Facebook yang menjadi tanda tanya pelbagai pihak.
Bagaimanapun, gambar bayi yang sama turut dimuat naik oleh adiknya pelakon Fadzil Zahari di laman media Instagram miliknya sejak seminggu yang lalu.
Foto milik Fadzil Zahari di laman Instagram pada 25 Mei lalu.
Fadzil yang dihubungi berkata bayi tersebut merupakan anak adik lelakinya yang lahir pada 11 Mei lalu.
"Gambar itu bukan anak Farid tetapi anak saudara kami yang kini berada di Seremban.
"Saya difahamkan Diana akan bersalin akhir Julai atau awal Ogos depan dan Insya-Allah jika tiada halangan saya juga akan melihatnya di sana," katanya.
Sementara, Diana dalam laman Twitter miliknya kini masih aktif mengikuti beberapa kelas lakonan dalam kursus perfileman yang diambil di negara berkenaan.
Pasangan selebriti tersebut diijabkabulkan pada 3 November tahun lalu di Hotel Flamingo By The Lake, Kuala Lumpur.
* Sumber mStar Online

Read more...

Jumaat, 7 Jun 2013

Beego, Linda Hashim Bergelar Suami-Isteri Dengan Sekali Lafaz

Beego dan Linda selamat bergelar suami-isteri. Foto: Shaari Che mat.
KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Mohd Aszerul Nizam Abdullah atau Beego, 33, sah bergelar suami kepada Norhazlinda Hashim,29, hanya dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Usaimah Bin Zain, Wangsa Maju, di sini, Jumaat malam.
Beego dan Norhazlinda atau Linda, dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Nizam Wahab disaksikan oleh bapa pengantin perempuan, Hashim Yusof pada kira-kira pukul 9.25 malam.
Pihak lelaki membawa tujuh dulang hantaran berupa tepak sirih, sepasang kasut, seutas jam tangan, sebentuk cincin dan wang hantaran kahwin, sepasang jubah, set minyak wangi dan tas tangan.
Sementara itu pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang hantaran terdiri daripada seutas jam tangan, sepasang baju polo, sepasang kasut, cermin mata hitam, sebentuk cincin, coklat, buah-buahan, set penjagaan diri dan sirih junjung.
Pengantin perempuan menerima RM300 sebagai mas kahwin dan RM35,000 sebagai wang hantaran.
Beego (kiri) tenang pada majlis akad nikahnya.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 200 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.
Beego menyarungkan cincin ke jari manis isterinya pada upacara membatalkan air sembahyang selepas selesai akad nikah.
"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar saya rasakan ia seumpama ‘perkahwinan pertama’ kerana semasa perkahwinan pertama saya dulu saya tidak rasa seperti ini.
"Insya-Allah saya akan menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik," kata Beego.
Sementara Linda menzahirkan rasa bersyukur kerana perancangan yang diaturkan berjalan dengan lancar.
"Saya sangat bersyukur dan berjanji akan mempertahankan perkahwinan ini sehingga ke akhir hayat," ujarnya.
Pasangan ini akan berbulan madu di Bali, Indonesia pada 19 Jun ini dan Taiwan pada 1 Julai depan.
Mereka mula menjalinkan hubungan cinta sejak dua tahun lalu dan mengikat tali pertunangan pada 3 November 2012.
Beego sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Shahira Mohd Shahru pada 28 Disember 2007 dan bercerai pada 16 Mac 2009.
Majlis resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dekat sini pada Sabtu malam.
* Sumber mStar Online

Read more...

Khamis, 6 Jun 2013

Nenek 84 Tahun Menang Cabutan Powerball Lottery USD590 juta

Gloria Mackenzie (kiri), nenek 84 tahun menang Loteri 590 juta dollar

Dewi Fortuna tampaknya sedang menaungi seorang nenek bernama Gloria Mackenzie. Di usia 84 tahun, nenek ini memenangi hadiah undian Powerball Lottery sebanyak $ 590 juta.

Diberitakan Mirror.co.uk, dia membeli tiketnya seharga $ 2 di sebuah pasar raya Zephyrhills, Florida, 30 km timur laut dari Bandar Tampa.
MacKenzie yang menolak tampil di hadapan kamera televisyen, memilih pilihan pembayaran langsung, bukan pembayaran beransur-ansur selama 30 tahun, seperti dikutip BBC, 6 Jun 2013.

Dia pun menolak bercakap dengan wartawan yang berkumpul di luar pejabat undian dan langsung pergi dengan keretanya. Hadiah yang diterima Mackenzie adalah yang kedua terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat, selepas hadiah Mega Million sebanyak $ 656 yang dibahagikan antara tiga orang pemenang.

Mackenzie merupakan seorang pesara dari Maine dan ibu empat anak yang tinggal di rumah sederhana di Zephyrhills. Dia membeli tiket kemenangan itu selepas, "Seseorang telah sangat baik pada saya dan membiarkan saya membeli tiket lebih dulu."

Ia membiarkan komputer Powerball mengeluarkan angka-angka secara rawak.

"Kami sangat bersyukur dengan kemenangan di Florida Lottery Powerball," tambahnya.

Dia pun berharap media massa dan orang lain tetap menghormati privasi diri dan keluarganya.

* Sumber VIVAnews.com


Read more...

Selasa, 4 Jun 2013

Selepas Kembali Menjanda, A. Aida Dikejar VIP, Suami Orang

A.Aida
PETALING JAYA: Pelakon dan penerbit A.Aida mengakui sejak bercerai dengan pegawai polis, Suffian Sulaiman pada 2 Mei lalu, beberapa lelaki mahu mendekatinya untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius termasuklah golongan VIP.
A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 42, berkata, bagaimanapun dia menolak usaha itu dan cuba menjauhkan diri memandangkan kebanyakan mereka berstatus suami orang.
"Sejak bercerai ada sahaja lelaki yang mahu 'singgah' dalam diri saya. Mereka itu ada daripada kalangan rakan-rakan penerbit serta golongan VIP.
"Tetapi saya tolak kerana mereka semua sudah berkahwin. Saya tak mahu sebarang masalah timbul di kemudian hari jika hidup bermadu.
"Lagipun emak saya sudah pesan jangan ambil suami orang. Kalau duda boleh sahaja, ini yang datang semua sudah beristeri," selorohnya.
Tambah Aida kepada mStar Online, buat masa ini dia lebih senang menjalani kehidupannya sebagai ibu tunggal kepada tiga orang anak iaitu Wan Az Aleesa, 16, dan Wan Azevanatassha yang berusia 11 tahun hasil perkahwinan terdahulu dengan Ameng (Spring) serta Muhammad Rahul, 4, daripada pernikahannya dengan Suffian.
Malah kata Aida, kehidupannya kini lebih mudah apabila dia hanya perlu memberi fokus kepada anak-anaknya dan karier sahaja.
"Alhamdulillah, saya lebih tenang dan fokus dalam melakukan sesuatu perkara dan akan tolak ke tepi dahulu soal lelaki.
"Sekarang ini banyak pula idea yang muncul dalam proses penghasilan skrip drama dan saya bebas ke mana-mana sahaja untuk urusan kerja selain dapat meluangkan masa sepenuhnya dengan anak-anak,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Aida kini sibuk menerbitkan telefilem bersempena bulan Ramadhan berjudul Malaikat Di Pintu dan Kaluk Syawal (untuk TV3) dan Madu-Madu Raya(Astro Ria).
Aida telah bercerai talak dua dengan Suffian yang juga Ketua Unit Perhubungan Korporat, Jabatan Logistik, Bukit Aman di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 2 Mei lalu. Mereka bernikah pada 20 April 2007.
Suffian yang merupakan sorang duda sebelum ini turut mempunyai beberapa orang anak hasil perkahwinan terdahulu.
Sebelum berkahwin dengan Suffian, A. Aida pernah bernikah dengan bekas vokalis kumpulan Spring iaitu Ameng dan seorang anggota polis berpangkat biasa.
* Sumber mStar Online

Read more...

Isnin, 27 Mei 2013

Majlis Perkahwinan Ustaz Azhar Idrus

Kuala Lumpur: Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, 49, selamat melangsungkan perkahwinan kali ketiganya bersama anak saudara Ketua PAS Cawangan Keramat Permai AU1, Omar Tahar di Hulu Klang, Gombak, semalam.
Azhar yang berbaju kelabu dan berkopiah hadir ditemani isteri pertama dan keduanya, Rogayah Sulong, 42, dan Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor, 26, sebelum dinikahkan jam 11.52 pagi.
Majlis pernikahan itu turut dihadiri saudara-mara, kenalan serta tetamu diundang.

Penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun yang turut hadir pada majlis itu berkata isteri Azhar dikenali sebagai Izyan, 27, dan berasal dari Johor.
Foto
USTAZ Azhar bersama isteri ketiga pada majlis perkahwinan mereka di Hulu Klang, semalam.
“Saya dimaklumkan wanita dinikahi Ustaz Azhar adalah Izyan, berasal dari Johor dan kini menetap di Keramat.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Read more...

Selasa, 21 Mei 2013

Pengasas Tumblr umur 26 tahun jadi bilionair


GAMBAR fail menunjukkan Karp (kanan) bersama Presiden Media Kabel Warner, Joan Gilman.- AP



NEW YORK - Seorang pemuda berusia 26 tahun, David Karp bakal menjadi bilionair apabila syarikat Yahoo! bersetuju untuk membeli laman rangkaian sosial ciptaannya, Tumblr pada harga AS$1.1 bilion (RM3.31 bilion).
Karp yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Tumblr dijangka mengekalkan sebahagian besar kawalannya ke atas syarikatnya itu selepas penjualan tersebut berlaku.
Pemuda yang berasal dari New York itu sebelum ini merupakan pelajar sekolah tinggi yang tercicir.
Karp mula mempelajari kod komputer semasa dia berumur 11 tahun.
Dia mencipta laman tersebut di sebuah unit apartmen kecil milik ibunya pada tahun 2007.
Sebelum ini, laman tersebut dianggarkan bernilai AS$800 juta (RM2.4 bilion).
Karp tinggal di sebuah apartmen yang sederhana bersama kekasihnya, Rachel Eakley yang merupakan seorang lulusan universiti dan chef.
Dia kemudian berpindah ke sebuah apartmen mewah bernilai AS$1.6 juta (RM4.82 juta) di Williamsburg, Brooklyn.
Syarikat Yahoo! turut mendedahkan tentang urus niaga itu menerusi ketuanya, Marrisa Mayer semalam.
Pada minggu lalu, kedua-dua buah syarikat itu mengesahkan spekulasi berhubung wujudnya perikatan melibatkan kedua-dua syarikat berkenaan.
Bagaimanapun, Tumblr dibenarkan untuk beroperasi sebagai sebuah syarikat yang bebas selepas penjualan tersebut.
"Tumblr merupakan rangkaian media yang berkembang dengan pesat di dunia.
"Ia memberikan sesuatu yang bermakna kepada para pengguna Yahoo!," kata Mayer.
 - Agensi (kosmo!)

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP