GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Jenayah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jenayah. Papar semua catatan

Rabu, 13 Ogos 2014

BUDAK 12 TAHUN HAMIL DIROGOL BAPA SAUDARA

imej google

SABAK BERNAM – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun mengandung sembilan bulan selepas beberapa kali dirogol bapa saudaranya di rumah mangsa di Bagan Sungai Burung, Sungai Besar, di sini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd berkata, mangsa yang tidak lagi bersekolah itu dipercayai dirogol sejak awal Disember tahun lalu ketika ibu dan bapa mangsa tiada di rumah.

Menurutnya, mangsa dipercayai dirogol setiap bulan oleh suspek yang tinggal di Hutan Melintang, Perak dan kali terakhir kejadian itu berlaku pada Julai lalu.

“Mangsa mula dirogol bapa saudaranya itu ketika usianya masih 11 tahun dan kandungannya kini memasuki usia sembilan bulan,” katanya kepada Sinar Harian.

Noor Mushar berkata, suspek sebelum ini berjanji ingin berkahwin dengan mangsa, bagaimanapun mangsa seakan-akan tertipu dengan kata-kata manis bapa saudaranya itu selepas mereka menjalin hubungan terlarang.

“Ibu bapa mangsa terkejut selepas mendapati anaknya mengandung dan mangsa telah menceritakan kejadian terbabit kepada kedua-dua orang tuanya,” katanya.

Katanya, mangsa yang menerima rawatan di Klinik Desa Sungai Burung kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Besar sebelum satu laporan polis dibuat seorang jururawat atas arahan seorang doktor pakar di klinik kesihatan terbabit.

Sehingga kini katanya, polis sedang memburu suspek bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Dalam kejadian berasingan katanya, seorang pelajar dari Pasir Mas, Kelantan dirogol di dua tempat berasingan di daerah ini oleh seorang abang angkatnya yang dikenali menerusi aplikasi SMS Koloni.

Katanya, kejadian berlaku pada 4 Ogos lalu selepas mangsa mengikut suspek berusia 25 tahun itu dari KLIA ke rumah lelaki itu di Sungai Besar.

"Dalam perjalanan ke Sungai Besar itu, mangsa dan suspek tidak terus pulang ke rumah sebaliknya mereka menginap di sebuah hotel di Sekinchan sebelum melakukan hubungan terkutuk itu pada waktu malam hari yang sama.

“Keesokannya, mangsa dibawa ke rumah suspek di Taman Padu Permai Sungai Besar dan sekali lagi melakukan perbuatan itu pada 7 Ogos lalu di bilik tidur di dalam rumah berkenaan,” katanya.

Noor Mushar memberitahu, mangsa dihantar pulang oleh suspek di Perhentian Bas Klang pada 8 Ogos lalu untuk pulang ke rumahnya di Kelantan.

“Hasil siasatan mendapati ibu mangsa telah membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya di KLIA pada 4 Ogos lalu.

“Bagaimanapun, mangsa memaklumkan kepada ibunya menerusi SMS dia mengikut rakannya dan akan pulang dengan selamat,” katanya.

Bagaimanapun katanya, setelah beberapa kali didesak ibunya selepas kehilangannya selama empat hari, akhirnya mangsa mengaku dia telah dirogol suspek dan membuat laporan polis di Pasir Mas, Kelantan.

Kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Sumber SINAR


Read more...

Isnin, 11 Ogos 2014

PELAJAR TINGKATAN 2 DIROGOL BERAMAI RAMAI


KUALA TERENGGANU - Gara-gara cepat terpedaya dengan kata-kata manis seorang lelaki yang dikenali melalui WeChat, seorang remaja menjadi mangsa rogol beramai-ramai termasuk ‘teman lelakinya’ dan tiga lagi lelaki tidak dikenali.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Kampung Gong Pauh, Chukai, Kemaman, awal Julai lalu.

Mangsa yang juga pelajar tingkatan dua itu dikatakan baru berkenalan dengan suspek yang berusia 22 tahun, bagaimanapun bertindak berani mengambil keputusan mengatur pertemuan kali pertama bersama teman lelakinya itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, dalam pertemuan pertama itu, mangsa dikatakan telah keluar bersama teman lelakinya kira-kira jam 3.30 petang menaiki motosikal, kononnya untuk bersiar-siar di bandar berhampiran.

“Suspek dikatakan pada awalnya berjanji hendak mengajak mangsa hanya untuk bersiar-siar di kawasan bandar berhampiran, tetapi suspek telah membawa mangsa ke sebuah rumah di Kampung Gong Pauh, Chukai, Kemaman.

“Sebaik tiba di rumah berkenaan, terdapat tiga lelaki lain yang sedia menunggu di dalam rumah sebelum mangsa dibawa masuk ke dalam bilik,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Menurut Wan Abd Aziz, beberapa minit kemudian, suspek turut masuk ke dalam bilik sama dan mula menunjukkan belang apabila cuba merapati mangsa tetapi mangsa yang tidak suka akan tindakan suspek cuba menepis tangannya.

“Mangsa merayu meminta suspek menghantarnya pulang ke rumah tetapi suspek mula bertindak kasar apabila cuba membuka pakaian mangsa.

“Melihat tindakan suspek yang bagaikan hilang akal itu, mangsa cuba menjerit sekuat hati meminta tolong, namun suspek bertindak menutup mulut mangsa sebelum merogolnya,” katanya.

Wan Abd Aziz berkata, nasib malang remaja itu tidak berakhir di situ apabila dirogol secara bergilir-gilir oleh tiga lagi rakan kepada teman lelakinya.

Katanya, selepas puas melepaskan nafsu mereka, suspek tanpa rasa bersalah menghantar mangsa pulang ke rumah kira-kira jam 7 malam.

“Pada mulanya, mangsa tidak membuat sebarang laporan polis kerana bimbang keselamatannya tetapi nekad melaporkan perbuatan terkutuk suspek selepas dirogol buat kali kedua dalam kejadian terbaru pada 4 Ogos lalu.

“Susulan laporan dibuat mangsa kelmarin, polis menahan teman lelaki mangsa berusia 22 tahun yang kini direman selama tujuh hari sehingga Ahad depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

“Selain itu, kita turut memburu tiga lagi rakan suspek yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian ini,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Abd Aziz turut menasihatkan golongan remaja terutama perempuan agar tidak mudah mempercayai rakan yang baru dikenali menerusi laman sosial seperti Facebook dan WeChat bagi mengelak mereka menjadi mangsa jenayah sama ada ditipu atau dirogol.


Sumber SINAR


Read more...

Nenek sembunyi wang dalam coli

imej
Detroit (AS): Seorang wanita berusia 78 tahun cuba menaiki pesawat di Lapangan Terbang Metropolitan di sini untuk ke Filipina bersama wang tunai berjumlah AS$41,000 (RM131,507) yang disembunyikan di dalam seluar dalam, coli dan begnya.
Menurut dokumen mahkamah di Detroit, wanita dari Clearwater, Florida itu cuba menaiki pesawat berkenaan pada 2 April lalu bersama anak perempuannya.
Dia pada mulanya membawa wang tunai RM640, tetapi mengemukakan borang dan mengisytiharkan dia mempunyai wang sebanyak RM3,849, menyebabkan dia disoal pegawai.
Ketika diperiksa, pegawai Kastam dan Perlindungan Sempadan menemui RM25,660 dalam dompetnya, RM41,152 dalam saku dijahit khas pada pakaiannya dan hampir RM3,207 dalam sampul surat.
Dia kemudian mengaku mempunyai RM9,622 dalam pakaiannya dan wang tunai berjumlah sama dalam colinya.
Pemeriksaan selanjutnya membolehkan pegawai menemui RM67,357 lagi dalam seluar dalamnya.
Wanita itu memberitahu pihak berkuasa, dia menjual rumahnya dengan harga RM38,490 sebelum memindahkan sebahagian daripada wang itu menerusi bank ke Filipina dan merancang membawa sebahagian lagi bersamanya.
“Dia tidak memindahkan semua wang itu kerana merasakan lebih selamat untuk membawa sebahagiannya dalam bentuk tunai,” menurut laporan itu.
 - AFP


Read more...

Sabtu, 9 Ogos 2014

Emma Maembong selar pihak ubah suai foto dengan tompokan AIR MANI

FOTO (kiri) wajah Emma Maembong yang diubah suai dengan diletakkan ‘tompokan air mani’, manakala gambar kanan adalah gambar asal pelakon itu dalam telefilem Yess Boss Raya. Hari ini Emma tampil dengan menyelar sikap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mengubahsuai gambarnya itu sebagai tujuan memburuk-burukkannya. - Foto BHonline

KUALA LUMPUR: Emma Maembong menyelar sikap sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab mengubahsuai gambarnya untuk tujuan memburukkan kekasih hati kepada Zizan Razak itu. 

Pelakon telefilem Yess Boss Raya terbitan Zeel Production di TV3 jam 9 malam itu tidak gusar dengan penyebaran gambar yang menampakkan tompokan yang kononnya air mani di wajahnya. 


Gambar berkenaan kini tersebar dan menjadi sebutan di alam maya. 

"Saya tak takut kerana semua ini memang cubaan untuk menjatuhkan nama saya. Saya ada gambar asal. Jadi kepada yang cuba membuat onar, bawa bertaubatlah. 

"Saya ikutkan malas nak layan semua ini kerana tidak mendatangkan faedah langsung. Tapi ini ruang untuk saya perbetulkan perkara yang memang tak betul," katanya. 

Telefilem Yes Bos Raya diarahkan Pyan Screw dan turut dibintangi Fahrin Ahmad, Noorkhiriah dan Norlia Ghani.


Sumber BHonline



Read more...

Wanita Dalam Video 'Pesta Sukan Bogel' Dibebas Dengan Jaminan Polis

Polis pada Jumaat mengedarkan gambar 11 daripada 18 individu yang menyertai Pesta Sukan Bogel yang diadakan di Teluk Kampi, Taman Negara Pulau Pinang.
BALIK PULAU: Seorang guru muzik yang ditahan polis kerana terbabit dalam pesta "sukan bogel" di Teluk Kampi, Taman Negara Pulau Pinang, dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketua Polis Daerah Balik Pulau, Superitendan Lai Fah Hin berkata guru yang berusia 34 itu dibebaskan pada Jumaat selepas merakamkan kenyataannya.
Polis menahan wanita berkenaan di sebuah lokasi yang tidak didedahkan di barat daya daerah itu pada pukul 9.55 malam Khamis.
Terdahulu, dilaporkan sebuah klip video yang bertajuk “Penang Nude Sports Games 2014”, dimuat naik di laman web perkongsian video Vimeo kira-kira dua bulan lalu, yang menyiarkan para peserta berbogel dalam satu pesta sukan.
Klip video itu dimuat naik oleh Albert Yam, yang kemudiannya dipadam pada Selasa.
Terdahulu pada Jumaat, polis mengeluarkan gambar 11 peserta pesta itu. 
Sumber mStar Online

Read more...

Khamis, 7 Ogos 2014

Rupanya,Penganjur Pesta Sukan Bogel Bekas Ketua Wanita Gerakan Kedah

Peserta Pesta Sukan Bogel mendengar arahan sebelum acara dimulakan.

ALOR SETAR: Penganjur Pesta Sukan Bogel di Teluk Kampi, Taman Negara Pulau Pinang, dipercayai bekas ketua Wanita Gerakan Kedah pada 1980-an.

Timbalan Presiden parti itu, Datuk Dr Cheah Soon Hai berkata, wanita berkenaan yang berusia dalam lingkungan 40-an pernah berkhidmat satu hingga dua penggal untuk parti berkenaan.


Berita 1
Berita 2

Wanita itu dipercayai berasal dari Baling itu juga pernah berkhidmat sebagai ahli majlis di Majlis Daerah Baling.

"Beliau tidak pernah membayar yuran keahlian lebih 20 tahun. Secara automatik, selepas 10 tahun tidak berbuat demikian, beliau bukan lagi ahli parti kita.

"Kita tidak tahu parti apa yang disertainya sekarang. Kami tidak lagi mempunyai rekod beliau di pejabat," kata Dr Cheah di Ibu Pejabat Gerakan Negeri di sini pada Selasa.

Dilaporkan bahawa klip video bertajuk ‘Penang Nude Sports Games 2014’ telah dimuat naik ke video perkongsian laman web YouTube kira-kira dua bulan lalu, menunjukkan peserta berjalan dan menari dalam keadaan bogel.

Mereka juga duduk di sekeliling api dan berkhemah pada malam itu, mengambil gambar satu sama lain dalam keadaan bogel selepas tamat setiap acara.

Klip yang dimuat naik Albert Yam, telah dikeluarkan sebelum pukul 2 petang pada Selasa.

Dr Cheah berkata, parti berkenaan mengutuk perbuatan tersebut kerana ia bertentangan dengan norma budaya rakyat Malaysia.

"Ia tidak mencerminkan gaya hidup kita dan ia tiada kaitan dengan parti kerana beliau tidak lagi dengan kami. Itu sudah tentu tindakan peribadi beliau, " katanya, Dr Cheah menggambarkan wanita itu sebagai seorang yang pemalu dan pencinta alam semula jadi.

Difahamkan bekas pemimpin itu adalah seorang guru di Sekolah Menengah Chung Hwa, Kota Bharu dan telah meletakkan jawatan bulan lalu.

Hari terakhir beliau di sekolah itu dipercayai pada Selasa lalu.

Pengetua sekolah, Goh Kean Seng berkata, wanita itu meletakkan jawatan sebelum video itu tersebar.

"Dia memaklumkan saya mengenai keputusannya Selasa lalu. Saya doakan yang terbaik untuk dia," katanya ketika dihubungi.

Goh menggambarkan wanita itu sebagai seorang yang adil, tidak berat sebelah dan mengikuti peraturan.

"Saya agak terkejut apabila diberitahu dia adalah penganjur sukan bogel. Tidak dapat saya bayangkan.

"Dia seorang yang berat mulut, perahsia dan pendiam. Bagaimana dia boleh menjadi penganjur? " katanya yang menghormati pendirian wanita itu.

Bagaimanapun, katanya, sebagai ketua sekolah, saya tidak boleh terima seorang guru yang mempunyai latar belakang seperti itu.


mStar Online

Read more...

REMAJA PEREMPUAN POTONG KEMALUAN PAK SAUDARA YANG MEROGOLNYA

Seorang remaja perempuan mendapat pujian polis India kerana keberanian memotong kemaluan bapa saudara yang cuba merogolnya.
Kejadian dilaporkan akhbar Independent itu berlaku di wilayah Madhepura di negeri Bihar. 
Remaja berusia kira-kira 17 tahun terbabit pertama kali dirogol bapa saudaranya pada 1 Julai lalu selepas dibawa ibunya untuk ‘berubat’ dengan lelaki berkenaan yang juga dikenali penduduk setempat sebagai dukun. 

Mangsa yang didakwa mengalami gangguan makhluk halus dibawa bapa saudaranya ke sebuah bilik sebelum diikat tangan serta mulutnya untuk dirogol.

Keesokan hari, bapa saudaranya itu datang melawat mangsa dan meminta dia datang sekali lagi ke rumah berkenaan kononnya untuk dipulihkan.
Bagaimanapun kali ini remaja terbabit datang dengan persediaan lebih - dia membawa alat perakam dan pisau bagi membolehkannya merakamkan perbualan dengan lelaki itu yang sekali lagi didapati cuba merogolnya. 

Bersedia dengan serangan seksual baru, remaja perempuan terbabit melawan dan nekad memotong kemaluan bapa saudaranya ketika sekali lagi cuba dirogol. 

Ditanya sama ada tindakan akan diambil terhadap remaja terbabit, pegawai kanan polis tempatan berkata, tiada sebab untuk itu. 

“Sepatutnya dia dipuji kerana berani,” katanya.
- Agensi


Read more...

PENGGAL KEPALA RAKAN KERANA DAH BOSAN BUNUH HAIWAN

Tokyo: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang mengaku memenggal kepala rakan sekelasnya baru-baru ini, dilaporkan menyimpan kepala kucing di dalam peti sejuk rumahnya.
Remaja berkenaan ditahan minggu lalu kerana disyaki membunuh Aiwa Matsuo, 15, selepas polis menemui mayat mangsa tanpa kepala di atas katil suspek di Sasebo. 
Kes itu mendapat perhatian media di Jepun - satu daripada negara paling rendah kadar jenayahnya. 

Ia turut mencetuskan polemik dalam kalangan orang ramai yang berusaha mendapat jawapan terhadap sikap remaja terbabit yang semakin ganas.
Suspek dilaporkan memberitahu penyiasat bahawa “dia mahu memenggal seseorang.”
Beberapa laporan mencadangkan ibu bapa remaja terbabit - yang identitinya dirahsiakan atas faktor umur suspek - cuba memasukkannya ke hospital sakit jiwa namun ditolak. 

Selasa lalu, akhbar Mainichi berkata, penyiasat menemui kepala kucing di dalam peti sejuk suspek, serta kira-kira satu juta yen (RM31,200) tunai di apartmen yang dihuninya. 

Dia dilaporkan tinggal di situ sendirian sejak April lalu atas nasihat pakar psikiatri selepas membelasah bapanya menggunakan kayu besbol. 

Bapanya yang baru berkahwin kira-kira tiga bulan lalu selepas kematian ibu suspek dipercayai memberi wang berkenaan kepada remaja terbabit. 

Bapa suspek dilaporkan berkata: “Tindakan anak saya itu tidak boleh dimaafkan.” 

Selain itu, agensi berita Mainichi dan Jiji Press melaporkan, suspek mengakui kepada ibu tirinya bahawa dia merancang membunuh seseorang kerana berasa bosan membunuh haiwan. 

Sehari sebelum kejadian, bapa dan ibu tirinya itu mendapatkan pandangan pakar psikiatri selain cuba memasukkannya ke hospital sakit jiwa, namun permintaan mereka ditolak disebabkan sudah penuh. 
- AFP


Read more...

Selasa, 5 Ogos 2014

Hina Azan, Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Kelvin Yip

Kelvin Yip
KUALA LUMPUR: Polis telah membuka kertas siasatan terhadap seorang pengguna laman sosial atau netizen yang mencetuskan kemarahan umat Islam kerana mengeluarkan kenyataan menghina azan dan umat Islam di pagi Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata, pihaknya sehingga kini telah menerima sebanyak 28 laporan polis terhadap Kelvin Yip yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan itu dilaman sosial Facebook miliknya.
"Saya sedar bahawa terdapat banyak gesaan daripada orang ramai yang mahu tindakan diambil terhadap Kelvin Yip. Kami telah menerima laporan  dan akan mengambil tindakan selepas siasatan selesai," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Selasa.
Yip didakwa memuatnaik status,"Eh, hello…I know it’s Hari Raya and all, but please keep your prayers to the almighty off some loudspeaker at 6.45 in the morning...annoying (Eh, hello ... saya tahu ia adalah hari raya , tetapi tidak perlu bersembahyang kepada maha kuasa dengan pembesar suara pada 6.45 pagi ... menjengkelkan.")
Status Yip itu telah menimbulkan kemarahan umat Islam yang mendesak polis mengambil tindakan tegas dengan pantas.
Berikutan itu, Pemuda Umno Pulau Pinang membuat laporan polis berhubung status berkenaan.
Ketuanya, Rafizal Abu Rahim kemudian mempersoal kredibiliti polis yang tidak mengambil sebarang tindakan walaupun ia mampu dilakukan terhadap Fairrah Ashykin Kamaruddin dan penceramah bebas, Shahul Hamid dengan pantas.
Kiki ditahan dan dikenakan tindakan di mahkamah dalam tempoh terdekat apabila mengetuk dan merosakan kereta seorang lelaki yang merempuh keretanya di Pahang.
Shahul pula didakwa mengeluarkan kenyataan menghina agama hindu dalam ceramahnya di Pulau Pinang.
Sumber mStar Online


Read more...

JAMPI ASMARA TOK MOH BAWA KE KATIL

Kuala Lumpur: “Saya sangka diberikan air penawar, rupanya ia air jampi yang menyebabkan saya seolah-olah dipukau dan hanya mengikut segala kemahuannya hinggakan saya diperkosa tanpa disedari,” kata seorang wanita yang mendakwa diperkosa oleh seorang bomoh lebih empat kali sejak setahun lalu.
Menceritakan detik malang itu kepada wartawan Harian Metro, wanita yang mahu dikenali sebagai Jamilah berusia 48 tahun berkata, dia mengenali bomoh warga Indonesia itu daripada rakannya selepas didakwa boleh memulihkan sakit badan dan sakit akibat terkena buatan orang. 
Dia yang bekerja sebagai tukang cuci di ibu negara bersetuju berjumpa bomoh berusia 65 tahun itu di Gombak selepas disarankan rakannya berbuat demikian. 

“Pada mulanya saya mengadu kepadanya yang saya mengalami sakit badan dan dia memberikan saya air penawar selepas meminum air itu, saya berasa seolah-olah dipukau sebelum diperkosa lelaki berkenaan.
“Selepas kejadian itu, saya pulang ke rumah dan asyik teringatkan bomoh itu menyebabkan saya bergaduh dengan suami kerana tidak mahu melayan nafsunya, sebaliknya hanya mahu berjumpa dengan bomoh terbabit,” katanya.
Dia yang tinggal di Setapak berkata, sejak setahun lalu bomoh terbabit ada menghubunginya empat kali dan setiap kali berjumpa bomoh itu di rumah lelaki berkenaan, dia diperkosa tanpa disedari hinggalah dia mulai sedar dua minggu lalu apabila dipulihkan suaminya. 
Harian Metro


Read more...

Isnin, 4 Ogos 2014

Ahli Perniagaan Disamun, teman Wanita Dirogol

imej

BUTTERWORTH: Seorang ahli perniagaan diserang sekumpulan empat lelaki manakala rakan wanitanya diculik dan dirogol ketika sedang berehat di hentian Jambatan Pulau Pinang, Ahad.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang ACP Nasir Salleh berkata dalam kejadian 3.30 pagi itu, lelaki yang berumur 46 tahun itu bersama seorang kawan wanita warga asing yang berumur 22 tahun, sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di Seberang Perai, diserang kumpulan berkenaan ketika berehat di hentian jambatan itu.

Katanya, suspek yang pada mulanya ingin menanya jalan menyerang mangsa lelaki sebelum menyamun dan menculik kawan wanita bersama-sama kereta Hyundai Elantra milik mangsa.

"Suspek membawa kereta mangsa ke kawasan terpencil di Sungai Dua yang mangsa mendakwa dirogol tiga suspek tersebut," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini Ahad.

Tambahnya, suspek juga melarikan dompet, telefon bimbit, wang tunai lebih kurang RM1,000 dan peralatan berharga milik mangsa.

Nasir berkata selepas beberapa jam, mangsa wanita itu ditinggalkan suspek di sebuah stesen minyak di Sungai Dua sebelum kereta yang dilarikan dijumpai di kawasan Sungai Puyu, Butterworth.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk mendapat pemeriksaan perubatan sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Mak Mandin sini.

Nasir berkata siasatan awal polis mendapati keempat-empat suspek berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun.

"Kami sedang menjalankan siasatan dan menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

Sumber

Read more...

Ahad, 3 Ogos 2014

Impian Bercuti Musnah, CCTV Di Bilik Mandi


KUALA LUMPUR: Rancangan lima sekeluarga untuk bercuti akhirnya terbantut gara-gara menjumpai kamera tersembunyi di bilik air tempat penginapan mereka.

Keluarga tersebut bercuti pendek ke Ipoh sempena cuti Hari Raya dan menyewa sebuah homestay di sana.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, salah seorang ahli keluarga memberitahu, mereka bergilir-gilir untuk mandi.

"Dia adalah orang yang terakhir mandi. Ketika hendak menanggalkan pakaian, pandangannya tertarik kepada satu lubang di atas siling," kata Lim. 

"Dia dengan cepat kembali memakai pakaiannya dan mendapatkan kerusi untuk memeriksa lubang tersebut," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Lim berkata, lelaki berusia 31 tahun itu menyedari bahawa ia adalah satu kamera CCTV (kamera litar tertutup). Dia terus menelefon polis, dan apabila mereka sampai pengurus homestay itu diarahkan agar tidak mengunci semua bilik, jelas Lim.

"Mereka menemui sebuah bilik kecil dengan sebuah komputer di dalamnya, yang merakam rakaman dari kamera".

Lim berkata, rakaman dalam komputer itu terkandung video teman wanita lelaki tersebut yang sedang mandi.

Pengurus mendakwa bahawa kamera diletakkan di bilik mandi untuk memeriksa kecurian. 

"Apabila lelaki itu membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam, dia berkata pegawai penyiasat tidak mengambil kenyataan, sebaliknya meminta lelaki tersebut menyelesaikan kes ini dengan pemilik homestay. 

"Kes ini diklasifikasikan sebagai kes sivil oleh pegawai penyiasat itu," kata Lim. 

Selepas tidak mendapat apa-apa maklum balas dari pihak berkuasa, salah seorang ghali keluarga itu mendapatkan pertolongan Lim.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata beliau mengambil perhatian kes ini sudah melihatnya.

mStar Online

Read more...

Wanita warganegara China dilarikan dan dirogol bergilir-gilir

PULAU PINANG: Seorang wanita warganegara China berusia 20 tahun dilarikan sekumpulan lelaki ketika berhenti di kawasan rehat jambatan Pulau Pinang awal pagi ini, sebelum dirogol bergilir-gilir di sebuah kawasan gelap di Butterworth.

Di dalam kejadian yang berlaku pada pukul 3.30 pagi itu, wanita terbabit dirogol bergilir-gilir oleh tiga daripada suspek.

Lagi kes ROGOL !

Difahamkan sebelum kejadian mangsa menaiki kereta yang dipandu oleh rakan lelakinya yang berusia 49 tahun dalam perjalanan menghala ke arah Butterworth selepas mereka pulang dari berhibur di sebuah pusat hiburan di George Town.

Rakan lelaki mangsa berhenti di kawasan  rehat berkenaan kerana mahu membuang air sementara mangsa menunggu di dalam kereta.

Bagaimanapun, ketika berada di dalam kereta, mangsa di hampiri empat lelaki yang berpura-pura bertanya arah jalan sebelum menumbuk lelaki berkenaan.

Suspek kemudian melarikan kereta terbabit bersama wanita berkenaan sebelum dibawa ke sebuah kawasan gelap sebelum dirogol.

Wanita berkenaan kemudian di bawa menggunakan motosikal milik suspek sebelum ditinggalkan di sebuah stesen minyak di Sungai Dua.

Mangsa kemudian mendapatkan bantuan orang ramai untuk dihantar ke balai polis bagi membuat laporan berhubung kejadian.

Kedua-dua mangsa turut mengalami kerugian sebanyak RM1,000 dalam bentuk wang tunai selain telefon bimbit dirampas suspek.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Nasir  Saleh yang mengesahkan kejadian tersebut, berkata pihak polis kini sedang melakukan siasatan bagi mengesan keempat-empat suspek berkenaan.

Sumber aStro Awani

Read more...

PONDAN ROGOL WANITA HAMIL

imej

Seorang lelaki yang berpakaian perempuan ditahan kerana disyaki merogol dua wanita termasuk yang hamil ketika kejadian di rumah mereka dalam serangan yang berlaku dengan jarak 11 tahun.

Dalam kedua-dua kes, lelaki terbabit buruh binaan bernama Wang, 50-an, berpakaian seperti wanita sebelum mengikat mangsa dan memperkosa mereka. 
Ketika ditahan Mei lalu, polis menemui pakaian wanita termasuk pakaian dalam serta rambut palsu di rumah Wang. 

Wang yang mengakui gemar berpakaian seperti wanita berkata dia membeli pakaian berkenaan manakala ada yang dicuri dari ampaian.

Malah dia memberitahu pasukan penyiasat dia lebih mudah mendapat mangsa kerana wanita mudah percaya kepada wanita lain.

Wang ditahan kerana disyaki merogol seorang wanita hamil April lalu di Daerah Songjiang namun ketika siasatan dijalankan dia berjaya dikaitkan dengan satu lagi kes serupa di Daerah Baoshan pada 2003. 

Dalam kejadian di Songjiang, Wang yang memakai rambut palsu hitam, topi dan kot wanita memasuki rumah mangsa selepas wanita itu membiarkan pintunya terbuka ketika mengambil segelas air. 

Wanita itu merayu tidak diapa-apakan kerana mengandung empat bulan, namun diikat, ditutup matanya sebelum dipukul dan dirogol. 

Wang turut merompak wang serta telefon bimbit mangsa sebelum ditahan di sebuah lokasi pembinaan di bandar Dongjing. 

Sementara itu, dalam kejadian pada 2003 pula Wang dipercayai mengekori seorang wanita ke rumahnya sambil memakai pakaian perempuan. 

Dia kemudian menyerang wanita terbabit dan mengambil wang serta beberapa gambar selepas merogolnya. 


- Agensi


Read more...

Jumaat, 1 Ogos 2014

Polis nafi berita potong tangan pelajar tahfiz


SHAH ALAM – Polis Selangor menafikan penyebaran berita yang mendakwa enam pelajar tahfiz dipotong tangan di kawasan Pandamaran Klang.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Datuk Abdul Rahim Jaafar menyifatkan penyebaran itu sebagai cubaan menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Penyebaran maklumat melalui medium media-media sosial yang mendakwa bahawa terdapat satu kejadian di mana orang India telah memotong tangan enam orang Melayu (tabligh) yang berumur lima tahun hingga belasan tahun yang mana mereka dikatakan pulang daripada tahfiz di kawasan Pandamaran Klang adalah tidak benar dan palsu semata-mata

“Ia dilihat cuba menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat. Walau bagaimanapun satu laporan polis telah dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadap penyebaran maklumat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook Polis Selangor, hari ini.

Sumber

Read more...

Khamis, 31 Julai 2014

DIBELASAH DAN DIBOGEL DEPAN ORANG RAMAI

imej
Seorang perempuan diserang, dibelasah dan dibogelkan beberapa gadis lain di khalayak umum selepas dia disyaki menjadi perempuan simpanan.
Dalam kejadian terbaru menunjukkan orang awam lebih gemar mencari keadilan sendiri itu, anggota polis didakwa tidak mengendahkan kejadian berkenaan.
Media semalam melaporkan, pergaduhan itu berlaku di depan sebuah kedai menjual barangan elektronik di bandar ini.
Tidak dinyatakan apa yang menyebabkan serangan ganas berkenaan berlaku namun saksi berkata, mereka mengesyaki ia ada kaitan dengan hubungan sulit mangsa dengan lelaki lain.

Selepas dibelasah, pakaian mangsa dikoyakkan dan dibiar dalam keadaan separuh bogel.
Saksi berkata, jeritan mangsa meminta perbuatan itu dihentikan tidak dipeduli penyerang.

- Agensi

Read more...

Rabu, 23 Julai 2014

GAMBAR SUSPEK ROGOL BERAMAI RAMAI DIDEDAH


KOTA BHARU - Selepas identiti lima individu berusia antara 18 dan 25 tahun disiarkan, polis kini mendedahkan pula gambar individu sama yang dicari bagi membantu siasatan kes rogol beramai-ramai dalam kejadian di rumah kosong di Ketereh, 20 Mei lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, kelima-lima yang dikenal pasti identiti mereka itu kesemuanya tinggal di kawasan sama berlakunya kejadian rogol beramai-ramai tersebut.

“Mereka yang dicari ialah, pertama: Mohd Fadhil Manaf atau Fadhil berusia 25 tahun dan beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh; kedua: Che Muhammad Farhan Isyrif Che Mat atau Yusri berusia 18 tahun dan tinggal di Taman Binjai Manis, Ketereh serta Muhammaddun Hassan atau Mado berusia 20 tahun juga beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh.

“Sementara yang ketiga: Mohamad Faiz Azahan, 22, dari Jalan Serendah Taman Binjai Manis, Ketereh dan Muhammad Safwan Ab Rajab atau Safwan, 25, yang tinggal di Taman Sri Wangi Hutan Pasir Ketereh dan yang belum dikenal pasti seorang lagi yang dipanggil Udin,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini 15 tangkapan sudah dibuat dan lima daripada mereka telah mendapat persetujuan Ketua Unit Pendakwaan untuk dituduh di mahkamah.

“Kami masih belum memberhentikan usaha mengesan lebihan suspek-suspek yang belum ditahan dan usaha menjejaki mereka masih giat dijalankan,” katanya.


Pada 11 Jun 2014, empat termasuk dua remaja bawah umur di hadapkan ke mahkamah sesyen dan majistret, di sini, atas tuduhan merogol dua remaja perempuan berusia 15 dan 17 tahun pada kejadian sama.

Pada 9 Julai 14, seorang remaja berusia 18 tahun menjadi individu kelima dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol mangsa sama yang berusia 17 tahun.

Akhbar sebelum ini melaporkan dua remaja perempuan berkenaan dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh.

Polis dalam satu kenyataan media selepas itu berkata hanya 21 suspek terbabit dalam kejadian berbanding 38 yang dilaporkan sebelumnya.


Sumber Sinar Harian


Read more...

Jumaat, 18 Julai 2014

SUAMI TUMBUK ISTERI KERANA TIDAK PAKAI STOKIN KETIKA SOLAT TERAWIH

imej
Ampang: Hanya kerana tidak memakai stoking ketika menunaikan solat Tarawih di masjid, seorang wanita mengandung ditumbuk serta dipukul suaminya hingga lembik.
Dalam kejadian jam 10 malam kelmarin, mangsa yang berusia 21 tahun dibelasah suaminya selepas berlaku pertengkaran di rumah didiami di Taman Melawati di sini. 
Sumber polis berkata, mangsa yang mengandung dua bulan dikatakan bertengkar dengan suami sebaik pulang ke rumah selepas selesai menunaikan solat Tarawih. 

“Mangsa pada mulanya meminta suaminya bertenang dan meminta maaf kerana terlupa memakai stoking, namun suspek tidak berpuas hati dan terus memaki hamun isterinya itu.
“Pertengkaran itu bertukar menjadi ganas apabila suspek yang gagal mengawal kemarahan bertindak menampar, menumbuk dan membelasah isterinya berulang kali,” katanya.
Sumber

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP