GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Lelaki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lelaki. Papar semua catatan

Rabu, 8 Januari 2014

Cari kekasih dengan cara yang unik


ABRAHAMS membawa sepanduk yang tertulis ayat yang menyatakan hasratnya untuk mencari wanita berambut perang untuk dijadikan kekasihnya di London baru-baru ini.- TWITTER

LONDON - Sejumlah pengguna Twitter telah merakamkan gambar seorang lelaki, Gerald Abrahams membawa sepanduk bagi mencari seorang wanita yang sudi untuk dijadikan kekasihnya di sini, lapor portal berita metro.co.uk kelmarin.
Abrahams yang berusia 39 tahun merayau-rayau di sekitar kota raya ini dengan membawa sepanduk yang tertera ayat yang menyatakan hasratnya untuk dijadikan kekasih.
Namun, dia hanya mahu mencari wanita yang berambut perang sahaja untuk dijadikan kekasihnya.
Abrahams pernah memberitahu stesen radio Absolute bahawa dia tidak menyukai laman mencari kekasih di internet.
"Saya berpendapat, saya perlu melakukan sesuatu yang lebih kreatif (untuk mencari kekasih)," katanya. 
- Agensi(kosmo!)

Read more...

Kes dekan kahwin 'lelaki' selesai

SRI WANI berbincang dengan peguamnya Amli ketika hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Kes pertikaian kesahihan jantina seorang pemilik butik kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah oleh bekas suaminya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini selesai semalam selepas bekas dekan itu bersetuju membayar kepada wanita itu kos mahkamah sebanyak RM12,000 secara ansuran bulanan.

Setahun lebih kes itu tertangguh, Dr. Bahrom Sanugi akhirnya akur untuk melunaskan kos guaman tersebut seperti mana diperintahkan oleh Hakim Syarie Mohd. Amran Mat Zain selepas menolak permohonan yang difailkan pada 17 Januari 2011.
Menurut peguam syarie, Datuk Amli Embong yang mewakili Sri Wani, buat permulaan Bahrom telah membayar sebanyak RM3,000 pada prosiding semalam.
Baki RM9,000 kos mahkamah yang perlu dibayar kepada Sri Wani akan dibayar setiap RM3,000 dalam tempoh tiga bulan lagi.
Persetujuan itu direkodkan di hadapan Mohd. Amran sementara peguam syarie Irsamuddin Ikhsan hadir bagi pihak Bahrom yang juga hadir di mahkamah.
Sri Wani mengakui lega dan bersyukur kerana semua telah selesai selain dia telah berbaik-baik semula dengan bekas suaminya itu.
"Masing-masing ada kehidupan dan perlu diteruskan," katanya.
Terdahulu Bahrom, 63, diperintah membayar kos guaman sebanyak RM12,000 selepas mahkamah sama pada 30 Ogos 2012 membatalkan empat permohonan termasuk melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap Sri Wani, 39, bagi mengesahkan status jantina pemilik butik itu.
Sumber kosmo!

Read more...

Khamis, 2 Januari 2014

Maksiat disana sini dimalam tahun baru 2014

Sanggup ibu ini membawa anaknya bersama ke sebuah hotel untuk melakukan maksiat.

GEORGETOWN - Sanggup seorang ibu membawa dua anaknya yang masih kecil ‘menemaninya’ melakukan maksiat.

Ibu yang berstatus isteri orang itu dicekup Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) melalui Ops Ambang Maksiat 2014 di sebuah hotel apartmen di sini.

Melalui operasi yang bermula jam 2 pagi itu mendapati seorang lelaki dengan selamba berada di ruang tamu bilik hotel berkenaan sedangkan wanita berkenaan berada di dalam bilik tidur.

Lebih mengejutkan apabila penguatkuasa juga terjumpa dua kanak-kanak perempuan berusia tiga dan enam tahun di sebuah lagi bilik tidur.

Dalam nada selamba lelaki tersebut mengaku dia ditemani rakannya sedangkan selepas penguatkuasa membuat pemeriksaan wanita itu pula mengaku lelaki tersebut sebagai suaminya.

Jawapan yang berbeza itu akhirnya menyebabkan kegiatan maksiat mereka dapat dihidu JAINPP sehingga membuktikan kedua-dua mereka berstatus suami dan isteri orang lain.


Wanita sarat mengandung turut dicekup

Bukan itu saja, seorang wanita yang sarat mengandung lapan bulan turut dicekup bersama teman lelakinya di sebuah hotel.

Wanita yang ditangkap dalam keadaan menggeletar dalam sebuah bilik itu mengaku anak yang dikandungnya adalah hasil hubungan dengan teman lelakinya itu, namun sebaliknya lelaki tersebut tidak mengaku.

“Itu bukan anak saya, itu anak dia dengan orang lain,” kata lelaki tersebut.

Terpaksa masuk ikut tingkap

Sementara itu, di salah sebuah hotel di Tanjung Tokong di sini, lima penguatkuasa terpaksa berhempas pulas memasuki sebuah bilik melalui tingkap tandas.

Hampir 30 minit lamanya penguatkuasa mengetuk pintu dan memberikan amaran, namun kedua-dua pasangan yang berusia lingkungan 20an itu tetap tidak mahu membukanya.

Disebabkan itu, tingkap kecil setinggi lebih satu meter terpaksa dipanjat oleh salah seorang penguatkuasa dan kemudiannya membuka pintu bilik air.

“Kenapa tak mahu buka pintu? Sikap degil anda begini hanya membuatkan ramai orang susah,” tegur Ketua Unit Operasi dan Penguatkuasaan, Khairul Azman Azizan.
"Kami takut, saya rasa gementar," demikian jawapan lelaki tersebut.

Sementara itu, teman wanitanya duduk tersorok di tepi almari solek dan bertindak degil apabila cuba disiasat oleh penguatkuasa wanita.

Adik-beradik dicekup

Manakala, dua adik-beradik lelaki turut dicekup atas kesalahan berkhalwat dengan pasangan masing-masing di sebuah hotel murah di Tanjung Bungah, di sini.

Mereka menempah hotel yang sama namun kedua-duanya dicekup di tingkat yang berlainan.

Di hotel yang sama, seorang kakitangan awam turut ditahan bersama pasangannya.

Lelaki tersebut memberitahu dia hanya singgah di hotel berkenaan selepas selesai kerjanya untuk sambutan malam tahun baru di Padang Kota Lama.

39 individu ditahan

Khairul Azman berkata, Operasi Ambang Maksiat 2014 itu dijalankan di Daerah Timur Laut, Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Selatan (SPS).

Menurutnya, operasi yang bermula dari jam 2 hingga 7 pagi itu berjaya menahan 39 individu mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat.

Jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara, ataupun kedua-duanya sekali.

“Kali ini operasi yang dijalankan berbeza kerana kami hanya menumpukan Seksyen 27 berbanding dengan Seksyen 29 iaitu perbuatan tidak sopan, ini memandangkan faktor cuti dan juga sumber maklumat yang diterima.

“Kami menerima maklumat hotel di kawasan-kawasan panas telah penuh ditempah, dan kebanyakan mereka ini datang untuk menyambut tahun baru yang mana persembahan bunga api dinanti sejak jam 8 malam hingga 12 tengah malam'

"Jadi selepas waktu itu mereka sudah letih dan melihatkan situasi dan pengalaman kami mendapati mereka akan mendaftar masuk ke hotel.

“Jika sambutan ini diadakan pada hujung minggu kemungkinan yang melakukan Seksyen 29 lebih ramai kerana ramai yang akan menghabiskan masa di tepi pantai dan sebagainya,” katanya.

Operasi itu turut disertai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAINPP, Yusuff Ahmad dan 20 penguatkuasa.


Sumber sinar


Read more...

Jumaat, 20 Disember 2013

[Video] Orang Tua Gatal Hanyut menari Lucah diKonsert Dangdut

[ Video ]
WADUH-WADUH! Bukan main hebat pakcik berketayap dari seberang ini menari dengan penyanyi seksi yang berperut bak tayar Michelin.
Memang geli-geleman dibuatnya tatkala kedua-duanya beraksi seolah-olah sedang melakukan seks.
Pakcik itu turut dilihat meraba-meraba bahagian sulit wanita itu dengan duit kertas ditangannya.
Agak-agaklah pakcik…lupa ke tengah pakai kopiah tu?
Mungkin di sesetengah tempat di Indonesia, ketayap itu umpama topi biasa.
Tapi kalau di negara kita, memang dah kena label ‘buat tebiat’ dan harus diberi makan terajang!
Sumber MyNewsHub


Read more...

Sabtu, 14 Disember 2013

Masturbasi dalam Supermarket, Lelaki Ditahan

Eugenio Freitas (Foto: Huffington Post)

Staffordshire - Seorang lelaki bernama Eugenio Freitas ditahan setelah ketahuan melakukan masturbasi di dalam pasar raya. Freitas mengaku tidak boleh menahan dorongan seksualnya.

Freitas melakukan perbuatan tidak senonoh tersebut di sebuah pasar raya di Bandar Staffordshire, United Kingdom. Dia ditangkap oleh seorang pegawai perempuan.

"Anda mengaku mempunyai dorongan untuk bermasturbasi di hadapan public," ujar hakim di persidangan, seperti dipetik Huffington Post, Jumat (13/12/2013).

"Anda sepertinya tidak sedar akibat dari perbuatan yang anda lakukan," kata hakim.

Lelaki berusia 49 tahun itu menerima vonis penjara selama enam bulan yang digantung. Dia juga dilarang mendatangi pasar raya tanpa teman.

Sumber okezone.com


Read more...

Jumaat, 13 Disember 2013

Kes Skandal Adi Putra Dengan Isteri Orang Gugur

Adi Putra (dua dari kanan) bersama isterinya, Aida dan dua peguam-peguamnya.
KUALA LUMPUR: Pelakon Adi Putra berasa lega apabila bebas daripada sebarang dakwaan berhubung kes skandal dengan wanita berstatus isteri orang pada September lalu.
Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, berkata, pihak peguamnya memaklumkan keputusan siasatan rasmi polis sejak empat bulan lalu telah diklasifikasikan sebagai 'no further action' (NFA) atau tiada tindakan lanjut sekali gus membuktikan dia tidak bersalah.
"Pihak peguam saya telah menerima keputusan rasmi daripada pihak polis pada 2 Disember lalu berhubung keputusan hasil siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan kes ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan selanjutnya.
"Ini jelas bermaksud tiada apa-apa pertuduhan ke atas diri saya dan ia telah selesai," katanya pada sidang media khas yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini kira-kira pukul 8.30 malam Khamis.
Adi turut ditemani isterinya Aida atau Zuhaidah Yusof, 38, dan juga tiga orang peguamnya iaitu Mohd Daud Ismail, Zamri Idrus dan Muhammad Abd Kadir.
Adi Putra
Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim didakwa menjalinkan skandal dengan isteri orang dan aktor itu disiasat polis selepas suami wanita berkenaan iaitu seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.
Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan.
Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu suami wanita itu.
Bagaimanapun selepas tiga bulan kes berkenaan senyap, timbul pula gosip mendakwa kononnya Adi telah menggunakan pengaruh orang kenamaan bagi menutup kes tersebut.
Dalam perkembangan sama, Adi berkata, dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan kes tersebut dan menganggap ia telah selesai.
Bagaimanapun kata Adi, sekiranya ada pihak yang cuba mengaitkannya dengan niat menjatuhkan reputasinya sebagai selebriti dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah.
Adi Putra (kanan) tenang menjawab soalan wartawan sambil diperhatikan salah seorang peguamnya.
"Saya tidak teragak-agak sekiranya ada pihak yang menggunakan media cetak atau elektronik semata-mata untuk merosakkan kerjaya saya selepas ini," katanya.
Tambah Adi, dia bersyukur doa daripada ibu, isteri dan para peminatnya telah membuktikan dia tidak bersalah.
Sepanjang kes itu disiasat Adi sentiasa tenang walaupun namanya telah tercalar teruk akibat kejadian itu.
"Saya tenang sepanjang tempoh ini dan ia tidak menggagu saya sebenarnya kerana sokongan dan doa daripada orang-orang terdekat dengan saya.
"Kerjaya dan kehidupan peribadi juga tidak terganggu dan ia sebenarnya menguatkan diri saya," jelasnya.
Sementara itu, mengulas mengenai tindakan wanita yang dikaitkan dengan isu skandalnya itu yang akan membuat sidang media pada Jumaat, Adi berkata, dia tidak mempunyai sebarang hak untuk menghalang pihak berkenaan.
Namun kata Adi, dia mungkin akan mendapatkan perintah injunksi daripada mahkamah untuk menghalang pihak tersebut daripada terus memburukkannya.
"Ini adalah pengakhiran daripada saya dan sekiranya masih ada perkara berbangkit yang cuba memburukkan saya, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan," ujarnya.
Sumber mStar Online

Read more...

Ahad, 1 Disember 2013

Bintang 'Fast And The Furious' Paul Walker Maut Dalam Nahas Jalan Raya

Paul Walker
KHABAR duka daripada dunia perfileman Hollywood apabila bintang Fast And The Furious, Paul Walker disahkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Santa Clarica, California pada Sabtu.
Walker yang duduk dibahagian penumpang bersama rakannya yang memandu kereta Porshe Carrera GT gagal mengawal kenderaan tersebut sebelum melanggar sebuah tiang telefon di tepi jalan yang mengakibatkan kenderaan tersebut meletup
Menerusi akaun Twitter milik aktor berusia 40 tahun itu, Walker yang duduk dibahagian penumpang bersama rakannya yang memandu kereta Porshe Carrera GT gagal mengawal kenderaan tersebut sebelum melanggar sebuah tiang telefon di tepi jalan yang mengakibatkan kenderaan tersebut meletup.


Walker yang popular dengan watak Brian O'Connor dilaporkan berada di Santa Clarica untuk mengadiri sebuah pameran kereta yang dianjurkan untuk mengutip derma untuk mangsa Taufan Haiyan di Filipina yang dianjurkan oleh organisasi milik Walker iaitu Reach Out Worldwide.
Kematian aktor itu mengejutkan orang ramai lebih-lebih lagi pada Khamis lalu, sebuh trailer lakonannya dalam Fast And The Furious 7 memaparkan babak mendiang di majlis pengkebumian Hahn (lakonan Sung Kang) yang terbunuh dalam kereta yang terbakar.
Sumber

Read more...

Malang pekerja rajin

 Daniel White 
London: Seorang tukang kebun kurang upaya yang tidak pernah ponteng bakal kehilangan pekerjaan yang digemarinya itu selepas 27 tahun berkhidmat.
Media semalam melaporkan, Daniel White , 44, mula bertugas di bandar kelahirannya, Collett Park di Shepton Mallet, Somerset, sejak berusia 17 tahun.
Namun, dia bakal kehilangan pekerjaan itu dalam tempoh 11 minggu lagi akibat masalah lambakan pekerja selepas firma baru mengambil alih kontrak di taman tempat dia bekerja.

Saudara-mara White kemudian melancarkan petisyen di Internet untuk menyelamatkan pekerjaan lelaki terbabit dan mendapat sambutan menggalakkan.
Setakat ini lebih 6,000 penduduk di Britain, Amerika Syarikat, Australia dan Itali menandatangani petisyen berkenaan.
Ibu White, Rachel Williams semalam tindakan majikan anaknya sungguh kejam. 

Kata Rachel, hanya pekerjaan itu yang mampu dilakukan dan digemari White. 

“Dia melakukan semua kerja memotong rumput, merapikan kawasan taman permainan dan mengutip sampah.

“Kelmarin, dia berkata kepada saya: Ibu, saya tidak fikir saya mampu menghadapi situasi ini. 

“Kata-katanya melukakan hati saya,” katanya.

White asalnya diambil bekerja oleh Majlis Perbandaran Shepton Mallet untuk merapikan Collett Park. 

Dia masih dibenarkan terus bekerja apabila sebuah firma swasta mengambil alih kontak berkenaan pada 2002. 

Bagaimanapun, November tahun lalu, Landscape Group memenangi kontrak pembersihan di situ. 

Kini kakitangan taman akan menjadi sebahagian pasukan yang bertugas di kawasan lebih luas.

White yang tidak boleh memandu berkata, tidak selamat untuknya diambil bekerja di tempat lain.

Dia dipercayai satu-satunya pekerja yang akan dipecat. 

Marylou Gillingham dari Australia yang menandatangani petisyen itu berkata, tindakan memecat White yang tidak pernah lewat datang bekerja selama 27 tahun sangat menjengkelkan.

Sementara itu, Landscape Group berkata, pihaknya sudah cuba mencari tempat yang selamat selama setahun untuk White bekerja tetapi tidak menemuinya.
- Agensi(myMetro)

Read more...

Sabtu, 30 November 2013

Hebat ! Doktor Lumpuh bedah pesakit

KINI Dr Rummel boleh membedah bahagian paling digemari iaitu bahu pesakit.
Doktor yang lumpuh dari pinggang ke bawah masih mampu melakukan pembedahan secara berdiri menggunakan kerusi roda khas.
Seorang pakar bedah ortopedik di Missouri yang tiba-tiba lumpuh dari paras pinggang ke bawah pada 2010 membuktikan semangat kentalnya apabila kembali bertugas di bilik pembedahan.
Dr Ted Rummel dari O'Fallon, Missouri, hilang keupayaan berdiri atau berjalan apabila ketumbuhan berisi darah di tulang belakangnya pecah, tiga tahun lalu.

Selepas melalui proses pemulihan intensif selama setahun, beliau berjaya mengatasi kekurangannya apabila kembali menjalankan pembedahan menggunakan kerusi roda khas yang membolehkannya berdiri.
Pakar bedah itu kini mampu melakukan semua jenis pembedahan seperti biasa dan memastikan dirinya kekal sihat dengan senaman harian selain sokongan keluarganya.
“Apa yang saya kecapi hari ini amat istimewa kerana masih mampu bergerak dan melakukan apa yang saya mahu. 

“Umpama saya dapat semula kehidupan sebelum sakit,” katanya.

Masalah kesihatannya bermula pada 2009 apabila beliau didiagnos mempunyai hemangioma kaverna, iaitu sejenis ketumbuhan yang berisi darah pada tulang belakangnya.
WALAUPUN berkerusi roda Dr Rummel tidak menjadikan kekurangan itu sebagai penghalang.

Doktor enggan melakukan pembedahan kerana bimbang menyebabkannya lumpuh.

Bagaimanapun, pada September 2010, ketumbuhan itu pecah menyebabkan pembedahan kecemasan terpaksa dilakukan dan Rummel lumpuh separuh badan.
Rummel berkata, beliau yang sebelum itu melakukan hampir 1,000 pembedahan setahun tiba-tiba mengalami perubahan gaya hidup drastik apabila berdepan kemungkinan tidak lagi mampu bekerja sepanjang hayatnya.
“Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya adalah kehidupan saya tidak akan sama lagi.

“Sebelum ini saya dikenali kerana hasil kerja di bilik pembedahan, namun selepas kejadian itu saya terpaksa mengubah persepsi mengenai diri saya sendiri,” katanya.

Bagaimanapun, beliau enggan mengalah dan berazam kembali bertugas di bilik pembedahan. 

Impiannya tercapai setahun kemudian apabila dibenarkan melakukan pembedahan sambil diperhatikan pakar bedah lain yang bersedia menghulurkan bantuan jika diperlukan.

“Jelas beliau masih mempunyai kebolehan tinggi untuk melakukan pembedahan,” kata Ann Abad dari Pusat Penjagaan Kesihatan Progress West yang menjadi tempat Rummel bekerja.

Pada awalnya Rummel melakukan pembedahan yang boleh dikendalikan secara duduk, iaitu pada tangan, siku, kaki, lutut dan buku lali pesakitnya.

Bagaimanapun, beliau masih terhalang daripada melakukan pembedahan paling digemarinya, iaitu membabitkan bahagian bahu kerana perlu dilakukan secara berdiri.
DR Rummel bersiap sedia melakukan pembedahan menggunakan kerusi roda khas yang membolehkannya berdiri.

Masalah itu berjaya diatasi apabila dia menggunakan kerusi roda khas yang membolehkannya berdiri sepanjang melakukan pembedahan.

“Saya mendapat kekuatan daripada keluarga saya dan orang disayangi. 

“Akibat kejadian itu, saya diberi peluang lebih mengenali mereka dan hubungan kami jauh lebih akrab. Pengalaman ini amat bermakna buat saya.

“Paling penting isteri saya Kathryn. Tak mungkin saya mampu melalui semua ini jika tidak kerana sokongannya,” katanya.

Rummel mengakui ada kalanya berdepan kesukaran, namun beliau memilih bersikap positif dan berazam melakukan kebaikan.

“Saya bernasib baik kerana walaupun perkara ini terjadi, saya mempunyai kerjaya, pendidikan, wang, keluarga dan rakan sekerja yang menyuntik semangat dan menyokong saya.

“Ramai orang berdepan keadaan seperti ini namun nasib mereka tidak sebaik saya.

“Berikutan itu, saya sentiasa memikirkan cara untuk membantu orang lain. Saya harap satu hari nanti impian itu menjadi kenyataan,” katanya.
Sumber

Read more...

Khamis, 28 November 2013

Kejam ! Campak kekasih sehingga mati

Lisa Harnum
SYDNEY - Hakim sebuah mahkamah di sini membuat keputusan bahawa seorang warga Australia didapati bersalah kerana mencampak teman wanitanya dari balkoni sebuah unit apartmen yang didiami pasangan tersebut dua tahun lalu.
Keputusan itu sekali gus menamatkan satu siri perbicaraan pembunuhan yang menarik perhatian masyarakat di Australia.
Warga Australia itu, Simon Gittany mencampakkan tunangnya, Lisa Harnum yang merupakan seorang bekas penari.
Gittany mencampak tunangnya itu dari tingkat 15 apartmen mereka selepas berlaku pertengkaran pada bulan Julai 2011 sejurus mengetahui Harnum merancang mahu meninggalkannya.
Warga Australia yang berusia 40 tahun itu hadir di mahkamah tersebut bersama teman wanita baharunya.
Ketika perbicaraan, dia tidak mengaku bersalah dan mendakwa Harnum tergelincir dan dia cuba untuk menyelamatkannya.
Namun, Hakim Lucy McCallum yang mendengar perbicaraan itu menyatakan, kekurangan cap jari Harnum pada pagar berkaca di balkoni apartmen itu menyebabkan kenyataan Gittany tidak boleh diterima.
Hakim akan menjatuhkan hukuman ke atas Gittany pada Februari depan.
Mahkamah Tinggi New South Wales turut mendengar keterangan bahawa telefon Harnum diintip Gittany secara rahsia.
Gittany turut memasang kamera pemantauan di luar dan di dalam apartmen tersebut.
Salah satu kamera itu menunjukkan lelaki itu mengheret Harnum ke dalam apartmen pada malam kematiannya. 
- AFP(kosmo!)

Read more...

Rabu, 27 November 2013

Kendall Jenner dilamar berlakon Filem porno

Kendall Jenner
BELUM reda tentang teka-teki hubungan cintanya bersama anggota One Direction, Harry Style, Kendall Jenner terus menjadi sasaran sensasi.
Walaupun tidak mengesahkan laporan tersebut, namun Kendall telah menerima ugutan bunuh daripada peminat Harry.
Malah, belum selesai isu tersebut, nampaknya, ada perkara lain yang akan membuat Kendall akan terus dijadikan bahan berita.
Kali ini, adik kepada Kim Kardashian itu dilamar oleh beberapa buah syarikat pembikin filem porno untuk terbabit sebagai bintang porno dalam filem terbitan mereka.
Hal itu terjadi atas alasan dia telah melepasi usia 18 tahun.
Menurut editor TMZ.com, Kendall dipercayai telah menerima tawaran daripada enam buah rumah produksi porno yang menawarkan harga cukup lumayan sebagai balasan kesudiannya.
Ini termasuklah pemilik laman web porno yang telah menawarkan sekitar RM4 juta untuk Kendall.
Penawaran tersebut sebenarnya bukanlah satu perkara asing buat keluarga Kardashian. Ini kerana sebelum ini, kakaknya, Kim menjadi sangat terkenal selepas video seksnya bersama bekas teman lelakinya, Ray J tersebar luas.
Sumber

Read more...

Jumaat, 22 November 2013

Warga emas terlampau,bikin projek sama Wanita Lembam

Penduduk berkenaan menunjukkan lokasi warga emas dan wanita OKU tersebut ditemui.

SEGAMAT - Seorang warga emas berusia 70 tahun ditemui dalam keadaan bogel bersama seorang wanita orang kurang upaya (OKU) lembam oleh penduduk kampung di sebuah belukar di daerah ini, petang kelmarin.

Penduduk tersebut memberitahu, dia dihubungi jirannya yang juga isteri warga emas berkenaan meminta tolong mencari suaminya di sekitar padang bola kampung berhampiran, kira-kira jam 2.15 petang.

Menurutnya, bimbang kejadian tidak diingini berlaku, dia segera ke lokasi dinyatakan dan melihat motosikal suami jirannya ada di sana.

“Saya berpatah balik untuk ke rumah jiran saya itu bagi memaklumkan hal berkenaan kepadanya, tetapi saya diminta pula mencari suaminya di dalam belukar di sebelah padang itu.

“Jiran saya bimbang kerana suaminya masuk ke kawasan itu bersama seorang wanita lembam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Jelasnya, sebagai langkah keselamatan, dia mengajak seorang rakan menemaninya ke belukar berkenaan.

Menurutnya, sebaik sampai di belukar itu, mereka nampak warga emas dan wanita lembam tersebut dalam keadaan tanpa seurat benang dan suami jirannya itu sempat membuang objek dipercayai kondom.

“Saya kemudian menyuruh mereka memakai baju dan membawa wanita lembam itu keluar dari belukar berkenaan,” katanya.

Penduduk berkenaan berkata, wanita lembam itu yang dalam ketakutan menjerit memarahi warga emas tersebut dan mendakwa dia sering mengajaknya melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

Tambahnya lagi, jirannya turut memberitahu pernah menangkap warga emas dan wanita lembam itu dalam stor rumah mereka dan menasihati suaminya supaya meninggalkan perbuatan terkutuk tersebut, namun tidak diendahkan sebaliknya dia dipukul lelaki itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan M Anuar Ismail, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan satu tangkapan telah dibuat, petang kelmarin.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam dan akan didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mangsa juga telah dibawa ke Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Sumber sinarharian


Read more...

Rabu, 20 November 2013

Gila ! Beri murid biskut salut air mani

Walaupun peguam bela Manny Medrano (kiri) berkata anak guamnya menyesal dan meminta maaf, lelaki 62 tahun tidak menunjukkan emosi dan merenung ke depan tidak menunjukkan sesalan
Los Angeles: Seorang bekas guru mengaku menutup mata dan memberi anak muridnya makan biskut disalut air maninya.
Mark Berndt, 62, mengaku bersalah terhadap 23 tuduhan yang dilakukan terhadap 30 anak muridnya di Sekolah Rendah Miramonte, Los Angeles. 
Dia mungkin dihukum penjara 25 tahun. 

Berndt dilapor menggelar tindakannya itu permainan merasa dan menawarkan biskut disalut air maninya kepada pelajar yang ditutup mata mereka.
Sebelum membuat pengakuan, ibu mangsa membuat kenyataan di mahkamah mendakwa hidup anak perempuan mereka kini musnah.
Menurut laporan, ada pelajar yang kini mengalami masalah pemakanan. 

Berndt akhirnya ditahan selepas juruteknik gambar kedai menjual ubat melihat gambar pelajar berusia lapan tahun ditutup mata. 

Polis kemudian menemui sudu plastik yang mengandungi air mani di kelas itu. 

Dia turut disyaki meletakkan lipas di muka pelajar yang ditutup mulutnya. 

Peguambela Manny Medrano memaklumkan kepada stesen televisyen KTLA 5, Berndt amat kesal dengan perbuatannya itu. 

Tertuduh mengajar di sekolah itu selama 30 tahun dan dipecat pada 2011 selepas dakwaan terhadapnya dibuat. Berndt ditahan pada Januari 2012.
 - Agensi

Read more...

Akhirnya Pemuda Gemuk ini dibenarkan naik Pesawat


CHAIS dihalang daripada menaiki pesawat dan kapal dengan alasan dia terlalu gemuk.

NEW YORK - Hasrat seorang pemuda ingin menaiki penerbangan untuk pulang ke Perancis akhirnya tercapai selepas beberapa kali terhalang.
Kevin Chais akhirnya mendapat tiket penerbangan menuju ke London selepas beberapa syarikat penerbangan mendakwa dia terlalu gemuk untuk menaiki pesawat.
Chenais dan keluarganya ingin pulang ke negara asalnya selepas berada di Amerika Syarikat (AS) sejak Mei tahun lalu untuk mendapatkan rawatan berkaitan masalah hormon tidak seimbang.
Sebelum ini, syarikat penerbangan British Airways menyatakan, lelaki berusia 22 tahun dengan berat badan 230 kilogram (kg) itu terlalu gemuk untuk terbang.
Mereka pada mulanya ini menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Chicago tetapi gagal untuk mendapatkan tiket penerbangan.
Keluarga itu kemudian menghabiskan masa selama seminggu tinggal di hotel sehingga mereka kehabisan wang sebelum membuat keputusan untuk menaiki kapal pelayaran Queen Mary sebagai pilihan alternatif pulang ke Perancis.
Namun menurut abangnya, pihak pengurusan Queen Mary juga tidak membenarkan Chenais menaiki kapal mereka kerana faktor keselamatan.
 - AFP(kosmo!)

Read more...

Selasa, 19 November 2013

Protes keganasan Seksual Lelaki dan Wanita pakai mini Skirt


BOGOTA: Berpuluh-puluh lelaki dan wanita memakai skirt mini kelmarin dalam satu bantahan menentang keganasan seksual di Colombia. 

Demonstrasi itu diadakan di luar sebuah restoran Bogota popular selepas pemiliknya, Andres Jaramillo, baru-baru ini berkata seorang daripada pelanggannya layak dirogol kerana berpakaian menjolok mata. 


“Dia muncul sambil memakai kot bersama skirt mini. Permainan apa yang dimainkannya? Kemudian dia berkata dirinya dirogol, untuk menebus dosanya!” kata Jaramillo kepada media tempatan. 

Wanita muda itu berkata, dia dirogol sebulan lalu di tempat letak kereta restoran berkenaan. 

“Apa yang menyakitkan saya ialah ramai wanita berfikir seperti itu,” kata Mar Candela ketika mengutuk ulasan Jaramillo. 

Di luar restoran, penunjuk perasaan menjerit: “Skirt mini bukan satu tawaran!” Apabila kami berkata tidak, ia adalah tidak!” 

Namun, wakil Bogota, Angela Robledo ditemui ketika bantahan, berkata ramai sependapat dengan Jaramillo. 


Polis berkata, 100 orang menyertai bantahan sementara penganjur yang menggunakan media sosial berkata 200 mengambil bahagian. 

Serangan seksual ke atas wanita adalah biasa di Colombia, menurut Majlis Tertinggi untuk Kesaksamaan Jantina. 

Menurut data terbaru majlis, dari 2010, ada 44 kes serangan seksual bagi setiap 100,000 penduduk. 


- AFP(BH)


Read more...

Ahad, 17 November 2013

[Video] Larian pelik yang cipta rekod

Ito menunjukkan sijil selepas mencipta rekod baru lari dengan tangan dan kaki di Tokyo

PELARI Jepun memecahkan rekod buku Guiness peribadi  bagi larian 100 meter menggunakan tangan dan kaki.

Kenichi Ito, 30, berjaya menamatkan larian dengan catatan 16.87 saat berbanding 17.47 saat tahun lalu.

Menurut Ito, dia belajar mengenai pergerakan itu melalui buku, video, lawatan ke zoo dan berlatih menggunakan keempat-empat anggota badan itu setiap hari sejak 10 tahun lalu.

"Diharap cara larian ini menjadi acara trek utama kelak," katanya dipetik USA Today

Sementara itu, wakil rekod buku Guiness, Carlos Martinez hadir bagi menyaksikan percubaan sekali gus mengumumkan rekod terbaru itu.

Sumber

Read more...

Alasan tidur terganggu Bapa Sanggup Jual bayi dengan harga RM1,382

IKLAN yang digunakan untuk menjual anak mereka.

Aparecida de Goiânia: Dengan mengguna alasan tidur terganggu kerana tangisan bayinya, seorang individu sanggup menawar untuk menjual anak kandungnya dengan harga kira-kira RM1,382.

Individu berkenaan mengiklankan tawaran itu menerusi satu laman web terkenal di negara itu. 
Sehubungan itu, polis melancarkan siasatan terhadap iklan terbabit yang disiarkan menerusi laman web OLX. 

Iklan itu menunjukkan gambar bayi yang baru berusia beberapa bulan di samping kata-kata berbunyi: “Kuat menangis hingga menyebabkan saya sukar tidur. Saya perlu bekerja untuk meneruskan kehidupan.”

Orang yang bertanggungjawab menyiarkan iklan itu tidak mendedahkan sama ada dia lelaki atau wanita, turut menyediakan nama dan nombor untuk dihubungi.
Berdasarkan nombor telefon itu, dia dipercayai menetap di bandar Aparecida de Goiânia di negeri Golas, tengah Brazil. 

Iklan itu aktif selama 12 jam sebelum OLX menarriknya dengan alasan melanggar terma dan syarat pengiklanan, membabitkan ‘kandungan yang tidak sesuai.’ 

Penyiasat dari Jabatan Perlindungan Kanak-Kanak polis Marcela Orçai, berkata, mereka berusaha untuk menjejaki orang yang bertanggungjawab mengiklankan tawaran itu. 

Polis berkata, rekod OLX menunjukkan jualan itu belum berlaku. 

Kanak-kanak itu diiklankan menerusi bahagian Kanak-Kanak. 

“Kami cuba mengesan pengiklanan berkenaan. 

“Kami percaya individu itu lelaki yang tinggal di kawasan Campos Eliseos. 

“Bagaimanapun, alamat yang tercatat dalam iklan berkenaan tidak wujud. Begitu juga dengan nombor telefon yang dicatatkan,” kata Orçai. 


Syarikat OLX adalah laman web iklan terbesar di dunia dengan menjalankan operasi di kira-kira 107 negara.

 - AFP(myMetro)



Read more...

Maduku Jantan Gay

Kuala Lumpur: Selama 20 tahun berkahwin, Rahmah, 53, dilimpahi pelbagai kemewahan. Rumah tangganya bahagia walaupun suaminya mualaf, dia taat pada perintah agama dan sangat menyayangi dua anak mereka.
Bagaimanapun, semuanya berubah secara mendadak sejak tiga tahun lalu apabila suaminya yang berusia 48 tahun dan berasal dari United Kingdom berkenalan dengan seorang lelaki berumur awal 30-an yang juga rakan sepejabat sebelum menjalin hubungan songsang.
“Sejak awal perkahwinan, saya diberi segala kemewahan, malah perumahan elit menjadi tempat tinggal saya, hanya keluarga kami menginap di situ, selebihnya golongan profesional warga asing. 
BUKTI gigitan cinta yang ditemui pada tubuh suami Rahmah.

“Anak belajar di sekolah persendirian dengan bayaran puluhan ribu sebulan. Namun, itu belum cukup untuk menjadikan rumah tangga saya kekal bahagia selepas kehadiran ‘madu’ yang melayani suami ketika dia di luar rumah,” katanya ketika ditemui semalam.
Rahmah berkata, perubahan mendadak suaminya, perunding pembinaan syarikat berpangkalan di luar negara, yang tidak mahu ‘duduk’ rumah dan sering menjadikan urusan kerja sebagai alasan untuk menghilangkan diri selama berminggu-minggu sejak tiga tahun lalu, menimbulkan tanda tanya.
Sumber myMetro

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP