GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Pelik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelik. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Oktober 2014

ELAUN UNTUK ANAK DARA AGAR JAUHI SEKS

GADIS Swaziland menyertai acara Reed Dance, bulan lalu.
Anak dara di Swaziland ditawarkan RM57 sebulan untuk menjauhi seks.
Bagaimanapun, pengkritik berkata, raja ranggi itu yang sudah mempunyai 15 isteri mahu memastikan isterinya yang akan datang bebas daripada wabak berkenaan. 
Setakat ini, belum ada cara ditetapkan mengenai bagaimana gadis muda negara itu akan diawasi bagi memastikan mereka tidak pernah melakukan seks. 

Anak dara Swaziland menjadi tajuk akhbar setahun sekali apabila puluhan ribu akan menari separuh bogel di depan raja pada acara Reed Dance.
Raja playboy negara itu, Mswati III, dilapor meluluskan skim faedah itu, kononnya dalam usaha menghalang wabak HIV merebak. 
Setiap tahun Mswati III, 46, akan memilih seorang anak dara untuk menjadi isteri barunya dalam kalangan mereka. 

Bulan lalu, dia memilih seorang gadis berusia 19 tahun menjadi isterinya yang ke-15. 

Program berkenaan yang didakwa dibiayai oleh Bank Dunia menawarkan pendapatan kepada gadis di negara yang dua pertiga penduduknya meraih pendapatan kurang RM3.20 sehari. 

Pekerja kesihatan, Thabsile Dlamini berkata, kerajaan membayar elaun kepada anak dara supaya mereka menggunakan wang itu untuk keperluan masing-masing dan menolak tawaran wang untuk mengadakan seks. 

Kadar HIV di Swaziland kekal 26 peratus ketika ini, antara yang paling tinggi di dunia. 
- Agensi

Read more...

Rabu, 8 Oktober 2014

Tapak kaki wanita hadap ke belakang

WANG menunjukkan kakinya yang menghadap ke belakang.
Seorang wanita yang dilahirkan dengan tangan dan kaki yang luar biasa mengejutkan doktor mengenai perkembangannya.
Walaupun dilahirkan dengan tangan dan kaki menghadap ke belakang, Wang Fang, berjaya menjalani kehidupan normal.
Doktor mulanya bimbang Wang tidak akan dapat berjalan dengan baik kerana keadaan kakinya itu.

Bagaimanapun, pelayan restoran yang kini berusia 30-an berkata, dia tidak melihat dirinya cacat.
“Saya boleh berlari lebih laju berbanding rakan saya dan mempunyai kerja tetap sebagai pelayan di restoran milik keluarga. Tiada alasan untuk menganggap saya cacat,” katanya.
Dia yang mempunyai anak dengan kaki yang normal berkata: “Saya boleh berjalan seperti orang lain. Saya sama seperti orang lain, kecuali terpaksa memakai kasut terbalik.

Wang bukan satu-satunya orang yang yang berjaya mengatasi kecacatan ganjil.

Sebelum ini, Claudio Vieira de Oliveira dari Brazil berjaya menjadi penceramah umum walaupun dilahirkan dengan kepalanya terbalik. 
- Agensi

Read more...

Isnin, 6 Oktober 2014

TIADA JODOH,AKHIRNYA WANITA INI KAHWINI DIRI SENDIRI

Grace Gelder

Seorang wanita yang bosan berpacaran dan hidup membujang, menjadi orang pertama berkahwin dengan dirinya sendiri.
Grace Gelder berkata, dia melamar dirinya di bangku sebuah taman dan akhirnya mengadakan majlis perkahwinan dengan dihadiri 50 tetamu.
Grace, yang bekerja sebagai jurugambar berkata, selepas enam tahun membujang, dia ‘menjalinkan hubungan dengan dirinya.’ 
Menurutnya, ia lebih mudah dan selesa daripada menjalinkan hubungan dengan orang lain.Terdorong dengan lagu oleh penyanyi Björk berjudul Isobel, yang senikatanya antara lain berbunyi ‘My name’s Isobel, married to myself’ (Nama saya Isobel, berkahwin dengan diri saya), Grace yang menetap di London berkata, lirik itu sesuai dengan dirinya dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengan dirinya sendiri.
Bermula dengan melamar dirinya di atas bangku di taman Bukit Parlimen, London November lalu, hingga majlis perkahwinan itu baru-baru ini, Grace berkata, kisah cintanya berjalan lancar.

GRACE membaling bunga kepada tetamunya selepas melangsungkan perkahwinan.

Seperti pengantin lain, dia membeli baju, cincin dan menyatakan ikrar taat setia kepada pasangannya. Grace akhirnya berkahwin di sebuah ladang di Devon, dengan kehadiran kakak dan rakannya.

Dia mengakhiri upacara perkahwinan itu dengan mengucup cermin.

Bercakap kepada wartawan mengenai perkahwinannya, Grace berkata, memang ada yang berkata dia gila.

“Tetapi saya tidak kisah kerana saya bahagia dengan pasangan saya yang juga diri saya,” katanya.

Dia dikahwinkan oleh rakannya, Tiu, yang sentiasa memberi sokongan kepadanya.

“Saya yakin Grace akan menjalani kehidupan lebih bahagia selepas ini,” kata Tiu.

Menurut Grace, sebulan sebelum majlis perkahwinannya, dia menghadapi masalah sehingga terpaksa diyakinkan bahawa apa yang dilakukannya itu tepat.

Meskipun undang-undang tidak mengiktiraf perkahwinan seumpama itu, Grace berkata, dia bangga kerana tidak lagi membujang.
- Agensi


Read more...

Anak tiri dan ibu tiri jadi suami isteri

Elisabeth (kiri) dan bekas anak tirinya, Holder.
Seorang bekas anak tiri dan ibu tiri akhirnya melangsungkan perkahwinan mereka selepas beberapa bulan terbabit dalam isu undang-undang dengan pihak berkuasa Perancis mengenai hak mereka untuk berkahwin.
Elisabeth Lorentz, 48, berkahwin dengan Eric Holder yang tiga tahun lebih muda daripadanya di daerah Alsace-Lorraine, timur laut Perancis. 
Wanita itu sebelum ini berkahwin dengan bapanya tetapi pasangan itu tidak ada hubungan darah. 

Undang-undang Perancis melarang perkahwinan antara anak tiri dengan ibu bapa tiri walaupun selepas ibu atau bapa tiri itu sudah bercerai.
Pasangan itu merayu hingga ke Istana Elysee. Mereka menerima sepucuk surat pada Mei lalu yang ditandatangani oleh Presiden Francois Hollande, mengesahkan perkahwinan seperti itu dilarang di negara berkenaan.
Bagaimanapun, mereka memperoleh hak untuk berkahwin daripada mahkamah tempatan Alsace-Lorraine. 

Pejabat pendakwa raya di Paris membantah keputusan itu tetapi tidak merayu. 
“Akhirnya kami berkahwin,” kata Elisabeth. 

Bekas suaminya yang juga bapa kepada pengantin lelaki antara 100 tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan itu. 

“Dia tidak pernah melarang kami berkahwin,” kata pengantin perempuan itu. 
- Agensi

Read more...

Jumaat, 3 Oktober 2014

WANITA RAYU PULANGKAN SELUAR DALAM YANG TELAH DICURI

Seorang wanita mendakwa tertekan hingga tidak nyenyak tidur selepas kehilangan seluar dalamnya, dipercayai dicuri oleh bekas kekasih teman lelakinya yang mengancam untuk menyihirnya.
Ruth Ndlovu kini hidup dalam ketakutan selepas kekasih teman lelakinya, Shipilakahle Dube dari bandar sama datang ke rumahnya dan mencuri seluar dalam itu.
Ruth kelmarin merayu majistret di mahkamah awam Bulawayo, Mrylene Mtshina, mengarah Shipilakahle mengembalikan seluar dalamnya.
“Saya sentiasa dalam ketakutan. Wanita berkenaan mengancam untuk menyihir saya dengan mengguna seluar dalam itu. “Dia mengambilnya ketika saya tidak ada di rumah. Dia menuduh saya merampas teman lelakinya,” kata Ruth.
Dalam rayuannya itu, Ruth turut merayu mahkamah mengeluarkan perintah melarang Shipilakahle daripada datang ke rumahnya lagi. 
- AFP(myMetro)

Read more...

Khamis, 2 Oktober 2014

PONDAN SUDAH PENAT MENJADI PEREMPUAN

Chelsea Attonley
Seorang pondan yang sebelum ini mendapat sokongan penyanyi Katie Price untuk melakukan pembedahan jantina bernilai £10,000 (RM53,000) kini memohon Tabung Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) membiayai satu lagi pembedahan untuk kembali menjadi lelaki.
Chelsea Attonley, 30, yang dilahirkan sebagai lelaki dan dinamakan Matthew mendakwa kehidupan sebagai perempuan ‘terlalu meletihkan’ dan mengharapkan pembedahan berjumlah £14,000 (RM74,000) itu dibiayai wang pembayar cukai melalui NHS. 
Dia yang menukar namanya pada 2008 selepas pembedahan membesarkan payudara memberitahu majalah Closer bahawa dia letih berpakaian dan berkelakuan seperti wanita, tambahan pula tidak pernah diterima sepenuhnya sebagai perempuan oleh orang sekeliling. 

Sehubungan itu, dia mahu melakukan pembedahan mengecilkan payudara selain mendapat alat sulit lelaki palsu.
“Memang sejak kecil saya mahu menjadi perempuan, namun hakikatnya saya tidak akan menjadi wanita sebenar tidak kiralah berapa banyak pembedahan dilakukan,” katanya.

“Malah saya turut mengalami kemurungan akibat pengambilan hormon. Lebih baik saya terima saja hakikat saya dilahirkan sebagai lelaki,” katanya. 

Chelsea yang mengalami krisis identiti sepanjang membesar memilih menjadi pondan dikenali sebagai Miss Malibu sebaik dewasa. 

Dia juga pernah mengalami kemurungan selepas usahanya melakukan pembedahan jantina ditolak doktor. 

Bagaimanapun, Chelsea yang kerap meniru gaya Katie dengan memakai kasut tumit tinggi serta rambut palsu sepertinya kemudian terserempak dengan idolanya itu di sebuah kelab malam pada 2007. 
Semangatnya kembali berkobar-kobar untuk melakukan pembedahan selepas Katie memberi galakan dan dia berjaya memujuk doktornya membuatnya. 

Malangnya, tujuh tahun selepas pembedahan itu, Chelsea mahu kembali menjadi lelaki tanpa mengeluarkan wangnya sendiri. 

Pertubuhan Pembayar Cukai (TPA) berkata NHS tidak patut melayan permintaan Chelsea itu. 

Pengarah penyelidikannya Alex Wild berkata: “NHS perlu menapis kes-kes yang memang memerlukan rawatan berbanding pembedahan yang dibuat sekadar untuk memenuhi kehendak kecantikan. 

“Cukuplah wang pembayar cukai dibazirkan,” katanya. 

Sementara itu, Chelsea tidak langsung menunjukkan rasa bersalah kerana mahu NHS membiayai pembedahannya untuk kembali menjadi Matthew.
 - Agensi(myMetro)

Read more...

Isnin, 29 September 2014

Curi Cincin Berlian RM500,000 Untuk Beli Ganja RM60


Seorang bekas pekerja syarikat perkhidmatan kargo udara di lapangan terbang di sini dituduh mencuri berlian bernilai hampir £100,000 (RM500,000) sebelum menukarkannya dengan ganja yang cuma bernilai £12 (RM60).

Walter Earl Morrison, 20, masih bertugas dengan syarikat UPS apabila dia didakwa mencuri satu bungkusan berisi berlian itu dan menyembunyikannya di dalam baju ketika mengendalikan satu kargo memasuki kapal terbang.

Laporan mahkamah menyatakan, Morrison percaya bungkusan itu berisi wang tunai sebaliknya apabila memeriksanya kemudian, dia terkejut mendapati ada sebentuk cincin di dalamnya.

Dia kemudian menukarkan cincin itu dengan ganja kerana ketagihan dadah.

Siasatan dalaman ekoran laporan kehilangan cincin itu mendorong pihak berkuasa menangkap Morrison dan mendakwanya di mahkamah, manakala UPS memecatnya serta-merta.

Jurucakap UPS berkata, cincin itu berjaya ditemui dan dipulangkan kepada pemiliknya.
Bercakap kepada media mengenai insiden itu, jurucakap berkenaan berkata, kejadian berlaku di Lapangan Terbang Sky Harbor.
mStar Online


Read more...

Ahad, 28 September 2014

18 PASANG COLI DIKATAKAN MILIK PUNTIANAK

Penduduk sebuah kampung di daerah Jawa Tengah ini gempar apabila 18 coli ditemui tersidai di jemuran belakang rumah seorang penduduk, kelmarin.
Sehubungan itu, ketua polis daerah berkenaan, Suginoto berkata, pihaknya akan menyiasat dan menjejaki pemilik pakaian dalam itu. 
“Kami sudah menerima laporan dan sudah mengambil coli itu untuk menjalankan siasatan. 

“Kami juga ingin tahu motif orang yang meletakkan coli itu di rumah berkenaan,” katanya.. seperti yang dipetik akhbar tempatan, Jateng Pos.
Polis mengambil coli berkenaan untuk memastikan tidak ada perkara buruk berlaku. Selain itu, beberapa kenyataan daripada penduduk juga diambil.
Penemuan coli itu menggemparkan penduduk kampung berkenaan kerana khabar angin mendakwa ia milik puntianak. 

Seorang penduduk, Eko, 22, yang mendiami sebelah rumah tempat coli itu ditemui berkata, sebelum ini, 17 coli bersaiz besar ditemui di tempat sama. 

“Ini kejadian kedua. Sebelum ini pernah berlaku. Dulu jumlahnya 17 dan saiznya juga besar. Penduduk membakar semuanya,” kata Eko. 

Menurutnya, coli itu berada di ampaian jirannya secara tiba-tiba. 

“Ada penduduk mendakwa melihat wanita tua, berkuku dan berambut panjang di kawasan itu,” katanya. 

Cerita penemuan coli itu tersebar begitu pantas, termasuk ke kampung berhampiran menyebabkan ramai yang datang ke rumah terbabit untuk melihat sendiri coli yang tergantung itu. 

Mulanya jumlah coli yang ditemui 18. Tetapi, ketika polis tiba, jumlah berkurangan kepada 17. 

“Mungkin ada yang datang untuk melihat mengambil satu coli itu,” kata Eko. - JPNN
Sumber


Read more...

Jumaat, 26 September 2014

2 BULAN PELURU TERTANAM DALAM JANTUNG

SHARMA menunjukkan sebutir peluru sepanjang satu milimeter yang berjaya dikeluarkan dari jatungnya oleh sepasukan doktor di Hospital Sal di Gujarat, India baru-baru ini.

Seorang lelaki dianggap sangat bernasib baik kerana masih mampu hidup walaupun sebutir peluru tertanam di jantungnya sejak dua bulan lalu, lapor akhbar MailOnline semalam.


Lelaki itu, Bharat Sharma terkena dua das tembakan yang dilepaskan individu tidak dikenali ketika berada di sebuah bank di sini pada 22 Julai lalu.
Mangsa yang berusia 32 tahun tersebut terkena satu das tembakan di bahagian pinggang manakala sebutir lagi peluru sepanjang satu milimeter menembusi jantungnya.
Dia kemudiannya dibawa ke Hospital Perubatan Kolej Awaharlal Nehru di Aligarh dan beberapa doktor berjaya mengeluarkan satu peluru dari pinggangnya.
Bagaimanapun, doktor bimbang untuk mengeluarkan peluru kedua yang tertanam di jantungnya kerana khuatir ia akan meragut nyawanya.
Selepas dua bulan, beberapa doktor di Hospital Sal, Gujarat menyahut cabaran untuk membedah jantung Sharma bagi mengeluarkan peluru itu baru-baru ini.
"Ia merupakan satu kes yang luar biasa kerana dia masih hidup walaupun sebutir peluru tertanam di jantungnya selama dua bulan," kata pakar bedah jantung, Dr.Anil Jain.
 - Agensi

Read more...

Khamis, 25 September 2014

PENANGAN PUTUS CINTA

MANGSA tidak sedarkan diri selepas dipercayai minum racun dirawat di Hospital Tampin.
Tampin: Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga ditemui tidak sedarkan diri di belakang sekolahnya dipercayai selepas meminum sejenis racun rumpai, semalam.
Difahamkan, dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa berusia 15 tahun dipercayai meminum racun rumpai di belakang sekolah berkenaan sebelum rebah. 
Menurut sumber, pelajar itu yang dipercayai baru putus cinta dikatakan gagal mengawal perasaan dan meminum racun yang dibawa ke sekolah secara diam-diam. 

“Selepas minum pagi di sebuah warung berdekatan, mangsa terus menuju ke belakang bangunan sekolah dan mengeluarkan botol racun daripada beg lalu meminumnya sebelum dia rebah dalam keadaan mulut berbuih.
“Pelajar itu bagaimanapun bernasib baik kerana ditemui rakan yang terus memaklumkan kepada pihak sekolah sebelum dia dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Sumber myMetro

Read more...

Rabu, 24 September 2014

Wanita berkahwin dengan Poster Robert Pattinson

Wanita AS Nikahi Poster Robert Pattinson (Foto:Oddity Central)

Lauren Adkins sangat mengidolakan atris Hollywood, Robert Pattinson. Wanita 25 tahun ini memutuskan untuk berkahwin dengan poster pelakon vampire kacak, Edward Cullen dalam filem Twilight itu. 

Lauren sangat taksub dengan R-Patz sapaan bekas kekasih, Kristen Stewart ini. Wanita asal Las Vegas, Amerika Syarikat (AS), ini rela membuat sebuah poster dari kardus setinggi 1.8 meter (m). 

"Ketika saya masih kecil, saya sering menonton filem Disney Snow White dan Tujuh kerdil serta Cinderella. Saat saya tumbuh dewasa, mulia menyukai filem-filem romantis, seperti Twilight, "ujar Lauren, seperti dikutip dari Oddity Central, Rabu (24/9/2014). 

"Meski saya hanya punya poster R-Patz dari karton, tapi itu tidak masalah bagi saya. Tiba-tiba saya mempunyai dorongan untuk menikahinya, "tambahnya. 

Lauren memutuskan untuk berkahwin di kapel Viva Las Vegas pada tahun lalu. Wanita bertubuh tambun ini menghabiskan wang sebanyak USD3.200 atau sekira Rp38 juta. Pernikahan unik ini dihadiri oleh 50 orang tetamu jemputan. 

"Saya berjalan menuju altar pada bulan Januari dengan mengenakan gaun pengantin berwarna putih seperti dalam impianku," kata Lauren. 

"Saya mengadakan resepsi di sebuah galeri seni dan menempah champagne serta kek lima tingkat. Saya juga menjemput 50 tetamu. Kami akan berbulan madu di Los Angeles dan saya ingin ke Hollywood bersama-sama," tambahnya.

Okezone.com


Read more...

Isnin, 22 September 2014

Ketagih makan kucing

DAGING kucing dimasak di sebuah restoran di Vietnam.
Seorang lelaki Vietnam di Jerman yang mengaku membunuh, memanggang dan memakan kucing jirannya hairan mengapa dia menjadi sasaran kemarahan pencinta haiwan.
“Apa salahnya makan kucing,” kata Tran Qui selepas dia ditahan kerana memanggang seekor kucing bernama Mungo milik seorang pesara tempatan.
Kini, pemilik kucing di Andernach di Rihneland terpaksa mengurung haiwan peliharaan masing-masing selepas Qui disyaki membunuh dan memakan 30 kucing yang hilang sejak beberapa bulan lalu.

Seorang jurucakap polis berkata: “Dia memasak haiwan itu di luar rumah. Mungkin sudah menjadi budaya Asia memakan daging kucing. Tetapi di Jerman, ia tidak boleh diterima.”
Seorang penduduk, Christina Sarwatka berkata, 30 kucing hilang baru-baru ini.
“Saya tidak akan biarkan kucing saya keluar lagi. Saya bimbang dia akan dimakan oleh lelaki itu,” katanya.

Qui, bapa lima anak, tinggal di bandar itu sejak dua tahun lalu dan berkata, dia merindui ‘masakan Vietnam.’ 

“Kerana itu saya masak daging kucing dan memakannya,” katanya.
- Agensi

Read more...

Sabtu, 20 September 2014

3 Gambar,Model Mengubah Dirinya Jadi Boneka Seks


Victoria Wild

CANNES - Seorang model telah menghabiskan wang sebanyak 30 ribu poundsterling untuk mengubah dirinya seperti anak patung seks. Victoria Wild, telah menjalani beberapa siri operasi plastik untuk mewujudkan obsesinya. 

Wanita 30 tahun itu telah menjalani tiga kali operasi payudara sehingga payudara berukuran 32 G dengan kos 25 ribu poundsterling atau sekira , kos operasi rhinoplasty sebesar 25p, implan bibir kekal serta botox sebesar 12p. 



Victoria Wild sebelum pembedahan

Victoria membiayai dana operasinya dengan upah sebagai model dan bantuan dari kekasihnya, Simon. "Siapa yang tidak ingin diperlakukan seperti boneka? Ini kelihatan seksi. Orang-orang melihat saya di jalan dan saya suka, "ujar Victoria, seperti dipetik dari Metro, Kamis (18/9/2014). 

Victoria mengatakan bahawa obsesinya menjadi boneka seks bermula ketika dia pergi ke Latvia saat remaja. Wanita asal Cannes, Perancis, merasa rendah diri kerana mempunyai payudara yang kecil dan orang-orang sering memanggilnya Barbie, kerana dia mempunyai pinggang yang ramping dan berambut perang. 




"Saya tidak tahu tentang operasi plastik pada saat itu, tapi saya selalu bermimpi tentang anak patung seksi dengan payudara besar dan bibir tebal," ungkapnya. 

Kekasihnya, Simon selalu menyokongnya untuk mengejar impiannya menjadi boneka. Sejak itu Liar melakukan siri operasi plastik untuk mengubahnya menjadi boneka seks yang seksi.

Sumber


Read more...

Jumaat, 19 September 2014

WANITA PUNYAI 3 PAYUDARA


Jasmine Tridevil. (Foto: Twitter)

SEORANG wanita bernama Jasmine Tridevil, mempunyai keadaan fizikal yang unik. Pasalnya wanita cantik ini mempunyai tiga buah payudara. 

Seperti diberitakan I Am Bored, Jumat (19/9/2014), Jasmine telah menghabiskan wang sebanyak USD20 ribu untuk melakukan operasi plastik penambahan payudaranya. 

Aksi unik wanita ini bertujuan untuk boleh tampil di acara reality show dan menarik perhatian ilusionis asal Amerika Syarikat (AS), Chris Angel. 

Tingkah Jasmine ini membuatnya menjadi perbincangan hangat di beberapa media online. Banyak orang yang mempersoalkan sebab doktor yang mengoperasinya mau melakukannya. 

Sementara itu, beberapa orang lain mempersoalkan kesahihan foto yang disebar ke internet. Mereka menganggap foto tersebut adalah hasil editan dan dia hanya mencari perhatian banyak orang.

Okezone.com

Read more...

DUNIA AKHIR ZAMAN,Masjid SONGSANG rasmi hari ini

RHEEL Raza 60, mengimamkan sembahyang Jumaat di pusat pendidikan Islam Oxford yang diketuai Hargey tidak lama dulu.
Seorang ahli akademik akan meneruskan rancangan merasmikan apa yang dipanggilnya ‘masjid terbuka’ hari ini.
Masjid berkenaan, menurut pengasasnya, Dr Taj Hargey, profesor di Pusat Pendidikan Islam Oxford di Britain, akan dibuka kepada semua orang termasuk yang bukan Islam dan gay.
Menurutnya, dia tetap meneruskan rancangan membuka masjid itu walaupun menerima ancaman daripada pelbagai pihak. Dalam kenyataannya kepada akhbar The Cape Times, Hargey berkata, sudah tiba masanya untuk melancarkan ‘revolusi agama’ sesuai dengan revolusi demokrasi di Afrika Selatan dan masjid itu akan dibuka kepada semua orang, termasuk gay untuk bersembahyang di situ.
Ceramah yang akan diadakan bersifat progresif, berilmu dan sama rata.
Wanita akan dibenarkan menjadi imam sementara golongan gay dan bukan Islam dialu-alukan datang.
“Ada yang ancam membunuh saya kerana masjid ini. Tetapi saya tak peduli,” katanya.
Masyarakat Islam Cape Town menyelar masjid itu dengan sebahagiannya menyifatkan Hargey sesat dan menyesatkan.
Majlis Islam Afrika Selatan (MJC) tidak mempunyai kuasa terhadap masjid itu. Timbalan Presidennya, Riad Fataar memberitahu wartawan, pihaknya sudah memulakan siasatan terhadap masjid berkenaan. Riad juga memberitahu, dia menganggapnya tempat ibadah, bukan masjid.
“Apa juga yang bertentangan dengan Islam, akan mendapat kecaman daripada MJC,” kata Riad.
Sementara itu, Hargey berkata, masjid yang terletak di Wynberg itu, tempat dia dilahirkan, akan dirasmikan jam 1 petang hari ini. Azan akan dilakukan dalam bahasa Inggeris dan Arab sementara khutbah dalam bahasa Inggeris keseluruhannya. Wanita pula dipelawa solat sama saf dengan lelaki. Menurut Hargey, dia akan membaca khutbah sulung dan topiknya berkait dengan kewujudan bersama Kristian dan Islam. Dia menjangka 300 orang akan hadir pada majlis pembukaan itu.
Umat Islam Afrika Selatan bercadang berarak ke masjid berkenaan untuk mendesaknya ditutup sama sekali. 
- Agensi

Read more...

Rabu, 17 September 2014

MAYAT CUKUP TEMPOH PAJAKAN DIKELUARKAN DARI TANAH PERKUBURAN MASING MASING

SEORANG pekerja tanah perkuburan membawa mayat seorang wanita semasa proses pemindahan mayat.


BANDAR RAYA GUATEMALA - Sebilangan mayat dari sebuah tanah perkuburan swasta di Bandaraya Guatemala di sini telah dikeluarkan dari kubur masing-masing selepas tempoh pajakan yang ditetapkan ke atas tapak persemadian mayat-mayat itu tamat tempoh, lapor portal MailOnline semalam.
Kubur-kubur itu dipecahkan oleh pekerja tanah perkuburan dengan menggunakan penukul sebelum mayat-mayat itu yang telah reput dan sebilangan menjadi seperti mumia dibawa keluar dan dimasukkan ke dalam plastik serta dilabelkan.


Kebanyakan mayat-mayat yang 'diusir' itu terdiri daripada keluarga miskin yang tidak mampu menyediakan kubur untuk ahli keluarga mereka dan terpaksa menyewa tapak perkuburan buat sementara waktu.
Apabila tempoh pajakan tamat dan waris gagal membuat bayaran pajakan semula, mayat-mayat itu akan dibawa keluar untuk digantikan dengan mayat baharu.
"Suasana di perkuburan itu sangat menakutkan, namun ia tetap kelihatan menarik apabila melihat ada keluarga kepada si mati datang menuntut anggota keluarga mereka," kata Jorge Dan Lopez yang telah merakamkan gambar aktiviti menggali kubur-kubur itu.
Mayat-mayat yang tidak dituntut pula akan dikebumikan di tanah perkuburan lain secara beramai-ramai.

- Agensi

Read more...

Isnin, 15 September 2014

SELFIE DENGAN MAYAT

CELESTINO (kanan) bersama anak saudara si mati ber’selfie’ dengan mayat
Seorang penggali kubur yang merakam gambarnya dengan mumia lelaki yang mati 23 tahun lalu digantung kerja, semalam.
Dalam sekeping gambar, Celestino Reyna dilihat tersenyum di sisi mayat lelaki yang baru digalinya semula. Anak saudara si mati juga kelihatan di gambar itu.
Mayat berkenaan digali untuk ditanam semula dalam kubur yang sama dengan isterinya di sebuah tanah perkuburan di Guardamar del Segura.

Ketika anak saudara si mati menyaksikan penggali kubur itu membawa naik semula mayat berkenaan, mereka terkejut melihat mayat itu sudah menjadi mumia.
Selepas merakam gambar itu, anak saudara si mati yang namanya tidak disiarkan berkongsi gambar itu dengan rakan sekerjanya menerusi Whatsapp dan ia menjadi viral dalam sekelip mata.
Bagaimanapun, dia mendakwa tidak bermaksud untuk menyakitkan hati sesiapa.

“Saya tidak menyangka ia membawa padah. Saya juga tidak bertujuan untuk menghina bapa saudara saya,” katanya.

Sementara itu, penggali kubur berusia 55 tahun itu digantung tugas dan dipindahkan ke bahagian lain sementara pihak berkuasa tempatan menjalankan siasatan.

Seorang anggota majlis, Felipe Aldeguer, bagaimanapun berkata, Reyna tidak bersalah dalam hal itu.

“Dia hanya bertindak bodoh dengan mengikuti kehendak keluarga si mati,” katanya.
Mayat boleh menjadi mumia secara semula jadi apabila ia direndam dengan air berasid, bercampur dengan suhu sejuk dan kekurangan oksigen.
 - Agensi

Read more...

Sabtu, 13 September 2014

Persiapan untuk mati

SEORANG wanita mencuba keranda di Pesta Skukatsu di Tokyo baru-baru ini.
Bagi sesetengah orang, ditanam hidup-hidup adalah bayangan paling menakutkan.
Tetapi di Jepun, pengebumian sebelum mati kini semakin popular. 
‘Pesta Skukatsu’ atau pesta persiapan untuk mati yang diadakan setiap tahun mendapat sambutan hangat sehingga menarik 5,000 pengunjung dan lebih 50 syarikat pembuat keranda. 
SEORANG pekerja menutup penutup keranda dengan seorang wanita di dalamnya.

Festival itu menawarkan pendekatan peribadi bagi penyediaan upacara pengebumian.
Di samping itu, pengunjung boleh memilih pakaian pengebumian mereka serta gaya solekan, kemudian mencuba keranda yang mereka inginkan.

PENGUNJUNG boleh memilih gaya rambut sebelum mengambil gambar untuk digunakan pada majlis pengebumian.
Sebaik selesai membuat pilihan, pembeli boleh menandatangani persetujuan untuk membuat tempahan, walaupun tidak tahu bila mereka akan mati.

- Agensi(myMetro)


Read more...

Jumaat, 12 September 2014

Kerana melahirkan anak perempuan Wanita dikurung dalam tandas selama 3 tahun


WANITA yang dikurung suaminya dalam tandas menunjukkan tempt di mana dia dikurung. - AGENSI

Seorang wanita warga India berumur 25 tahun dikurung dalam tandas selama tiga tahun dan dihalang bertemu anaknya, semata-mata kerana dia melahirkan seorang anak perempuan.

Portal berita International Business Times melaporkan wanita yang namanya tidak didedahkan itu ditemui berpakaian koyak dan berkuku panjang, selain tidak boleh membuka matanya akibat silauan matahari.

International Business Times melaporkan wanita tersebut diselamatkan selepas polis memecah masuk tandas yang diubah suai itu di Darbhanga, timur Patna selepas bapanya membuat laporan polis.

Wanita itu didera sejak berkahwin pada 2010 selepas didakwa gagal membawa wang dan barangan hantaran yang mencukupi.

Apabila dia melahirkan anak, wanita itu telah dikurung oleh suaminya, Prabhat Kumar Singh.

Ketua Polis Darbhanga, Seema Kumari berkata, wanita itu tidak boleh membuka matanya akibat silauan matahari kerana dia dikurung dalam bilik yang sempit dan gelap selama tempoh yang lama.

"Mangsa juga tidak dibenarkan berjumpa dengan ibu bapa apabila mereka datang melawatnya," katanya.

Prabhat dan ibu bapanya, Dhirendra Singh dan Indra Devi kini ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung kes itu.

Sumber Utusan


Read more...

Khamis, 11 September 2014

Pencuri Bingai,tertidur atas katil di rumah mangsa

DAVIS lena di atas katil di rumah mangsanya.
Seorang pencuri ditangkap selepas polis menemuinya tertidur di atas katil di rumah mangsa.
Polis sempat merakam gambar dia terlena sebelum mengejutkannya.
Dion Davis, 29, ditemui tertidur di atas katil di sebuah rumah di Sarasota County oleh seorang pembantu rumah yang kemudian menelefon polis.

Di sebelahnya ialah beg plastik berisi barang kemas milik tuan rumah yang diambilnya sebelum dia tertidur.
Apabila polis tiba, mereka merakam gambar Davis dengan menggunakan telefon bimbit masing-masing.

Davis kelihatan benar-benar lena sehinggakan tindakan polis itu gagal menyedarkannya.

Davis yang menyifatkan dirinya sebagai ‘Juruteknik Kelengkapan Keselamatan’ dalam Facebooknya ditahan dan dituduh merompak.

Pembantu rumah itu memberitahu polis, dia tiba untuk membersihkan rumah berkenaan dan mendapati tingkap dapur terbuka serta Davis lena di atas katil.

Polis berkata, pencuri berkenaan sebelum itu menyelongkar laci dan almari di seluruh rumah berkenaan untuk mencari barang berharga.
- Agensi(myMetro)

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP