GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan

Isnin, 20 Januari 2014

Isu Pukul Anak Di Sweden Diperbesarkan - Sumber

Azizul dan Shalwati sudah ditahan di Sweden selama sebulan.
PETALING JAYA: Sumber rapat pasangan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa di Sweden kerana didakwa memukul anak mereka berkata, kes berkenaan hanya diperbesarkan.
Menurut anak perempuan sulung pasangan itu Aisyah , 14, adiknya hanya dipukul dengan perlahan di bahagian lengan dan bukan diberi pukulan yang kuat.
"Bila ada apa-apa, dia akan marah dan berleter daripada memukul," kata sumber itu kepada The Star.
Pada 18 Disember lalu, Azizul Raheem Awalludin, seorang pegawai Tourism Malaysia di Stockholm dan Shalwati Norshal, guru yang bercuti tanpa gaji ditahan kerana mendisiplinkan anak mereka.
Pasangan itu ditahan untuk membantu siasatan kerana didakwa memukul tangan seorang daripada anak mereka yang tidak bersolat.
Berikutan itu, keempat-empat beradik berusia 7, 11, 12, dan 14 tahun kini ditempatkan bersama keluarga angkat bukan beragama Islam yang disediakan pihak khidmat sosial Sweden sejak ibu bapa mereka ditahan.
Tambah sumber itu lagi, keempat-empat adik-beradik itu mempunyai personaliti yang baik.
"Saya gembira mereka berada disekitar rumah saya apabila mereka kembali untuk bercuti. Kes ini telah diperbesarkan, " katanya.
Selain itu beliau menyifatkan Azizul dan Shalwati sebagai 'pasangan yang sangat penyayang'.
"Sebagai sebuah keluarga, mereka suka berjenaka dan berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain . Shalwati bukan orang yang kasar. Sebagai seorang guru, dia adalah tegas namun tetap penyayang.
"Saya berasa aneh apabila Azizul ditahan walaupun dia tidak ada ketika kejadian itu berlaku. Dia ada di pejabat, tetapi mengapa turut dipenjarakan?" soalnya.
Sumber mStar Online

Read more...

Rumah tangga Presiden Obama retak ?

Washington: Rumah tangga Presiden AS, Barack Obama didakwa bergolak beberapa kali gara-gara dia disyaki menjalin hubungan dengan wanita lain.
Malah, beberapa pihak percaya Obama akan bercerai dengan isterinya, Michelle.
Sumber berkata, Michelle mengesyaki Obama mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.
Bekas editor The New York Times, Edward Klein berkata, Obama dan Michelle kini di ambang perceraian. Kenyataan itu dibuat Klein melalui bukunya, The Amateur.
Khabar itu bukanlah berita baru kerana pada 2000 Michelle dilaporkan pernah menulis surat tuntutan cerai selepas Obama gagal memenangi kerusi senat Illinois di Chicago. Kata Klein, ketika itu Michelle muak dengan Obama yang tidak mengendahkan peringatannya agar tak bertanding menentang penyandang Bobby Rush.
“Ketika mereka berada di tahun ke lapan perkahwinan, Obama kelihatan tertekan kerana menghadapi banyak masalah dengan Michelle. “Pada satu ketika rakan terdekat Obama bimbang dia akan membunuh diri kerana berdepan kekalahan memalukan itu, selain berdepan hutang,” katanya. Bagaimanapun, kata Klein, Obama akhirnya berjaya melepas kegawatan rumah tangga itu dan hubungannya dengan Michelle kembali kukuh.
Foto
RUMAH tangga Obama - Michelle bergegar beberapa kali sebelum ini.
Kata Klein, hubungan pasangan suami isteri itu juga semakin dekat dengan anak mereka, Malia, 13, dan Sasha, 9. Namun, dugaan sekali lagi datang.
Klein berkata, Obama berdepan kemungkinan bercerai pada 2012 apabila Michelle - yang tidak mempercayai Obama - mencurigai wanita yang ada di sekeliling presiden itu. “Michelle sering menyemak aktiviti harian Obama kerana wanita itu dibayangi skandal presiden terdahulu, seperti John F Kennedy,” katanya. 
- Agensi(myMetro)

Read more...

Rabu, 15 Januari 2014

Tumbuk Timbalan Menteri Pendidikan, Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor,diberi Surat Tunjuk Sebab

P. Kamalanathan ketika dirawat selepas ditumbuk oleh Muhammad Rizuan pada Isnin lalu.
PETALING JAYA: Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor, Muhammad Rizuan Suhaimi diberikan surat tunjuk sebab oleh Ibu Pejabat Umno berikutan tindakanya menumbuk Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan.
Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, surat tunjuk sebab itu merupakan tindakan awal daripada pihak parti sebelum tindakan lanjut diambil.
Menurutnya, Umno memandang serius terhadap tindakan Muhamamad Rizuan selain kesal dengan insiden yang tidak sewajarnya berlaku.
"Sehubungan itu Ibu Pejabat Umno akan mengambil tindakan terhadap beliau (Muhammad Rizuan) dan telah mengajukan surat tunjuk sebab yang perlu dijawab sebelum tindakan lanjut diambil.
"Umno juga menolak tindakan kekerasan dalam apa-apa penyelesaian masalah sebagaimana yang telah dilakukan oleh pihak terbabit terhadap Kamalanathan," katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.
Beliau berkata, Umno tetap berpendirian teguh untuk menyelesaikan sebarang masalah melalui mesyuarat dan perbincangan tanpa melibatkan sebarang pertelingkahan atau kekasaran yang mengundang keadaan lebih buruk.
Sumber mStar Online

Read more...

Selasa, 14 Januari 2014

Timbalan Menteri Pendidikan ditumbuk cikgu

KAMALANATHAN yang cedera dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Kubu Bharu kelmarin.

RAWANG - Kira-kira 20 orang yang berada di pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Hulu Selangor di Bukit Beruntung dekat sini kelmarin tergamam menyaksikan P. Kamalanathan (gambar kecil) ditumbuk oleh seorang cikgu yang berang selepas mengesyaki Timbalan Menteri Pendidikan itu bersikap tidak wajar terhadap bapanya.
Kejadian pada pukul 2.30 petang itu dikatakan berlaku sebelum Kamalanathan yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC mengadakan mesyuarat bersama 20 anggota Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor.
Sebelum memulakan mesyuarat, Kamalanathan, 48, yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor bersalaman dengan semua yang hadir.
"Semasa bersalaman itu datang seorang lelaki yang dikenali berusia 30 tahun untuk berjabat tangan dengan Kamalanathan tetapi lelaki itu dikatakan menggenggam kuat tangan Kamalanathan," kata sumber itu.
DI ruang pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Hulu Selangor di Bukit Beruntung inilah Kamalanathan didakwa ditumbuk oleh seorang guru lelaki.

Kamalanathan yang merasakan ada sesuatu yang tidak kena bertanya mengenai tindakan lelaki itu sebelum cikgu itu bertanya Kamalanathan kenapa dia bersikap tidak wajar terhadap bapanya.

Serentak pertanyaan itu, lelaki yang mengajar di sebuah sekolah di Batang Kali dikatakan terus melepaskan satu tumbukan kuat ke leher Kamalanathan sebelum meninggalkan pusat khidmat itu.
Sumber itu memberitahu, siasatan polis mengesyaki suspek naik berang selepas beranggapan Kamalanathan bertindak mengusir bapanya yang juga bekas seorang guru besar yang datang berjumpa dengan mangsa semasa program pemeriksaan mata di pusat khidmat itu antara pukul 8 pagi hingga 2 petang pada hari sama.
"Semasa pertemuan itu, bapa suspek dikatakan memohon supaya menantunya (isteri suspek) yang bekerja sebagai guru Bahasa Inggeris di Batu Pahat, Johor ditukarkan ke Hulu Selangor.
"Bagaimanapun, Kamalanathan memberitahu, dia hanya boleh memberi surat sokongan dan tidak lebih daripada itu sambil menerangkan guru Bahasa Inggeris memang sukar untuk ditukarkan," kata sumber itu lagi.
KOSMO!


Read more...

Ahad, 12 Januari 2014

Ariel Sharon akhirnya MATI

Ariel Sharon
TEL AVIV - Bekas Perdana Menteri ke-11 Israel, Ariel Sharon yang turut dikenali sebagai 'Penyembelih Beirut' akhirnya menemui ajal di Pusat Perubatan Shena di Tel Hashomer semalam semasa berusia 85 tahun, lapan tahun selepas beliau berada dalam keadaan koma.
Anggota-anggota keluarganya berkumpul di pusat perubatan tersebut untuk berada bersamanya pada saat-saat akhir kematiannya.
Dua anak lelakinya, Omri dan Gilad kerap berada di sisinya sejak 1 Januari lalu selepas beberapa organ dalam tubuhnya tidak lagi berfungsi.
Mayat Sharon akan diletakkan di dalam bangunan Parlimen Israel sebelum ditanam di ladang miliknya di Negev di sebelah kubur isterinya, Lily yang meninggal dunia pada tahun 2000.
Beberapa organ penting Sharon termasuk ginjal dan paru-parunya gagal berfungsi sebelum beliau meninggal dunia.
Menurut akhbar Jerusalem Post, tekanan darah dan degupan jantungnya kembali normal pada Isnin lalu.
Namun, tekanan darah dan degupan jantungnya semakin lemah pada Khamis lalu.
Sharon diserang koma pada Januari 2006.
Sejak itu beliau hidup dengan menggunakan peralatan sokongan hayat.
Seorang jururawat yang pernah menjaganya di pusat perubatan itu, Marina Lifshitz memberitahu para pemberita, Sharon pernah menyentuh tangannya dan mengangkat keningnya.
Menurutnya, pada satu pagi, jururawat tersebut telah menunjukkan gambar isteri Sharon.
"Air matanya kemudian menitis. Sukar untuk melupakan detik itu.
"Malangnya, saya tidak mengetahuinya bila beliau menjadi Perdana Menteri.
Sharon yang pernah menjadi pegawai tinggi tentera Israel memainkan peranan penting dalam kemenangan regim Zionis di Sinai dalam Perang Enam Hari pada tahun 1967 dan Perang Yom Kippur pada tahun 1973.
Ekoran kemenangan itu, beliau diberi gelaran Arik, Raja Israel.
Pada tahun 1982, semasa memegang jawatan Menteri Pertahanan, beliau memantau Perang Lebanon yang melibatkan Israel.
Namun, beliau terpaksa meletakkan jawatan itu pada tahun 1983 selepas berlakunya kejadian pembunuhan melibatkan 800 dan 2,000 orang pelarian Palestin di kem Sabra serta Shatilla.
Penyingkiran itu berlaku selepas Suruhanjaya Siasatan Kahn mendapati, beliau terlibat secara langsung dalam serangan tersebut yang dilakukan kumpulan militan Kristian Phalangist di Lebanon.
Sharon menjadi Perdana Menteri Israel pada tahun 2001.
Dia bawah kepimpinannya, Israel mula membina tembok keselamatan di Tebing Barat.
Sharon menggunakan karier politiknya dan kedudukannya dalam Kabinet untuk membina puluhan penempatan haram di Tebing Barat dan Gaza walaupun terdapat bantahan dalam kalangan masyarakat antarabangsa.
Beliau mendesak peneroka haram Yahudi untuk menduduki tanah di Palestin sebelum perjanjian dicapai dengan para pemimpin Palestin.
Sementara itu, penduduk Palestin menyambut dengan gembira kematian Sharon.
Seorang pegawai kanan pergerakan Fatah di Palestin, Jibril Rajub berkata, Sharon merupakan seorang penjenayah yang tidak pernah dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
"Sharon merupakan seorang penjenayah dan bertanggungjawab ke atas pembunuhan bekas Presiden Palestin, Yasser Arafat," katanya.
Arafat meninggal dunia di sebuah hospital tentera di Paris pada 11 November 2004.
Terdapat dakwaan yang dibuat beberapa pegawai kanan Palestin bahawa Arafat mati kerana terkena bahan radioaktif.
Dalam pada itu, pergerakan Hamas yang menguasai Genting Gaza turut menyambut baik kematian Sharon dengan menggelarkannya sebagai penjenayah.
"Sharon merupakan seorang penjenayah dan beliau merupakan antara orang yang menyebabkan malapetaka berlaku ke atas penduduk Palestin," kata jurucakap pergerakan itu, Salah el-Bardaweel.
"Kami berdoa kepada Allah supaya Sharon dan semua pemimpin regim Zionis dihantar ke neraka kerana melakukan pembunuhan ke atas penduduk kami.
"Apabila penduduk Palestin mengingati Sharon, mereka akan mengingati kesakitan, darah, penyeksaan dan jenayah.
"Kami tidak akan berasa kesal dengan kematiannya," tambah Salah.
- Agensi


Read more...

Rabu, 1 Januari 2014

Gambar gambar menarik Himpunan TURUN sempena tahun baru 2014


 Himpunan ini dinamakan 'Himpunan Turun' yang merupakan inisiatif dari rakyat sendiri yang diketuai Kumpulan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) dan beberapa lagi NGO lain.















Sumber Gambar diatas harakahdaily



Sumber Gambar diatas BH


Read more...

Rabu, 18 Disember 2013

Diplomat Wanita diarah buka baju

Devyani Khobragade

India marah, kecam tindakan polis New York

New Delhi: Krisis diplomatik meletus di antara India dan Amerika Syarikat semalam selepas seorang diplomat wanita New Delhi ditahan dan diarah menanggalkan pakaian untuk pemeriksaan oleh polis New York.

Penasihat Keselamatan Kebangsaan India, Shivshankar Menon marah dengan layanan ke atas Timbalan Konsul Besar India di New York, Devyani Khobragade, 39, dan mengecam tindakan polis. 

Devyani ditahan dan digari selepas menghantar anak perempuannya ke sekolah dan dimasukkan dalam penjara bersama penjenayah, penagih dadah dan pelacur sebelum dibebaskan atas ikat jamin AS$250,000 (RM800,000) selepas mengaku tidak bersalah.

“Layanan ke atasnya adalah menjijikkan dan tidak bertamadun,” tegas Menon.
Devyani dituduh mengemukakan dokumen palsu mendapatkan visa pekerjaan bagi orang gajinya di Manhattan.

Ditahan dan digari

Pegawai India berkata, Devyani ditahan dan digari selepas menghantar anak perempuannya ke sekolah dan dimasukkan dalam penjara bersama penjenayah, penagih dadah dan pelacur sebelum dibebaskan atas ikat jamin AS$250,000 (RM800,000) selepas mengaku tidak bersalah.
Pegawai kanan India mendedahkan, Devyani juga melalui pemeriksaan selepas diarah menanggalkan pakaian, perkara utama yang dilaporkan di negaranya.

India dilaporkan bersedia bertindak balas ke atas diplomat Amerika di sini dengan memberi amaran keistimewaan mereka akan dikurangkan, selain menuntut maklumat mengenai gaji yang dibayar kepada orang gaji mereka, lapor agensi berita Press Trust of India (PTI).

Pekerja juga memindahkan hadangan trafik dekat kedutaan Amerika di New Delhi yang diletak sebagai langkah keselamatan.

PTI melaporkan, langkah itu diarahkan oleh kerajaan India yang berang dengan layanan kepada Devyani.

New Delhi juga menyokong pandangan Devyani yang berkata, jika beliau melakukan jenayah berat, mengapa beliau dibebaskan dua jam selepas ditahan.

Jabatan Negara Amerika pula mengisytiharkan pegawai konsular tidak mempunyai imuniti.

Cubaan alih perhatian

India, bagaimanapun melihat itu sebagai cubaan melarikan perhatian daripada isu sebenar iaitu penghinaan ke atas diplomat India di khalayak ramai.

Pendakwa menuduh Devyani yang mendakwa memberi gaji AS$4,500 (RM14,400) sebulan sebenarnya memberi gaji kurang daripada gaji minimum.

Devyani merancang menolak tuduhan dan mencabar penahanannya kerana beliau memiliki kekebalan diplomatik.

Tetapi, jika didapati bersalah atas kesalahan visa, Devyani boleh dihukum 10 tahun dan lima tahun lagi kerana membuat keterangan palsu.

 - AGENSI(BH)


Read more...

Ahad, 8 Disember 2013

Najib Umum Bantuan RM500 Kepada Setiap Keluarga Mangsa Banjir

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bantuan kewangan RM500 diberikan kepada setiap keluarga yang terlibat dengan musibah banjir.
"Sebagai tanda keprihatinan kerajaan, saya faham bila kena banjir sebab saya ahli Parlimen (Pekan) kawasan yang selalu kena banjir. Saya tahu susah payah, penderitaan mereka.
"Sebagai tanda kasih dan prihatin kerajaan maka saya nak umumkan pembayaran RM500 kepada setiap keluarga yang terlibat banjir," katanya dalam ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Sabtu.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, turut menyarankan semua bank di negara ini untuk membenarkan mangsa-mangsa banjir menangguhkan sementara bayaran balik pinjaman mereka.
"Saya mengalu-alukan cadangan malah langkah pertama dan dibuat oleh Malayan Banking supaya (bayaran balik) hutang bank bagi mangsa banjir ditangguhkan sementara.
"Saya sebagai Menteri Kewangan sarankan semua bank mengikut langkah menangguhkan bayaran balik untuk sementara waktu," katanya.
Presiden Umno itu melahirkan rasa simpati kepada rakyat Malaysia yang berdepan dengan masalah banjir khususnya di negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung.
"Timbalan perdana menteri dah turun melawat dan sebagai pengerusi jawatankuasa banjir negara telah mengeluarkan arahan yang tegas kepada semua jabatan, agensi kerajaan bantu mangsa banjir dengan bersungguh-sungguh,"katanya.
Banjir yang melanda Pahang, Terengganu, Johor dan Kelantan membabitkan puluhan ribu mangsa terpaksa dipindahkan.
Perdana Menteri juga telah bergegas ke Pahang untuk meninjau lebih dekat masalah rakyat susulan banjir, selepas merasmikan Perhimpunan Agung Umno di siniKhamis
.-BERNAMA

Read more...

Jumaat, 6 Disember 2013

Nelson Mandela meninggal dunia

Nelson Mandela

JOHANNESBURG - AFRIKA SELATAN. Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela meninggal dunia, di rumahnya di sini, semalam kerana jangkitan paru-paru yang dihidapinya.

Beliau meninggal dunia pada usia 95.


Puluhan orang awam berkumpul di hospital Pretoria bagi mengikuti perkembangan 
Mandela.


Read more...

Rabu, 4 Disember 2013

3 alasan Ustaz Kazim tolak tawaran MT UMNO

Ustaz Kazim

IPOH -  Selepas pelbagai spekulasi dan tohmahan yang diterima pendakwah, Mohammad Kazim Elias terhadap perlantikan beliau sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno sebelum ini, beliau hari ini tampil memberikan penjelasan.

Menurut Mohammad Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, beliau tetap dengan pendirian untuk menolak tawaran menjadi MT Umno disebabkan tiga perkara iaitu komitmen luar sebagai penceramah, mahu menjaga urusan pentadbiran Pusat Pendidikan Al-Barakah dan ingin menjaga nama baik Umno daripada terus difitnah.

Biarpun keputusan yang dibuat itu muktamad, Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah itu tetap terbuka untuk memberikan idea dan cadangan yang membina kepada perdana menteri terhadap agenda transformasi agama di dalam Umno.

Mohammad Kazim berkata dalam pertemuan selama sejam dengan Najib di bangunan Parlimen, perdana menteri memaklumkan tawaran untuk melantiknya sebagai anggota MT Umno dibuat selepas mendapatkan pandangan empat Mufti.

"Perdana menteri memberitahu pelantikan saya adalah untuk memberi nasihat kepada ahli-ahli Umno dan memperkasakan agenda umat Islam dari peringkat sekolah rendah hingga menengah.   

"Saya nampak perdana menteri sangat terbuka dalam hal agama dan meminta saya merangka satu sistem pendidikan terbaik bagi membentuk generasi muda menjadi orang yang lebih baik," kata Mohammad Kazim, yang merupakan antara sembilan orang yang dilantik ke jawatan itu pada 29 Nov lepas.

Beliau bagaimanapun tetap kecewa dengan tuduhan orang ramai dalam laman sosial dan blog yang melabelnya dengan pelbagai gelaran seperti syaitan bisu, anak babi, gila glamer dan mahukan duit melalui jawatan dalam MT.

"Saya belum lagi beri jawapan mereka dah maki hamun. Macam mana orang Pas yang dikatakan memperjuangkan Islam boleh kata macam tu? Sepuluh tahun saya berkecil hati dengan mereka kerana membuat tohmahan buruk terhadap saya.

"Masa Kedah diperintah Pas saya digam walaupun bukan ahli Umno. Poster gambar saya dilukis dengan bertanduk seolah-olah syaitan. Kemuncaknya mereka kata saya anak babi menyebabkan saya ambil keputusan meninggalkan Pas," katanya. 


- Bernama


Read more...

Khamis, 28 November 2013

Isu hamba 30 tahun di London ,KPN sahkan Siti Aishah dikehendaki pada 70-an

Siti Aishah

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London ialah individu yang dikehendaki pada tahun 70-an di negara ini kerana aktiviti berhaluan kiri, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
   
Mengesahkan identiti wanita itu, yang diselamatkan pada 25 Oktober lepas di London sebagai Siti Aishah Abdul Wahab, Khalid berkata wanita itu terlibat dalam aktiviti pelampau komunis berhaluan kiri.
    
"Siti Aishah ketika itu ialah aktivis mahasiswa berhaluan kiri dan dipercayai ke London untuk melanjutkan pelajaran. Dia seorang daripada penuntut pelampau berhaluan kiri masa zaman 70-an dahulu dan kegiatan mereka berpusat di London.


    
"Pada masa tu London bebas, bebas bersuara, bebas segala-galanya, so dia berpusat di sana. Jadi masa 70-an kita memang nak dia tapi dia dah pergi ke sana," katanya pada sidang media di sini hari ini selepas majlis penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) kepada 156 anggota polis yang terlibat dalam Op Daulat di Lahad Datu, Sabah, Februari lepas.
 
Khalid berkata setakat ini tiada keperluan untuk menangkap Siti Aishah sekiranya dia pulang ke negara ini.
    
Bagaimanapun, katanya, polis akan sentiasa memantau sekiranya terdapat sebarang kegiatan komunis selepas ini.
   
Sabtu lalu, akhbar melaporkan wanita 69 tahun itu antara tiga wanita yang dibebaskan 25 Oktober lepas di London, selepas seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua wanita lain ialah warga Ireland dan Britain.
    
Siti Aishah berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan dikatakan meninggalkan negara pada 1968 untuk melanjutkan pelajaran di London School of Economics (LSE) di United Kingdom.
    
Namun, ketika berada di sana, dia dikatakan terpengaruh dengan pergerakan Maoist iaitu politik melampau sehingga mengabaikan pengajiannya.
    
Berikutan pendedahan itu, kakak Siti Aishah, Kamar Mahtum diterbangkan ke London malam tadi bagi membuat pengecaman dengan membawa barang milik adiknya.
    
Ketika dalam kurungan, Siti Aishah dan dua wanita itu dilaporkan hanya dibenarkan keluar seketika untuk menjemur pakaian atau menemani suspek membeli barang.

 - Bernama


Read more...

Khamis, 14 November 2013

Pengikut Siti Nurhaliza dan KJ Berbalah Kerana Twitter

PETALING JAYA: Gara-gara status Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang menegur Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) menerusi akaun Twitter miliknya, pengikut kedua-dua selebriti itu berbalah sehingga ada di antara mereka mengeluarkan kata-kata kurang manis.
Kebanyakan status Twitter lebih dilihat menghentam Siti apabila mereka menyifatkan penyanyi itu tidak sepatutnya mengeluarkan status berkenaan kepada seorang menteri.
"Kalau dah orang tua tak faham bahasa ini, kena lantang sedikit. Oh lupa, akak (Siti) tidak pernah beratur beli tiket," kata salah seorang pengikut Khairy.
Pada Selasa lalu, Siti melalui akaun Twitter miliknya @CTNurhaliza11 telah menegur Khairy dengan menyifatkan menteri itu terlalu lantang menegur sesuatu dan perbuatan tersebut dilihatnya seolah-olah agak biadab terhadap pemimpin yang lebih veteran.
Siti kepada sebuah akhbar pada Rabu berkata, beliau sekadar menegur kerana perkataan ‘budak suruhan’ yang dikatakan oleh Khairy i agak kurang manis apatah lagi beliau merupakan seorang menteri muda yang dipandang tinggi.
Terdahulu Khairy telah mengkritik bekas kapten skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir apabila menyifatkannya sebagai ‘budak suruhan’ Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Dalam pada itu, pengikut Twitter Khairy (@Khairykj) meminta Siti supaya tidak masuk campur dengan perbalahan tersebut selain menganggap Siti kurang peka mengenai perasaan penonton bola sepak negara.
Bagaimanapun peminat Siti dilihat lebih berhemah dalam membalas komen-komen peminat Khairy dengan mengatakan mereka tidak faham maksud yang cuba disampaikan oleh penyanyi itu.
"Datuk Siti tegur tentang hormat antara tua dan muda. Tiada kaitan dengan politik atau bola. Yang beri respons, pandai baca ke tidak?" kata salah seorang pengikut Twitter Siti.
Dalam pada itu Siti Nurhaliza yang dihubungi melalui pengurusnya, Rozi Razak pada Rabu bagi mengulas mengenai perbalahan berkenaan enggan memberi komen kerana tidak mahu perkara itu terus berpanjangan.
Sumber mStar Online

Read more...

Rabu, 13 November 2013

Pemain Bolasepak digantung kerana simbol Rabaa

Ahmed Abdel-Zaher

MESIR - Penyerang kelab bola sepak Al-Ahly, Ahmed Abdel-Zaher digantung tanpa gaji kerana menunjukkan simbol empat jari (Rabaa) selepas menjaringkan gol kemenangan 2-0 ketika menentang kelab Afrika Selatan, Orlando Pirates, Ahad lalu.

Kelmarin, jurucakap kelab bola sepak Mesir itu memaklumkan tindakan tersebut dibuat kerana kononnya Abdel-Zaher, 28,  mencampuradukkan politik dengan sukan.


Simbol Rabaa

Sementara itu, Menteri Sukan Taher Abu Zeid turut menggesa Persekutuan Bola Sepak Mesir supaya menggantung dan mendenda pemain tersebut sama seperti yang dikenakan ke atas juara Kung Fu dunia, Mohamed Youssef.

Difahamkan, laporan dipetik dari Al- Arabiya, Youssef dilarang menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun kerana beliau memakai baju T tertera lambang Rabaa dan menunjukkan simbol empat jari tersebut selepas memenangi pingat emas di Rusia pada bulan lalu.

Sumber 

Read more...

Selasa, 12 November 2013

Menteri Besar Pahang diserang jangkitan kuman

Adnan Yaakob
KUANTAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dimasukkan ke unit rawatan rapi Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur sejak 4 November lalu kerana disyaki diserang jangkitan kuman sama ada Leptospirosis atau Melioidosis.
Beliau berkata, serangan kuman itu bermula semasa dalam perjalanan ke Stadium Shah Alam pada petang 3 November lalu. 
"Alhamdulillah saya sudah dipindahkan ke wad biasa pada 8 November lalu selepas disahkan pulih. 

“Pihak hospital bercadang melepaskan saya pada 10 November lalu tetapi saya memilih untuk terus berehat sehingga hujung minggu ini," katanya.
Sumber

Read more...

Isnin, 4 November 2013

Adun Kadamaian Di Sabah Umum Keluar PKR

Jeremmy Malajad 
KOTA BELUD: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian, Jeremmy Malajad pada Isnin mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).
Jeremmy yang juga Ketua Penerangan PKR Sabah berkata perkara itu berkuat kuasa pada Isnin.
Beliau yang disertai oleh kira-kira 50 bekas pemimpin PKR Kadamaian berkata demikian dalam sidang media, di sini.
Menurutnya keputusan beliau keluar daripada PKR adalah bagi memenuhi harapan rakyat di kawasannya yang mahukan pembangunan.
"Sebagai wakil rakyat yang baru dipilih oleh rakyat, saya sedar tentang harapan tinggi rakyat di kawasan yang saya wakili untuk melihat perubahan dalam bidang pembangunan khususnya kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air bersih, klinik desa dan banyak lagi pembangunan luar bandar yang menjadi isu semasa yang sentiasa dilaung-laungkan masyarakat Kadamaian," katanya.
Jeremmy berkata, kejayaan BN menangani pelbagai isu yang dibangkitkan di negeri itu semasa pilihan raya umum ke-13 membuatkan beliau meneliti semula kedudukannya sebagai wakil rakyat PKR.
"Saya sudah berjanji untuk menjadi wakil rakyat terbaik dalam memberi sumbangan dan khidmat yang diperlukan oleh rakyat, dan saya percaya rakyat di Sabah semakin yakin dengan pendekatan dan kesungguhan kerajaan BN dalam menyelesaikan isu berbangkit," katanya.
Sambil menyatakan komitmennya tidak berubah dalam membantu rakyat di kawasannya, Jeremmy berkata beliau mahu terlibat secara langsung bagi merealisasikan pelbagai program transformasi yang dilaksana oleh kerajaan BN.
Dalam pilihan raya umum lepas, Jeremmy memperoleh 5,877 undi berbanding penyandang Timbon@Herbert Langadan daripada BN yang menerima 4,988 undi dalam pertandingan empat penjuru. 
- BERNAMA


Read more...

Jumaat, 1 November 2013

Hantu Pocong sudah boleh mengundi ?

Kalimantan: Seorang penduduk Kalimantan Barat, Pocong akhirnya diiktiraf pengundi sah oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) selepas mengesahkan lelaki itu benar-benar wujud.
Nama Pocong dimasukkan dalam senarai pengundi bagi pilihan raya tahun depan selepas pegawai di Singkawang membuat bantahan rasmi kepada KPU di Jakarta yang enggan memasukkan namanya kerana menganggapnya sebagai gurauan. 
“Pegawai kami di Singkawang menunjukkan gambar Pocong bersama mereka,” kata Pengerusi KPU Husni Kamil Manik pada seminar di Jakarta Isnin lalu. 

“Mereka turut memberi kad keluarga Pocong untuk menyokong kewujudannya,” katanya.
Pocong ialah karakter paling popular dalam cerita seram masyarakat Indonesia. Ia sejenis hantu berbungkus kain kafan yang kerap digambarkan menghantui penduduk.
Keputusan dibuat ketika KPU bertungkus-lumus mengemaskini senarai pengundi yang akan diterbitkan minggu depan. 

Pada masa lalu, kesilapan biasa yang dibuat pegawai KPU tempatan termasuk nama sama, nama orang yang sudah mati atau tak wujud dikatakan direka oleh pegawai parti politik tertentu dengan tujuan untuk menipu dalam pilihan raya.
 - AFP

Read more...

Rabu, 30 Oktober 2013

Pulak dah ! Pelakon Hairie Othman Enggan Terlibat Dalam Aktiviti Pembangkang

Hairie Othman
PETALING JAYA: Pelakon Hairie Othman menjelaskan tidak lagi terlibat dengan apa-apa juga aktiviti parti anjuran Pakatan Rakyat.
Hairie, 42, turut berkata, dia juga tidak terlibat menyertai kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Yan, Kedah yang sedang berlangsung.
"Saya tidak mahu komen apa-apa tentang ini, buat masa sekarang saya tidak terlibat dengan apa-apa kempen atau ceramah Pakatan Rakyat termasuk Pilihan Raya Kecil yang sedang berlangsung di Yan Kedah," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.
Hairie berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penglibatannya dalam kempen untuk parti pembangkang dalam PRK, DUN Sungai Limau yang akan berlangsung pada 4 November depan.
Ketika ini pelakon Abby Abadi dan Leman (Raja Lawak) dilihat berkempen atas tiket Pas selain beberapa artis lain yang dijangka berbuat demikian seperti Aishah dan Bob Lokman.
Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) lalu Hairie aktif berkempen untuk Pas tetapi seakan-akan merajuk selepas apabila Pakatan Rakyat dikatakan tidak mempedulikannya termasuklah gagal memberikan projek seperti yang dijanjikan selepas PRU itu berakhir.
“Saya tak mahu komen. Sampaikan kepada bos kamu,” tambahnya.
Sumber mStar Online

Read more...

Ahad, 27 Oktober 2013

Abby Abadi Dakwa Umno Punca Dunia Hiburan Sesat

Abby Abadi
YAN: Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi yang kini menyertai pembangkang mendakwa Umno bertanggungjawab menjadikan golongan selebriti di Malaysia mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam.
Menerusi ceramah sempena kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Abby dengan lantang menyalahkan Umno kerana membiarkan gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan tanahair.
"Dulu saya berlakon tak berfikir sangat tentang dosa dan pahala. Tak apa bila suami orang buat suami kita, suami kita pula orang lain boleh buat macam suami sendiri.
"Dalam dunia hiburan, kita dipisahkan oleh Islam. Kita hanya berurusan tentang duit. Ini berlaku dalam dunia hiburan di Malaysia dan kita boleh tengok sendiri. Di Malaysia kita dididik oleh Umno dan BN (Barisan Nasional) bahawa maksiat nampak macam benda biasa," katanya ketika berceramah di Kampung Dulang Kecil di sini, Sabtu malam.
Abby ketika berceramah di Kampung Dulang Kecil, Yan, malam Sabtu.
Abby yang kini menjadi ahli PAS seumur hidup tampil membantu kempen calon parti itu, Mohd Azam Abdul Samat yang berhadapan saingan satu lawan satu menentang wakil BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada PRK DUN Sungai Limau yang akan diadakan pada 4 November depan.
Selain itu Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan menyeru pengundi DUN Sungai Limau supaya tidak memberi undi kepada calon BN kerana menurutnya adalah berdosa jika memilih parti kerajaan yang ditunjangi Umno.
"Dulu saya tak pernah mengundi, kali ini (PRU-13) baru saya mengundi PAS. Jadi dulu saya tak mengundi Umno maka tidaklah berdosa sangat.
"Kalau kita salah pilih kerajaan...berdosa. Kalau dia (kerajaan) buat pelik-pelik turut berdosa sebab kita sokong dia," katanya.
Sumber mStar Online

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP