GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Seram. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Seram. Papar semua catatan

Isnin, 16 Disember 2013

Humban kekasih dari tingkap apartment kerana takut bini

Gambar mynewshub.my

Rabat: Kerana terlalu takutkan isteri, seorang lelaki sanggup mencampakkan kekasihnya keluar dari tingkap apartmennya.
Lelaki itu yang tinggal di tingkat satu apartmen berkenaan lebih rela mencampak teman wanita berusia 17 tahun itu kerana terlalu takut apabila isterinya pulang secara mengejut.
“Dia terus mengangkat gadis itu, berlari ke arah tingkap dan mencampaknya ke luar,” kata pegawai polis.
Lelaki itu baru membawa remaja berkenaan ke rumahnya namun terkejut apabila isterinya mengetuk pintu.
Menurut polis, mangsa parah akibat terhumban ke dinding dan dikejarkan ke hospital.
Menurut laporan akhbar, lelaki itu ditahan kerana mendatangkan bahaya kepada mangsa, namun tidak menceritakan reaksi si isteri terhadap kejadian itu.

 - Agensi

Read more...

Artis dipukau Lelaki Lembut

HANAFI memegang minyak lemak babi (kiri) yang digunakan sebagai penunduk.
Kuala Lumpur: Berdasarkan perwatakannya, dia layak dikategorikan lelaki lembut, namun kerakusannya melakukan jenayah penipuan amat menakutkan kerana menggunakan ilmu hitam untuk menipu mangsa hingga mengaut keuntungan lebih RM200,000.
Aktif menipu sejak 2008 lagi, mangsanya membabitkan artis dan ahli perniagaan yang diperdaya supaya memberi sejumlah wang kononnya sebagai pelaburan untuk menjalankan perniagaan.
Dua mangsa terbaru lelaki berusia lewat 30-an itu ialah komposer yang juga pengasas kumpulan K-Pop Malaysia Max 24:7, Aesar Mustafa, 33, serta rakannya, Aaron Zairull Yaacob yang juga model dan pelakon.

Aaron atau nama sebenarnya Zairull Yaacob, 31, berkata, dia mengenali suspek sebagai peminatnya di laman sosial Facebook (FB) miliknya kira-kira enam bulan lalu.
“Selepas beberapa kali berhubung di FB saya berjumpanya dan memberitahu mahu melabur untuk membesarkan perniagaan butik pakaian saya di Setapak.
Sumber myMetro

Read more...

Ahad, 15 Disember 2013

Ngeri dan Seram ,Curi kepala mayat anak dara

POLIS memeriksa kubur Endah Setyowati.
Cilacap: Polis di daerah di Jawa Tengah ini semalam melancarkan siasatan terhadap perbuatan mencuri mayat yang berlaku dua kali dalam masa seminggu.
Bercakap di tanah perkuburan Sabuk Janur, tempat mayat berkenaan dicuri, Ketua polis tempatan Andri Triaspoetra berkata, pihaknya hingga kini belum dapat memastikan motif perbuatan berkenaan.
Menurut penduduk tempatan, antara mayat yang dicuri dari tanah perkuburan itu ialah milik Endah Setyowati, 24, yang meninggal dunia baru-baru ini.

Pemeriksaan yang dilakukan mendapati pencuri hanya mengambil kepala dan meninggalkan bahagian tubuh lain di dalam liang lahad.
Turut ditemui berhampiran kubur Endah ialah cangkul kecil, kandang ayam, sarang burung, lilin berbentuk angka 2 dan 4 sesuai usia mayat, dan beberapa potongan tubuh mayat.
Penduduk tempatan yakin kejadian mencuri mayat berkenaan ada kaitan dengan amalan ilmu hitam memandangkan Endah masih anak dara ketika meninggal dunia dan mati pada Jumaat Keliwon, yang mengikut kepercayaan masyarakat Jawa, jatuh pada setiap malam Jumaat ketiga pada sesuatu bulan.

Seorang bomoh dari Pasuruan, Jawa Timur, Mas Hari berkata, dia percaya si pencuri itu baru belajar ilmu hitam, termasuk mahu kaya cepat.
- Agensi


Read more...

Tiada yang pelik ! Gempar ‘Pontianak Kota Kemuning’

GAMBAR yang dirakam seorang lelaki dengan imej wanita berambut panjang di Kota Kemuning.
Shah Alam: Penyebaran imej seorang wanita berambut panjang di sekitar Kota Kemuning, di sini, sejak beberapa hari lalu, menimbulkan misteri dalam kalangan penduduk setempat.
Imej dalam foto itu kini dikatakan tersebar luas pengguna telefon pintar dan dipercayai dirakam di sebuah kawasan pembinaan sekitar bandar raya ini sebelum diperoleh seorang penduduk.
Beberapa penduduk yang melihat gambar itu memberi pelbagai reaksi kerana sehingga kini tidak diketahui siapa merakam imej berkenaan.

Penduduk Shamsudin Daim, 40, berkata, imej dalam foto itu dipercayai dirakam pada waktu siang ketika beberapa pekerja menyiapkan kerja menambak tanah di sebuah tapak pembinaan.

Bagaimanapun, katanya, ketulenan foto itu tidak dapat disahkan kecuali selepas ia dinilai pakar dalam bidang teknologi fotografi atau grafik jika gambar berkenaan menggunakan teknik pertindihan
“Memang foto imej wanita berambut panjang itu tersebar meluas di sekitar Kota Kemuning. Cuma kita tidak tahu siapa merakamnya. Mungkin ia tulen atau mungkin juga tidak. Hanya pakar dapat menentukannya.

“Namun berdasarkan imej diperoleh, memang tertera imej seorang wanita berambut panjang,” katanya yang tidak mengetahui identiti perakam gambar itu.

Sementara itu, Bilal Surau Al-Hidayah Jalan Kebun Jamal Sanusi, 50, yang turut melihat imej berkenaan berkata, tiada yang mustahil dalam kehidupan manusia, terutama membabitkan sesuatu yang ghaib atau di luar pengetahuan.

“Cuma kita tidak boleh terlalu taksub selagi kita tidak tahu kesahihan gambar berkenaan atau sebaliknya.

“Perkara begini kadangkala boleh menjejaskan akidah kalau kita tidak berhati-hati jika orang ramai mempercayainya bulat-bulat,” katanya.
Sumber myMetro


Read more...

Upah bunuh isteri kerana ingin kahwin lagi

imej google

MUMBAI - INDIA. Hanya kerana gagal mendapat kebenaran untuk berkahwin seorang lagi, seorang lelaki sanggup mengupah dua lelaki membunuh isterinya.

Lelaki yang berasal dari Arab Saudi yang dikenali sebagai Samir Shaikh dikatakan telah mengupah Ismail Sheikh,28 dan Jamir Shaikh, 19 untuk melakukan jenayah itu.

Pada siasatan awal, polis hanya mengesyaki Samir tetapi akhirnya membawa kepada penglibatan Ismail dan Jamir.

Sebaik diberkas, kedua-duanya mengaku melakukan jenayah itu.

Menurut Pegawai Penyiasat Kanan Polis Mumbai, Inspektor Mankhurd SG Rajput, Ismail telah membuat pinjaman wang daripada suami mangsa sebanyak Rs10,000 (RM520).

"Suspek (Ismail) berkata, Samir telah mengambil pasport dan dokumen peribadi lain sebagai jaminan dan berjanji untuk mengembalikannya selepas kerjanya selesai.

“Ismail juga mendakwa, Samir akan melunaskan hutangnya sekiranya dia membunuh isterinya, Sufiya dan berjanji membayar upah Rs35,000 (RM1,800) untuk pembunuhan itu.

"Ismail berkata, dia bertemu Samir ketika lelaki itu pertama kali datang dari Arab Saudi sebulan setengah yang lalu .

“Samir meminta tolong kepadanya untuk menghapuskan Sufiya . Tarikan kepada tawaran ini bukan hanya kepada pengecualian daripada melunaskan pinjaman, tetapi juga wang upah, " kata Rajput.

Dalam kejadian pagi Selasa lalu, sebaik anak lelaki Sufiya yang berusia 14 tahun pergi ke sekolah, Ismail dan Jamir pergi ke tingkat lima rumah pangsa mangsa di  Lallubhai Compound.

Lebih menyedihkan, sebaik ditikam beberapa kali di badan mangsa, Ismail kemudiannya membakar wanita yang berusia 35 tahun itu.

Selepas membunuh mangsa, kedua-dua suspek segera meninggalkan lokasi jenayah.

Namun, hasil siasatan, polis mendapati terdapat beberapa rekod panggilan telah dibuat suspek kepada mangsa pada hari kejadian.

Ismail dilaporkan menghubungi Sufiya dan datang melawatnya kira-kira tiga atau empat kali sebelum ini.


Sumber 


Read more...

Jumaat, 13 Disember 2013

[Seram] Pasangan Jenglot ditemui di Bandung

PASANGAN jenglot yang ditemui di Pantai Muaya.
Badung: Orang ramai di kawasan Badung, Bali gempar semalam selepas sepasang makhluk halus dikenali sebagai jenglot ditemui dan ditangkap seorang penduduk Pantai Muaya, Jimbaran.
Menurut media ketika ini jenglot berkenaan disimpan di rumah Jero Mangku Karang.
Sejak berita itu tersebar, rumah Jero dikunjungi ramai orang - termasuk dari kawasan luar - untuk melihat sendiri makhluk berkenaan.
Saksi berkata, jenglot itu berupa seperti kelawar, bertaring dan berambut seperti manusia.
“Dimaklumkan jenglot itu ditemui dua penduduk tempatan, Ketut Tarin dan Akob, di kawasan pantai dan selepas ditangkap ia diserahkan kepada Jero,” katanya.
Penduduk setempat mengenali Jero sebagai seorang tokoh spiritual yang dihormati. 

Sementara itu Ketut Tarin berkata, dia hairan apabila menemui objek ganjil ketika berjalan di kawasan pantai.

Melihat keadaan itu, katanya, dia mencampak objek itu ke laut tetapi ia kembali ke pantai dalam keadaan berpelukan.

“Seolah-olah mereka enggan dipisahkan,” katanya.

Disebabkan bimbang berdepan masalah, Ketut Tarin dan Akob berbincang dan bersetuju menyerahkan jenglot berkenaan kepada tokoh spiritual yang mereka kenali, Mangku Kayun.

Sementara itu Jero berkata, jenglot itu ditemui terbaring dalam jarak kira-kira satu meter antara satu sama lain di pantai ketika Ketut Tarin dan Akob berjoging. 

Mereka kemudian membawa makhluk itu ke rumahnya.

“Pada awalnya ada kuasa memancar dari jenglot berkenaan tetapi saya neutralkan supaya ia tidak memudaratkan sesiapa,” katanya. 

Kenyataan itu disokong Mangku Kayun.

“Kuasanya sangat kuat tetapi untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini ia berjaya kami kunci,” katanya. 

Menurut Mangku Kayun jenglot juga boleh digelar sebagai toyol kerana makhluk berkenaan boleh menyerupai apa saja.

Katanya, rambut jenglot yang terurai itu mungkin berasal daripada rambut manusia atau bulu kemaluan lelaki atau wanita. 

“Makanannya ialah darah manusia.

“Walaupun ia kelihatan kaku, auranya hidup dan sangat kuat dan boleh disuruh melakukan apa saja, termasuk membunuh,” katanya, semalam.

Jero berkata jenglot itu dimiliki pihak tertentu sebagai alat pelaris yang ditempatkan di kotak simpanan wang.
 - Agensi

Read more...

Isnin, 9 Disember 2013

Terkini,Jumlah mangsa Banjir di Pahang dan Terengganu 17,383 keluarga, 63,281 mangsa

Jumlah mangsa banjir Pahang dan Terengganu masih berlegar sekitar 60,000 daripada 17,383 keluarga yang ditempatkan di 199 pusat pemindahan biarpun terdapat sedikit penurunan di Pahang, lewat petang ini.
Mengikut rekod Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Kontinjen Pahang, jumlah mangsa keseluruhan di Pahang adalah 40,399 iaitu turun daripada 40,819 yang dicatatkan pada awal pagi tadi.
Mengikut perangkaan, sejumlah 11,746 keluarga kini berada di 149 pusat pemindahan seluruh Pahang selain 162 kampung turut terbabit. 
NUR Aziemah Zainal, 14, termenung melihat keadaan banjir ketika berada di pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Temai. Terdapat lebih 95 mangsa di pusat berkenaan. FOTO Mohd Rafi Mamat

Di KUANTAN, jumlah mangsa banjir adalah 34,090 dengan 10,369 keluarga di 42 pusat pemindahan.
Di PEKAN, jumlah mangsa banjir 3,385 dengan 809 keluarga di 31 pusat pemindahan selain membabitkan 53 kampung.
Di MARAN, jumlah mangsa banjir adalah 921 daripada 233 keluarga yang berada di 19 pusat pemindahan. 

Di ROMPIN, jumlah mangsa banjir adalah 36 daripada 11 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan. 

Di JERANTUT, jumlah mangsa banjir adalah 505 daripada 117 keluarga yang berada di 11 pusat pemindahan.
Di LIPIS, jumlah mangsa banjir hanya 49 daripada 10 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan. 

Di TEMERLOH, jumlah mangsa banjir mencecah 1,007 daripada 224 keluarga yang berada di 22 pusat pemindahan.

Di BERA, Jumlah mangsa banjir adalah 193 daripada 40 keluarga di tujuh pusat pemindahan.
Stesen minyak didaerah Bera digenangi air

Di RAUB, jumlah mangsa banjir adalah 213 daripada 59 keluarga di 10 pusat pemindahan.

Sementara itu, laluan di tutup bagi Pahang adalah KM72 Jalan Kuantan-Segamat.-(hanya untuk ke kenderaan ringan) dan Jalan Jerantut-Kuala Lipis(Kampung Sepial)

TERENGGANU pula mencatatkan kenaikan sedikit jumlah mangsa banjir kepada 22,882 yang direkodkan pada sekitar 5 petang ini, berbanding 22,391 awal pagi tadi.

Jumlah keluarga terbabit pula adalah 5,637 yang kini ditempatkan di 50 pusat pemindahan seluruh Terengganu. 

Di DUNGUN, jumlah mangsa adalah 2,984, daripada 727 keluarga yang kini ditempatkan di sembilan pusat pemindahan.

Di KEMAMAN, jumlah mangsa 18,816 daripada 5,594 keluarga yang berada di 39 pusat pemindahan.

Di KUALA TERENGGANU, jumlah mangsa hanya enam daripada satu keluarga yang ditempatkan di satu pusat pemindahan.

Di MARANG, jumlah mangsa adalah 23 daripada lapan keluarga yang ditempatkan di satu pusat pemindahan.

Sementara itu, pusat pemindahan di Hulu Terengganu ditutup.

Jalan ditutup buat Terengganu adalah Jalan Mak Lagam- Cheneh, Kemaman (dibuka untuk kenderaan berat), Jalan Cukai-Air Putih (Kg Sungai Pinang) dan Jalan Durian Mentagau, Dungun.

Sumber berita myMetro


Read more...

Ahad, 8 Disember 2013

Ibu ancam Campak anak dari tingkat 12

RENTETAN imej menunjukkan seorang wanita yang mengancam untuk mencampakkan bayinya dari tingkap tingkat 12 bangunan flat kediamannya di Shanghai, China, baru-baru ini.
Shanghai: Penghuni sebuah flat di Shanghai cemas apabila seorang wanita mengancam mencampakkan anaknya dari tingkap tingkat 12 bangunan berkenaan, lapor media semalam.
Sebelum itu, kata saksi, wanita terbabit menangis dan meraung-raung mengugut mahu terjun selepas mencampakkan anaknya. “Jangan cuba halang! Aku serius! Aku mahu bunuh diri dan juga membunuh anakku!” katanya menjerit ketika memberi amaran kepada penghuni flat berkenaan.
Di bawah, sekumpulan anggota polis, bomba dan petugas perubatan bersedia menghulurkan bantuan jika kejadian tidak diingini berlaku.
Jurucakap polis berkata, seorang pakar psikiatri terpaksa dipanggil untuk memujuk wanita terbabit, manakala anggota bomba mencari jalan untuk masuk rumah berkenaan.
Akhirnya penyelamat berjaya apabila mereka mendapat bantuan daripada jiran wanita terbabit. Mereka kemudian menariknya masuk ketika dia sedang bercakap dengan pakar psikiatri dari tingkap rumah sebelah.
Wanita berkenaan kemudian dibawa ke hospital psikiatri manakala anaknya diletakkan di bawah jagaan keluarga angkat. 
- Agensi(myMetro)


Read more...

Jumaat, 6 Disember 2013

2 Gambar ,Tiga buah kereta Lamborghini hangus di lebuh raya

  • Kelihatan tiga buah kenderaan mewah Lamborghini sedang marak dengan api ketika kemalangan berlaku.

SEREMBAN - Tiga kereta Lamborghini hangus terbakar dalam kemalangan di Kilometer 259 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) dekat Seremban, pagi tadi.
 
Menurut sumber, kemalangan melibatkan kereta milik warga Singapura yang sedang berkonvoi dari negara itu ke Kuala Lumpur.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.57 pagi itu, kereta ketiga daripada lima kenderaan itu dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lebuh raya sehingga menyebabkan dua kereta di belakang merempuh kereta itu.


Keadaan tiga buah kereta Lamborghini yang hangus selepas kebakaran di KM 259 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) dekat Seremban.
 
Akibat rempuhan itu, berlaku kebakaran melibatkan ketiga-tiga kereta itu.

Sementara itu, memetik laporan portal tempatan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, dua jentera bersama 14 anggota tiba kira-kira tujuh minit kemudian, tetapi tiga kenderaan terbabit hangus terbakar.


Bagaimanapun, katanya semua pemandu dan penumpang sempat menyelamatkan diri.

Sumber sinarharian


Read more...

Selasa, 3 Disember 2013

Akibat Cinta diganggu,Ibu lemaskan Anak dalam Selat

kawasan berlaku tragedi
Paris: Seorang wanita menghadapi hukuman penjara selepas mengaku melemaskan anaknya yang baru berusia 15 bulan di Selat Inggeris hanya kerana budak itu ‘mengganggu’ hubungan cintanya.
Kekejaman Fabienne Kabou itu dapat disaksikan hasil rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian yang menunjukkan wanita dari Senegal itu menolak anak perempuannya Adelaide ke pesisiran pantai di Berck sur Mer pada 19 November lalu.
Mayat Adelaide ditemui nelayan dalam keadaan masih diikat pada kereta sorongnya.
Dengan menggunakan data DNA yang ditemui pada kereta sorong itu, polis menahan Fabienne, 36, di sebuah rumah yang dikongsi dengan kekasihnya berusia 63 tahun di Paris 10 hari kemudian.
Penuntut jurusan falsafah itu memberitahu polis, dia mengambil tindakan kejam selepas melihat kehadiran Adelaide ‘mengganggu’ hubungannya dengan lelaki terbabit yang juga bapa mangsa.
Kepada kekasihnya, Fabienne mendakwa Adelaide sudah diserahkan kepada neneknya di Senegal.
Fabienne ditahan Sabtu lalu dan disoal hakim dalam sesi mahkamah tertutup sebelum diarahkan disiasat atas tuduhan bunuh.
Peguamnya Fabienne Roy-Nansion berkata, wanita terbabit mengakui perbuatannya.
Bapa kanak-kanak itu dilaporkan berkata Fabienne ibu yang baik, malah jiran ditemui juga terkejut dengan kejadian itu.
Kejadian itu menimbulkan kemarahan ratusan orang yang berhimpun di luar mahkamah serta pesisiran pantai dengan membawa atau memakai barangan berwarna putih - cara warga Perancis memprotes dalam kes membabitkan keganasan terhadap kanak-kanak.
Sementara itu, pakar perundangan di Mahkamah Rayuan Paris, Gerard Lopez berkata, perbuatan Fabienne tidak boleh dianggap sebagai tindakan orang gila, sebaliknya sudah dirancang . “Siasatan kini perlu melihat sama ada dia menjadi mangsa penderaan fizikal atau psikologi pasangannya. “Ada orang yang menjadi keanak-anakan dan narsisistik selepas menjadi ibu.
“Kita perlu mengkaji sama ada wanita itu terdorong akibat tekanan untuk memenuhi kehendak kekasihnya yang mahukan perhatiannya,” katanya. 
- Agensi

Read more...

Isnin, 2 Disember 2013

Gambar Terkini Banjir,kira kira 100 penduduk dipindahkan sekitar Rompin dan Kuantan

Sekitar Sungai Lembing ( gambar sumber whatsApp )
Kuantan: Kira-kira 100 penduduk dari perkampungan Orang Asli Kampung Kesing, Rompin mula dipindahkan berikutan banjir yang melanda negeri ini, awal pagi tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, berkata penduduk kampung itu mula dipindahkan kira-kira jam 10 pagi tadi.
TERPUTUS HUBUNGAN... Penduduk-penduduk di sekitar Sungai Lembing melihat jambatan Sungai Charu ditenggelami air sedalam kira-kira setengah meter pada Isnin. Jalan utama menghubungkan Kuantan-Sungai Lembing terpaksa ditutup untuk semua kenderaan selepas paras air Sungai Charu melimpahi jambatan akibat hujan yang berterusan salama tiga hari bermula Sabtu lalu. Mereka yang tinggal berhampiran dengan kawasan banjir, dinasihatkan supaya berhati-hati dan mengawasi anggota keluarga masing-masing di samping mendengar arahan pihak berkuasa berpindah apabila diarahkan.- fotoBERNAMA
Beliau bagaimanapun memaklumkan butiran lengkap mengenai proses pemindahan belum diperoleh.
Sementara itu Jurucakap polis berkata hujan lebat sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan di Sungai Lembing, di sini, dinaiki air dan jalan utamanya terpaksa ditutup pagi tadi.
Menurutnya Jambatan Sungai Charu di Kilometer 28, Jalan Sungai Lembing-Kuantan terpaksa ditutup bagi semua kenderaan kerana ditenggelami air.
"Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya menggunakan jalan alternatif jika mahu ke Sungai Lembing.
"Difahamkan juga bandar Sungai Lembing turut dinaiki air namun sehingga jam 11 pagi ini tiada mangsa dipindahkan lagi," katanya.
Sumber berita metro
Lagi Gambar 







Read more...

Jumaat, 29 November 2013

Gagal menyiapkan tugasan diberi,Pelajar IKBN cuba bunuh diri

Pelajar lelaki yang cuba terjun dari sebuah asrama di Institut Kemahiran Belia Negara.
MIRI: Gara-gara gagal menyiapkan tugasan diberikan selain didakwa menghadapi konflik dengan tenaga pengajar, seorang pelajar lelaki cuba terjun dari sebuah asrama di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, pagi ini.
Bagaimanapun, dalam kejadian jam 7.43 pagi itu, kecekapan pihak bomba memujuk dengan bantuan kehadiran bapa pelajar tahun pertama jurusan Lokomotif berusia 18 tahun itu berjaya mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Difahamkan, kejadian mula disedari beberapa rakan mangsa yang memaklumkan perkara itu kepada beberapa kakitangan serta tenaga pengajar di institut berkenaan sebelum menghubungi polis dan bomba bagi mendapatkan bantuan.

Pihak pengurusan IKBN terpaksa memanggil bapa pelajar terbabit supaya datang ke tempat kejadian untuk memujuk mangsa.

Sumber myMetro




Read more...

Pulak dah ! Bekas Suami Nafi Dakwaan Rogol Nor Fazira

Mohd Fahmi ketika ditemubual oleh The Star di rumahnya di Kampung Nagalilit.
KULIM: Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20, menafikan dakwaan bahawa dia telah merogol Nor Fazira Saad dan mengahwininya untuk mengelakkan diri daripada didakwa.
"Kami hanya mengadakan hubungan seks selepas berkahwin," katanya ketika ditemui dirumahnya di Kampung Nagalilit dekat sini.
Dia mendakwa isterinya menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki dari Kuala Ketil, tiga atau empat bulan sebelum dia menyedarinya.
"Rakan-rakan saya yang ada di sana melihat dia (Nor Fazira Saad) begitu mesra dengan seorang lelaki. Dia mengenali lelaki itu ketika bekerja di pekan Padang Serai (dalam daerah Kulim).
"Kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, saya membuat keputusan untuk menceraikannya," kata Mohd Fahmi.
Mohd Fahmi menceraikan Nor Fazira dengan talak satu.
Dia berkata, mereka merupakan pasangan bahagia sebelum lelaki itu mengganggu rumah tangga mereka.
"Dia amat biadap terhadap ibu bapa saya dan tidak pernah memasak.
"Dia akan lari dari rumah setiap kali dia tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara," kata Mohd Fahmi.

Ibu Mohd Fahmi yang enggan namanya didedah berkata, turut menyangkal dakwaan Nor Fazira tidak diberi makan.
"Kami menjaganya dengan baik dan menerimanya walaupun dia berperangai jahat," katanya.
Mohd Fahmi yang bekerja di ladang kelapa sawit menerima gaji RM1,000 sebulan.
Dia berhenti sekolah ketika berumur 16 tahun untuk bekerja.
Dia mendakwa bertemu Nor Fazira dua bulan sebelum perkahwinan mereka, November tahun lalu.
"Pada mulanya hubungan kami tidak ubah seperti hubungan adik beradik tetapi perasaan cinta mula wujud selepas itu," kata Mohd Fahmi.
Sumber mStar Online

Read more...

Sabtu, 23 November 2013

Bentuk Hidung 'Menara Eiffel' jadi kegilaan Remaja kini

Seorang pelajar menjalani pembedahan hidung di klinik kepunyaan Wang di bandar raya Chongqing, barat daya China semalam. Sementara gambar kecil pula iklan yang digunakan klinik untuk mempromosikan pembedahan hidung ala ‘Menara Eiffel’ di Chongqing. - Foto AFP

Pelajar jalani pembedahan kosmetik tingkat prospek demi dapatkan kerja

Chongqing: Ribuan pelajar di China dilaporkan berlumba-lumba menjalani pembedahan plastik dalam usaha untuk bersaing mendapatkan kerja manakala sekurang-kurangnya sebuah klinik menawarkan pembedahan hidung yang diilhamkan daripada Menara Eiffel.

Majikan di China sering berterus terang mengenai pilihan calon kerja mereka malah, menetapkan ketinggian tertentu di dalam iklan pengambilan pekerja baru. 


Dengan rekod tujuh juta graduan yang akan memasuki pasaran kerja tahun ini, ditambah dengan pertumbuhan ekonomi perlahan, media China menyifatkan 2013 sebagai tahun paling sukar kepada kakitangan kolar putih. 

- AFP(BH)

Read more...

Perogol tawar diri untuk dimandulkan

Barabilo (kiri) membuat tawaran hukuman untuk Burbine

BOSTON -  Seorang lelaki di Massachusetts, Amerika Syarikat yang dituduh merogol 13 kanak-kanak termasuk bayi baru lahir sanggup dimandulkan sebagai pertukaran untuk meringankan hukuman penjaranya.

John Burbine, 50, ditahan September tahun lalu, menghadapi 100 kesalahan jenayah berkaitan serangan seksual kanak-kanak berusia antara 8 hari hingga 3 tahun.

Peguam William Barabino berkata, perkara itu dicadangkan ketika perbicaraan dengan harapan hukuman anak guamnya dapat diringankan.

"Tertuduh tidak berupaya mengawal nafsu dan tingkah laku berorientasikan seks. Dia perlu mendapatkan rawatan dan anak guam saya bersetuju melakukan pembedahan jika dia diberi jaminan hukuman lebih ringan sebagai pertukaran," katanya kepada Reuters


- Reuters


Read more...

Selasa, 19 November 2013

Jangan tak tau,Villa Nabila Tersenarai lokasi berhantu dalam Expedia

Johor Bahru: Banglo lama yang terbiar, Villa Nabila terletak di Jalan Skudai berhampiran Teluk Danga di sini, disenaraikan antara lokasi berhantu oleh sebuah portal pelancongan berpangkalan di Amerika Syarikat, Expedia.
Banglo itu dikaitkan dengan cerita mistik yang dikatakan berlaku sekitar 40 tahun lalu.
Terdapat beberapa versi antaranya kes pembunuhan yang berlaku dalam kalangan keluarga berada yang tinggal di banglo berkenaan.
Keluarga terbabit memiliki anak bernama Nabila yang turut mewarisi harta peninggalan bapanya.
Bagaimanapun, ibu tirinya dikatakan cemburu dan membunuh Nabila serta menanam mayatnya di dinding sebelum melarikan diri bersama harta terbabit.
Antara kepercayaan karut di sekitar kawasan itu adalah bilangan pelawat yang mahu memasuki rumah berkenaan mestilah dalam nombor genap.
Sekiranya bilangan melawat dalam nombor ganjil, terdapat ‘individu lain’ dalam kumpulan itu apabila mereka meninggalkan banglo berkenaan.
Sementara itu, Penolong Pengarah Penilaian Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Azmi Miswan berkata, kediaman itu berstatus pegangan bebas.
Sumber


Read more...

Remaja hilang di Villa Nabila ditemui awal pagi tadi

Mohamad Izzat Izzudin Hussin
Johor Bahru: Seorang pelajar tingkatan empat yang dilaporkan hilang selepas mengunjungi banglo mistik, Villa Nabila pada Sabtu lalu sudah ditemui awal pagi tadi.
Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, ditemui di Bandar Dato' Onn di Tebrau pada jam 2 pagi tadi dan dalam keadaan selamat.
Ibunya, Norhayati Mohamad,38, berkata, keluarganya akan membawa remaja berkenaan untuk berubat secara tradisional.
Villa Nabila

"Dia menyatakan lupa jalan untuk pulang ke rumah seolah-olah ada individu yang membawanya ke suatu lokasi.

"Kemudian dia dibantu seorang lelaki yang memberi perlindungan di rumahnya," katanya ketika dihubungi pagi tadi.
Sumber

Read more...

Seram sejuk,Tetamu malam di Villa Nabila

FOTO Mohd Nur Hafidz Nordin
JOHOR BAHRU: Di sebalik cerita pelik dan menakutkan, Villa Nabila di Jalan Skudai berhampiran Teluk Danga di sini, terus menerima kunjungan orang ramai sejak awal malam dan kehadiran tetamu tidak diundang yang silih berganti itu tidak berkurangan hingga tengah malam tadi.
Menjelang tengah malam ini, dianggarkan 400 orang kebanyakannya remaja bertumpu ke kawasan banglo yang disenaraikan sebagai lokasi berhantu oleh sebuah portal pelancongan berpangkalan di Amerika Syarikat, Expedia.
Tanpa takut atau bimbang dengan khabar angin tentang kehilangan 23 daripada 30 remaja di Villa Nabila itu, orang ramai melanggar garisan kuning yang dipasang pihak berkuasa untuk meninjau persekitaran dan dalaman banglo usang itu.

Malah, ada remaja yang menjerit dan membuat bising di dalam banglo berkenaan untuk tujuan bersuka-suka dan membuat kecoh.
Kira-kira 11.15 malam tadi, sepasukan peronda dihantar ke tempat kejadian untuk menyuraikan orang ramai yang menceroboh ke kawasan larangan itu.
Bagaimanapun, kehadiran anggota polis itu tidak menghalang lebih ramai orang berkunjung ke kawasan persekitaran Villa Nabila.
Kenderaan pengunjung yang diletakkan di bahu jalan itu juga mengakibatkan kesesakan hingga dua kilometer di Jalan Skudai menghala Tampoi berikutan pengguna jalan raya turut memperlahankan kenderaan untuk melihat orang ramai yang berkumpul di situ.

Polis Johor menafikan dakwaan di laman Facebook (FB) bahawa seramai 23 daripada 30 remaja yang dikatakan memasuki Villa Nabila hilang sejak pagi Sabtu lalu.

Sebaliknya, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, siasatan polis mendapati hanya seorang remaja dilaporkan hilang dan siasatan masih diteruskan bagi memastikan remaja lelaki itu berada di banglo berkenaan atau tidak.

Katanya, laporan diterima daripada Norhayati Mohamad, 38, yang mendakwa anak lelakinya Mohammad Izzat Izuddin Husin, 16, tidak pulang ke rumah sejak petang kelmarin.
Sumber myMetro

Read more...

Isnin, 18 November 2013

Polis sahkan hanya seorang sahaja yang hilang di Villa Nabila

LOKASI di mana seorang remaja dilapor hilang setelah memasuki rumah tinggal yang dikenali sebagai rumah Nabila. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Johor Bahru: Polis Johor menafikan dakwaan kehilangan 23 remaja yang dikatakan memasuki sebuah kawasan villa tinggal di Jalan Skudai, dekat sini, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, pihaknya hanya menerima satu laporan berhubung kehilangan seorang remaja berusia 16 tahun sejak Sabtu lalu.
"Laporan itu dibuat ibu mangsa jam 1 pagi tadi dan beliau dimaklumkan rakan anaknya, mangsa didakwa telah memasuki kawasan villa tinggal berkenaan.

"Bagaimanapun, unit anjing pengesan dan pihak bomba yang melakukan siasatan di kawasan villa itu sejurus menerima laporan, tidak menemui remaja terbabit," katanya.
Sumber terkini myMetro

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP