GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 3 Disember 2013

Akibat Cinta diganggu,Ibu lemaskan Anak dalam Selat

kawasan berlaku tragedi
Paris: Seorang wanita menghadapi hukuman penjara selepas mengaku melemaskan anaknya yang baru berusia 15 bulan di Selat Inggeris hanya kerana budak itu ‘mengganggu’ hubungan cintanya.
Kekejaman Fabienne Kabou itu dapat disaksikan hasil rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian yang menunjukkan wanita dari Senegal itu menolak anak perempuannya Adelaide ke pesisiran pantai di Berck sur Mer pada 19 November lalu.
Mayat Adelaide ditemui nelayan dalam keadaan masih diikat pada kereta sorongnya.
Dengan menggunakan data DNA yang ditemui pada kereta sorong itu, polis menahan Fabienne, 36, di sebuah rumah yang dikongsi dengan kekasihnya berusia 63 tahun di Paris 10 hari kemudian.
Penuntut jurusan falsafah itu memberitahu polis, dia mengambil tindakan kejam selepas melihat kehadiran Adelaide ‘mengganggu’ hubungannya dengan lelaki terbabit yang juga bapa mangsa.
Kepada kekasihnya, Fabienne mendakwa Adelaide sudah diserahkan kepada neneknya di Senegal.
Fabienne ditahan Sabtu lalu dan disoal hakim dalam sesi mahkamah tertutup sebelum diarahkan disiasat atas tuduhan bunuh.
Peguamnya Fabienne Roy-Nansion berkata, wanita terbabit mengakui perbuatannya.
Bapa kanak-kanak itu dilaporkan berkata Fabienne ibu yang baik, malah jiran ditemui juga terkejut dengan kejadian itu.
Kejadian itu menimbulkan kemarahan ratusan orang yang berhimpun di luar mahkamah serta pesisiran pantai dengan membawa atau memakai barangan berwarna putih - cara warga Perancis memprotes dalam kes membabitkan keganasan terhadap kanak-kanak.
Sementara itu, pakar perundangan di Mahkamah Rayuan Paris, Gerard Lopez berkata, perbuatan Fabienne tidak boleh dianggap sebagai tindakan orang gila, sebaliknya sudah dirancang . “Siasatan kini perlu melihat sama ada dia menjadi mangsa penderaan fizikal atau psikologi pasangannya. “Ada orang yang menjadi keanak-anakan dan narsisistik selepas menjadi ibu.
“Kita perlu mengkaji sama ada wanita itu terdorong akibat tekanan untuk memenuhi kehendak kekasihnya yang mahukan perhatiannya,” katanya. 
- Agensi

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP