GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 20 Januari 2010

Naik Lori ada air Con

Dua hari dah kawan naik lori kerana atas urusan membetulkan laluan harian perjalanan bersama pemandu dan krew..Perkara ini biasa bila ada kawasan perumahan yang baru dibuka dan juga setiap laluan kena update pada setiap masa yang ditentukan agar trafik berjalan lancar..dengan ketetapan masa yang standart juga akan menyenangkan penghuni bila hendak melupuskan sisa pepejal domestik dari rumah mereka..

Disini juga pihak atasan akan tau betapa seksanya kerja kerja orang bawahan yang berjemur dibawah panahan mentari..pemandu boleh tahan kerana lori lori yang dibekalkan dengan alat penghawa dingin..tapi dalam masa yang tertentu pemandu perlu turun untuk membantu krew dibawah untuk meloading jika kawasan itu adalah pusat tong..

Pemandangan dari arah kiri kepala lori yang sempat kawan rakam..Taman perumahan yang baru dibuka..


Sempat juga kawan rakam disatu lorong belakang yang berkeadaan pelik..Objek objek begini boleh menganggu perjalanan sebuah lori..

Adakala kawan rasa nak terlelap kerana kesejukan didalam lori..dibuai pula oleh lagu lagu yang dimainkan dari cd player..tapi tak boleh leka kerana setiap bilangan premis kawan kena catit..begitu juga dengan odometer dan juga masa..Tujuan sebenar rekod laluan perjalanan ini dibuat untuk tidak membolehkan pemandu pemandu dan krew krew mencilok kerja..meski pun setiap lori telah dibekalkan alat pengesan AVLS..

.

** Bersama kita menjaga persekitaran kita kerana ''Kebersihan asas kesempurnaan Iman ''..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP