Senyum dipagi hari Jumaat ( Jogging )
Tweet
Setelah membuat janji pada petang semalam untuk berJogging pada pagi ini maka Kak Zakiah dan Rozita memulakan Jogging dijalan kawasan perumahan mereka..
Kak Zakiah : '' Zita bila kita lalu dihadapan rumah mamat Bangla tu nanti kita lari laju laju yer..bukan apa Akak segan lah dia orang pandang pandang nanti ''..
Rozita : '' Arh ..biarlah Kak ..kita lari macam biasa jer..lagi pun mamat Bangla tu tentu masih belum bangun tidor lagi ''...
Kawasan Taman mereka itu memang ada penyewa yang menyewakan rumah kepada mamat mamat Bangla yang bekerja disebuah setesen minyak ternama di Bandar tersebut..
Rozita : '' Bagus berjogging ni ye kak..boleh membakar kalori..tengok akak punya Stamina yang masih stabil..tak nampak penat pun ''...
Kak Zakiah : '' Rahsia dan petua orang lama lama masih Akak amalkan lagi ''..
Sedang melewati rumah mamat mamat Bangla itu Rozita dan Kak Zakiah terus melajukan larian terus lalu pula dihadapan rumah Nyonya kertas..kebetulan pula anjing Nyonya kertas pada hari itu lepas dari tambatan nya maka anjing Nyonya kertas menyalak mereka berdua lalu mereka pusing semula dan masuk kedalam Porch rumah sewaan mamat mamat Bangla untuk menyelamatkan diri dari anjing itu..kebetulan pagar rumah mamat Bangla itu tidak pula berkunci..
Zafrool Khan : '' Eii ..Akak dan Puan sini rumah saya mau Jogging ka..tunggu saya siap dulu mau ikut sama yaaa ''..
Rozita dan Kak Zakiah masih lagi tercungap cungap..
*** Selamat bercuti untuk seluruh warga Pahang am nya..Hari ini hari HOL..
Read more...