Remaja bingung ayah gatal
Sambil menarik dalam dalam asap rokok cap tengkorak Rosli Ghani menunjukkan satu berita dalam satu Surat khabar hari ini - klik ( siNi ) kepada Encik Topik yang sedang rancak menghirup tea tarik meski pun kadar kandungan gula dalam darah encik Topik sudah sampai ke paras berjaga jaga..
Rosli Ghani : '' Woih..cuba aok baca ruangan bimbingan dalam surat khabar ni..kisah ayah budak ni yang gatai ''..
Encik Topik : '' Lor Li.. tidak menjadi kehairanan sekarang ni..memang banyak ayah ayah yang gatai..ini tentu punca dari godaan wanita dan juga pengaruh SMS yang cukup kuat ''..
Rosli Ghani : '' Dah yang ayah nya turut melayan buat apa..ce kalu diam tak layan tentu tak jadi punya ''..
Encik Topik : '' Bior je Li..kot ramai lagi yang dah berumur suka layan dengan SMS ni..zaman remaja dia orang dulu tak jumpa benda benda gini ''..
Suasana hening seketika..Rosli Ghani menghirup tea tarik beliau yang tinggal separuh cawan lagi..kelihatan asap rokok memenuhi dalam cawan lalu ditelan sama mengikut air tea tarik..
Rosli Ghani : '' Aok macam nyokong pulak dah..kot nanti anak aok pula yang jadi bingung sebab aok pula yang gatai..ada koi dengor dengor dulu hendphone aok kena lontar dek akak.. ha! ha!
Encik Topik terkebil kebil biji mata dan terus berlalu lantas membayar minuman beliau sahaja..
*** Roti telur 2..tea tarik gelas besar 1...''