Senyum dipagi hari jumaat ( Ekspo Jualan murah )
Boleh dikatakan ada banyak tempat dalam setiap daerah ada Ekspo jualan murah.. ini juga ada di Bandar berdekatan dengan Perumahan Kak Zakiah dan Rozita..
Rozita : '' Akak tau dak kat kawasan Dataran bandar kita ni ada Ekspo Jualan murah..baru 2 hari mula..saya dah pergi ..banyak terdapat pakaian dan segala macam aksesori perhiasan diri yang murah murah ''..
Kak Zakiah : '' Ishkk aok ni Zita..apa kelas shopping kat Ekspo macam gitu ''..
Rozita : '' Itu lah Kak..kita sebagai pengguna semestinya tidak mengikut kelas tersendiri..jika tidak macam mana perniagaan dia orang nak berkembang maju ''..
Kak Zakiah : ''..Akak tau..tapi tempat terbuka macam tu buat akak rimas dah tu panas pula..tak kuasa akak nak pergi tempat macam itu ''..
Tiba tiba terdengar suara dari dalam rumah Kak Zakiah..
Suami Kak Zakiah : '' Kiah oii..mana pergi Baju Batik abang yang aok beli kat Pekan sehari Temerloh tu..nak bawa sekali untuk kursus ni ''...
Kak Zakiah tersipu dan Rozita terus tersenyum sambil berlalu masuk kedalam rumah..
*** Lama dah tak masuk Pekan Sehari ni..