Malam jumaat punya cerita ( Kenan )
Ini ada cerita berkenaan orang yang berkahwin tapi masih tiada mendapat anak.. Kawan kome tinggal di sebuah Kampung bernama Kampung Chengal Lempong Balok Kuantan..
Mereka telah berkahwin selama 7 tahun tapi tiada mendapat cahaya mata..telah rata berubat dan juga telah minum air tasik Dayang Bunting Langkawi tapi masih tidak juga mengandung.. dia pun disyorkan oleh seorang sedara untuk mengambil anak angkat..tujuan mengambil anak angkat itu adalah untuk KeNan agar membolehkan isterinya mengandung..
Ternyata setelah mengambil anak angkat tersebut isteri beliau pun mengandung..
Dan turutan dari itu setelah kawan tidak berjumpa beliau selama 4 tahun..maka beliau sekarang telah di anugerahkan 4 orang anak..setahun 1..
'' Laju rodong kita tu yer..berkat anak angkat yang keNan tu agaknya ''..kata kawan pada Akak..
'' Arhh..ngarut lah aok..itu semua kuasa Tuhan '' jawab Akak pula..
'' A'ah..kalu kita nak tambah anak lagi..baik kita amik anak angkat sara dan jaga baik baik..mana tau keNan dapat lah baby '' kata kawan..
'' Lor..aok.. hok yang ada ni pun puntang panting aok nak nyaranya..ada pulok nak amik anak angkat ''..kata Akak dengan selamba nya..
Dan kawan mula teringat kepada awek lama kawan Nor Azimah..agok berapa lah anak dia yer..
*** Membilang hari dan jari bila lah nak gaji.. waka!
* Kenan = Seyman = mengikut..
Contoh ayat : - '' Pemuda itu Kenan monyet agaknya..itu pasal badannya berbulu sejak lahir ''..