Senyum dipagi hari jumaat ( Lewat dan berubah )
Hari ini terlewat bangun untuk pergi kerja..selalu terdengar suara Kak Zakiah dan Rozita pagi pagi lagi..tapi hari ini sunyi ..tak tau kemana pergi..
Setelah bersiap lebih kurang dengan badan yang rasa suam suam kuku..terus bergegas menuju kereta bagi warm up engine..Akak ajak minum buat tak tau sebab Encik Topik sudah menunggu di warung belakang Pejabat Pos..
'' Minyak sama Gula sudah naik '' kata Encik Topik memulakan perbualan sambil baca surat khabar..
Dalam hati kawan berkata..pandai nya Kerajaan sekarang..dan kawan mula mencongak congak bahawa PRU 13 nanti kawan pasti akan berubah..
Selesai minum terus pergi Klinik ambil ubat..sebab badan rasa suam suam kuku dari malam tadi lagi..
'' Oh..manis pekerja baru Klinik ni ke ''..Kata Kawan dalam hati..
Sesudah ambil ubat nampak pula Rosli Ghani sedang tekun bekerja dikawasan Landskap untuk trim pokok pokok renek disitu..
Sambil mengangkat tangan ke arah kawan..
Dan kawan berlalu untuk masuk pejabat yang sepatutnya kawan mula kerja pada jam 0630 pagi tadi..
*** Lambat satu hari saja tak apa kan?..