GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 3 Ogos 2010

Padah beramai kena seorang

( kewek * sumber google)

Ketika tampuk pentadbiran Tok 4 Mehmood yang masih lagi menjalankan kerja kerja pentadbiran Kampung..tidak terlepas situasi dimana '' pagar roboh akibat dirempuh kerbau lantas habis lah segala semaian sayur serta tanaman pisang yang ditanam ''..

Satu hari salah seorang penduduk mengadu..

'' Habis pagar koi tumbang dan habis segala anak pokok koi yang baru tanam dibaham oleh kerbau Pak Sentoi ter ''..marah aki Katan dengan meluap luapnya..

'' Sabor..aok tak boleh tuduh melulu..ntah ntah Coyok ( babi ) yang mebaham kebun aok te '' ..kata Tok 4 Mehmood..

'' Dak..kesan memang kesan kerbau..ikot hati mau koi parang jer Pak Sentoi tu..baru tau ''..marah lagi Aki Katan..

Keesokan harinya Tok 4 Mehmood didatangi oleh Pak Sentoi pula..

'' Ni koi nak ngadu ke Tok 4 ni..sedang elok koi sampai ke kedai Wahab tu..tiba tiba Aki Katan bantai koi dengan sebijik penumbuk dia..tak tau kes mende ''..ngadu Pak Sentoi..

'' Dia maroh ke aok sebab kerbau aok redah kebun dia agoknya..semalam dia ada ngadu kat kawan ''..kata Tok 4 Mehmood..

'' Lor..tak guna punya Aki Katan..kerbau tu kan ke kerbau pawah..kerbau Tok 4 ada..kerbau wahab ada..kerbau Jali ada..kerbau Pak Itam Sohok ada..kerbau tok Imam Ripin juga ada..ngapa koi sorang je kene penumbuk Aki Katan ni..patutnya aok pun kena juga Tok 4 ''..kata Pak Sentoi..

'' Laa..arh ah yerk..nasib aok le ni dak ''..kata Tok 4 Mehmood ..

*** Apo dah punya Tok 4..he he!

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP