Puasa pertama ( mencari gerai dan restoran )
Selepas solat subuh kawan terus sahaja bersiap siap untuk pergi kerja..jarak rumah antara tempat kerja kira kira 3 km saja..
Sampai di pejabat terus punch card..pekerja pekerja lain tidak banyak bercakap dan ada yang menguap guap lagi..setelah roll call pagi dan arahan kerja diberikan semua bergegas ke lokasi masing masing untuk memulakan Operasi..
Jam telah pukul 0815 pagi..waktu untuk megetea..kebetulan kawan sekerja pejabat ada urusan kerja ditempat lain maka tidak dapat bersama untuk turun mengetea..
Kawan mula memasuki kawasan bandar..sambil menjeling jeling pekerja yang membuat kerja dengan tekunnya..kawan terus sahaja membeli 2 naskah suratkhabar di sebuah gerai ditepi jalan Utama..
Tempat biasa untuk mengetea adalah di belakang pejabat Pos..di situ juga ada nasik berlauk kegemaran kawan..yang sedap lauk masak lemak ikan tongkol sama timun.. dan juga ayam masak lemak nogori yang begitu menyelerakan kawan..kena pula dengan tea tarik gelas besar..
Kawan memasuki kawasan parkir dan..kenapa pula gerai belakang pejabat Pos tutup..tiada orang dekat situ..tiada kelibat encik Topik mau pun Rosli Ghani..
Terus sahaja kawan ke kawasan bandar baru..di situ ada sebuah restoran mamak yang boleh tahan juga roti telurnya..kena pula cicah dengan kari daging kambing..tiada orang juga..restoren mamak itu pun tutup..
'' Tak nak berniaga dah ke dia orang ni ''..cetus kawan dalam hati..
Lantas kawan memandu ke arah satu lagi kawasan bandar..di mana situ terdapat banyak gerai gerai yang menjual beraneka kuih muih serta nasik beraneka nasik untuk sarapan pagi..semua nampak lengang..semua tak berniaga..kenapa yer..
'' Mizi..aok tau kenapa semua gerai makan dan restoren tutup hari ini..nak mengetea pun payoh ni ''..tanya kawan kepada seorang pekerja bernama Tarmizi yang bertugas di kawasan itu..
'' Lor..incik tak tau ka hari ni puasa ''..jawab Tarmizi..
*** Adeh ! adeh !..tak logik sungguh boleh lupa hari ini umat islam diseluruh dunia telah berpuasa ..