Puasa pertama ( mencari gerai dan restoran )
Selepas solat subuh kawan terus sahaja bersiap siap untuk pergi kerja..jarak rumah antara tempat kerja kira kira 3 km saja..
Sampai di pejabat terus punch card..pekerja pekerja lain tidak banyak bercakap dan ada yang menguap guap lagi..setelah roll call pagi dan arahan kerja diberikan semua bergegas ke lokasi masing masing untuk memulakan Operasi..
Jam telah pukul 0815 pagi..waktu untuk megetea..kebetulan kawan sekerja pejabat ada urusan kerja ditempat lain maka tidak dapat bersama untuk turun mengetea..
Kawan mula memasuki kawasan bandar..sambil menjeling jeling pekerja yang membuat kerja dengan tekunnya..kawan terus sahaja membeli 2 naskah suratkhabar di sebuah gerai ditepi jalan Utama..
Tempat biasa untuk mengetea adalah di belakang pejabat Pos..di situ juga ada nasik berlauk kegemaran kawan..yang sedap lauk masak lemak ikan tongkol sama timun.. dan juga ayam masak lemak nogori yang begitu menyelerakan kawan..kena pula dengan tea tarik gelas besar..
Kawan memasuki kawasan parkir dan..kenapa pula gerai belakang pejabat Pos tutup..tiada orang dekat situ..tiada kelibat encik Topik mau pun Rosli Ghani..
Terus sahaja kawan ke kawasan bandar baru..di situ ada sebuah restoran mamak yang boleh tahan juga roti telurnya..kena pula cicah dengan kari daging kambing..tiada orang juga..restoren mamak itu pun tutup..
'' Tak nak berniaga dah ke dia orang ni ''..cetus kawan dalam hati..
Lantas kawan memandu ke arah satu lagi kawasan bandar..di mana situ terdapat banyak gerai gerai yang menjual beraneka kuih muih serta nasik beraneka nasik untuk sarapan pagi..semua nampak lengang..semua tak berniaga..kenapa yer..
'' Mizi..aok tau kenapa semua gerai makan dan restoren tutup hari ini..nak mengetea pun payoh ni ''..tanya kawan kepada seorang pekerja bernama Tarmizi yang bertugas di kawasan itu..
'' Lor..incik tak tau ka hari ni puasa ''..jawab Tarmizi..
*** Adeh ! adeh !..tak logik sungguh boleh lupa hari ini umat islam diseluruh dunia telah berpuasa ..
18 Merujuk kepada perkara diatas :
salam ramadhan..normal bg hari pertama tue heheheheh
he he he, macam2 kan, anyway selamat berpuasa
Assalamualaikum,
orang kat rumoh pulok lain ceritanya,
taim minum mula masak air, bancuh milo, baru minum sekerat gelas dengo tv mengucapkan salam ramadhan...hehehe. tak sempat abis segelas air...
Dugaaan hari pertama Ramadhan.
Selamat berpuasa keh ucapkan kepada en Syed yee, maafkan kalau ada silap salah dan tersinggung perasaan sepanjang kita mengenali dalam dunia berblog ini..
Sahur ke dok hari ni weh...
* Heh heh Selamat posa juga pada aok me semer2..sahur weh dengan burger 2 biji sorang...
pagi tadi aku tak sahur
>>__________<<
Salam ziarah!
Semoga mendapat Ramadhan yg diberkati pada tahun ini.
Al-Mankaraqi
tak sahur ke?
Eleh.... alasan la ter nak pegi makan... hohohohooh....
kedai nasik ayam cina ada bukak. agak laris jualannye di bulan ramadhan.
hohooh
Terlajok kereta boleh gostan terlajok masuk makanan bulan pose abis tetelan hehehe :)
Salam Ramadan En. Releven,
Nasib le tak jumpa kedai yang bukak, bayangkan kalau En. Relevan masuk dan order makanan dan makan dengan selambanya...tak lama kemudian, sampai pulak orang pejabat Agama.....mau femes jadinya En. Relevan! :-)
Selamat berbuka.
salam..
paroh la cenggitu
tapi raya cepat je la yek
he he...
ntah2 tak niat pun. wahahaha..
Kebetulan kalau ada kedai buka, aokpun masuk dan oder. Selepas kenyang dan sendawa baru teringat ke bulan puasa. Aduh! teruskan ajelah puasa tu. Ari itu akan jadi ari berpuasa yang sihat...Rasa-rasanya tok imam pun boleh terima...
kawan tak percaya awak lupa .. awak sengaja buat cerita untuk kenen orang lain kot !
Selamat berpuasa..
jgn buat gini pd hari raya pertama nanti... haru bebbb..
:)
Catat Ulasan