Sibuk nak berbuka
Jam 3 petang kebanyakan suri suri rumah telah sibuk didapur untuk menyediakan juadah berbuka puasa.. Ini terlalu awal bagi kak Rodziah untuk turun kedapur..
Selalunya kak Rodziah membuat persiapan berbuka pada pukul 0630 petang..ada banyak waktu untuk beliau bersenang lenang..
Suami beliau tidak suka untuk membeli juadah berbuka di Bazar Ramadan..tak sedap katanya..
Petang itu macam biasa kak Rodziah telah menyediakan juadah untuk berbuka pada pukul 0645 petang..terlewat sedikit kerana menonton siaran drama Tv di setesen 701 kegemaran beliau..
Dengan tergesa gesa Kak Rodziah telah berjaya menyiapkan segala lauk pauk dan juga kuih Onde Onde kegemaran suami beliau..
'' Time to berbuka..diminta Aina membacakan doa '' kata Kak Rodziah
Selesai sahaja Aina membaca doa..terus minum dan makan kuih dahulu..kecuali suami Kak Rodziah setelah minum air suam dan sebiji kurma pasti akan makan nasik..kebiasaan suami beliau sememangnya begitu..
'' Lor..mana nasiknya?..ni beras berendam sahaja nak bagi kome makan??''..kata Suami kak Rodziah..
'' Lor..sori bang !..tak petik suis ''..jawab kak Rodziah selamba..
Dan untuk berbuka hari itu suami kak Rodziah terpaksa makan nasik selepas beliau selesai solat terawih di Surau berdekatan..
*** Gigit telinga kak Rodziah baru tau..