GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 12 Ogos 2010

Sibuk nak berbuka

Jam 3 petang kebanyakan suri suri rumah telah sibuk didapur untuk menyediakan juadah berbuka puasa.. Ini terlalu awal bagi kak Rodziah untuk turun kedapur..

Selalunya kak Rodziah membuat persiapan berbuka pada pukul 0630 petang..ada banyak waktu untuk beliau bersenang lenang..

Suami beliau tidak suka untuk membeli juadah berbuka di Bazar Ramadan..tak sedap katanya..

Petang itu macam biasa kak Rodziah telah menyediakan juadah untuk berbuka pada pukul 0645 petang..terlewat sedikit kerana menonton siaran drama Tv di setesen 701 kegemaran beliau..

Dengan tergesa gesa Kak Rodziah telah berjaya menyiapkan segala lauk pauk dan juga kuih Onde Onde kegemaran suami beliau..

'' Time to berbuka..diminta Aina membacakan doa '' kata Kak Rodziah

Selesai sahaja Aina membaca doa..terus minum dan makan kuih dahulu..kecuali suami Kak Rodziah setelah minum air suam dan sebiji kurma pasti akan makan nasik..kebiasaan suami beliau sememangnya begitu..

'' Lor..mana nasiknya?..ni beras berendam sahaja nak bagi kome makan??''..kata Suami kak Rodziah..

'' Lor..sori bang !..tak petik suis ''..jawab kak Rodziah selamba..

Dan untuk berbuka hari itu suami kak Rodziah terpaksa makan nasik selepas beliau selesai solat terawih di Surau berdekatan..

*** Gigit telinga kak Rodziah baru tau..

13 Merujuk kepada perkara diatas :

sahromnasrudin 12 Ogos 2010 pada 4:09 PTG  

salam....takpe, makan angin la dulu kan hehehehe

AuntieYan 12 Ogos 2010 pada 4:37 PTG  

Salam En. Relevan,

Ha!..ha!...perkara yang sama pernah terjadi pada Auntie....sian Cik Din dah tunggu nak makan, tapi nasib baiklah ada nasi lebihan semalam yang dah dihangatkan...dia baham saja yang tu dulu.

p/s: En. Relevan pun macam suami Auntie juga...sabo je dengan kerenah isteri...kalau dapat laki yang baran, "selamat" le kami kena boxing gamaknya!

Sharinginfoz 12 Ogos 2010 pada 4:41 PTG  

hmmm dah masuk hari kedua kan..... nanti minggu depan kejap aja

Contest: Blogger

Alimaz-Kembara Terasing 12 Ogos 2010 pada 4:51 PTG  

hehehhe biasa terjadi dgn saya.... nasik tak petik suis...hahahhaha kena marah apa lagi...

Relevan 12 Ogos 2010 pada 4:53 PTG  

* wslm Sah .. makan angin kena tambang..

* Wslm AuntieYan.. tu lah sabor jer..hehe!..

* Mazru..Moh buke..

* A'ah lah Sharinginfoz..pastu dekat nak raya pula..

Relevan 12 Ogos 2010 pada 4:59 PTG  

* Yea Alimaz..kawan rasa ramai juge yang kena macam ni..bukan dibulan puasa sahaja..

zulkbo 12 Ogos 2010 pada 5:44 PTG  

salam...
makan onde2 je la
jawabnya berbuka kali ni
he he..syukur..orang
somalia makan lalat je wehh!

piewahid 12 Ogos 2010 pada 6:20 PTG  

huhu...
pernoh jadi gitu keknyer sib baik bkn bulan pose!

Aku Anak Pahang 12 Ogos 2010 pada 9:58 PTG  

Tak pe makan kuih dulu.. tak pun minum air aje dulu lepas tu kita makan nasi baru selera sikit :)

sonata anak kancil 12 Ogos 2010 pada 10:11 PTG  

sabo - sabo...bulan puasa buat banyak bersabo...ikut sunnah nabi...makan kurma je-cukup...
kalau makanan tak dapat dihidangkan / belum siap....pi solat dulu....kiranya releven ikut sunnah tu ! tahniah

al-lavendari 12 Ogos 2010 pada 10:27 PTG  

gigit telinga pun tak apa .. raya nanti minta mahap !

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP