GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 14 Ogos 2010

Al Fatihah untuk Pak Chu ( Tok4 Mahmud )

Pagi jumaat 13hb Ogos 2010 adik kawan Syed Zaidulhar menalipon kawan pada jam 0400 pagi..'' Chu dah tak ada ''..katanya ringkas..

''Innalillahiwainaillahirojiun''...kawan terkedu seketika..

Sememangnya Pak Chu kawan ni telah seminggu dimasukan ke HOSAS Temerloh akibat sering mengah..pada jumaat minggu lalu kawan berkesempatan menziarahi beliau..

'' Kapok ..moh ngetea kat Cafe..'' kata beliau kepada kawan..

'' Moh la..apa barang minum sini tak besh ''..kata kawan yang sememangnya sering bergurau dengan beliau..

Pak Chu masuk ke bilik air seketika..selepas keluar dari bilik air beliau menyatakan tidak larat untuk mengikut kawan minum di Cafe..

'' Tak larat lah Kapok..badan bergoyang lagi ni ..aok ajok Mak Chu je lah ''..kata beliau..

Itu kenangan terakhir kawan bersama Pak Chu..

Beliau telah lama menjadi Pengerusi JKKK Kampung Bukit Kelulut Temerloh Pahang..Beliau masih lagi bekerja sebagai Setia Usaha kerja UMNO Bahagian Kuala Krau..

Pemergian beliau sangat dirasakan terutama penduduk Kampung dan juga sanak saudara..
Kawan adalah salah seorang daripada anak Saudara beliau..sebab Pak Chu adalah adik bongsu kepada ibu kawan..

Beliau meninggalkan isteri dan 4 orang anak..

Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di tanah pekuburan Kampung Bukit Kelulut tersebut..

*** Semoga Pak Chu aman dan tenang disana ''... Al Fatihah..

12 Merujuk kepada perkara diatas :

Seroja Jingga 14 Ogos 2010 pada 5:16 PTG  

alfatihah..mati itu pasti..kita juga akan dijemput nanti..bersabr lah

senyumm 14 Ogos 2010 pada 8:43 PTG  

inna lillahi wainna ilaihi roji'un...semoga rohnya dicucuri rahmat

Aku Anak Pahang 14 Ogos 2010 pada 10:32 PTG  

Salam takziah dan alfatihah juga buat Pak cu. Semoga rohnya ditempat bersama org2 yang dimuliakan.

zulkbo 14 Ogos 2010 pada 11:09 PTG  

انّا للہ و انّا الیہ راجعون
moga arwah Pak Chu
di tempatkan di kalangan
orang yang soleh...
Al-Fatihah..

sahromnasrudin 15 Ogos 2010 pada 12:27 PTG  

al-fatihah utk arwah..semoga jasanya sentiasa lekat di minda penduduk kampung :-)

penjejak maya 15 Ogos 2010 pada 1:13 PTG  

salam,

yang hidup pasti akan menemui-Nya kembali..

al-fatihah buat Pak Chu..

piewahid 15 Ogos 2010 pada 6:21 PTG  

takziah,
smoga allahyarham ditempatkan di sisi org2 yg bberiman...

pacifist 16 Ogos 2010 pada 8:27 PG  

salam ramadhan buat en syed.semoga thn ini lbh baik dr thn sebelumnya.takziah atas permegian pak saudara.semoga ditempatkan di kalangan para kekasihnya,,amin..

Hanisham Ab Halim 16 Ogos 2010 pada 2:55 PTG  

Salam Takziah.... Semoga Pak Chu aman dan tenang. Al Fatihah...

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP