Hormati Azan bila berkumandang
Ini adalah 2 kisah benar yang terjadi kepada 2 orang pekerja binaan..
Kisah 1.
Seorang Hamba Allah sedang membuat kerja kerja pertukangan kayu membaiki disebuah sekolah.. pada waktu itu beliau sedang mengergaji kayu untuk membaiki pintu sebuah bilik darjah..waktu asyar sudah masuk bila kedengaran bilal melaungkan azan di sebuah masjid berdekatan..tapi Hamba Allah ini terus sahaja mengergaji kayu tanpa memperdulikan azan yang sedang berkumandang..
Tiba tiba entah macam mana beliau telah mengangkat gergaji itu melebihi paras pemotongan kayu dan..terus sahaja mengena ibu jari tangan beliau..akibat dari itu beliau dikenakan 4 jahitan di ibu jari tangannya..
Kisah 2.
Sekitar tahun 1990an..disebuah Taman Perumahan..seorang Hamba Allah ini membuat kerja part time dengan mengambil upah mengikat bata dan juga plaster simen..bersama kawan kawan yang bekerja dalam perkhidmatan kerajaan..kewangan tidak mencukupi untuk menampung keluarga kerana bergaji rendah..bekerja tanpa mengira waktu selepas waktu kerja normal tamat..bermula jam 0400 petang - 1000 malam..
Apabila untuk menyambung rumahan bahagian dapur..mesti ada dinding yang kena pecah..dinding simen dengan batu bata yang begitu kuat terpaksa dipecahkan juga..
Satu petang hampir waktu senja..kerja pecah simen dimulakan..dengan mengunakan penukul seberat 8 paun Hamba Allah ini memulakan kerja memecah batu..sekali hayun maka pecah berderai lah simen yang bercampur batu batu itu..
'' Weh..aok..berhenti dulu..dah Azan maghrib tu ''..kata rodong seorang lagi..
'' Tak per eh..koi nak teruskan pecah ni..bagi cepat sikit ''..jawab beliau..
Dengan tak semena mena..beberapa ketulan batu bata terus sahaja jatuh menghempap kaki Hamba Allah yang degil tadi..akibat dari itu beliau tidak dapat bekerja selama 1 minggu..Syukur tulang tidak patah..
*** Kisah 2 adalah kisah yang terjadi kepada kawan..selepas peritiwa itu ia sangat mengisafkan kawan..