Merdeka dan Rumah terbuka
Tadi semasa membuat rondaan kawasan bersama sama rodong sekerja sempat juga bersembang sembang dengan beberapa orang yang di temui..
Sembang berkisar tentang sambutan Merdeka dan sambutan hari Raya juga..
'' Kenapa ye..orang kurang mengibarkan jalur gemilang sekarang..ada kah semangat kemerdekaan telah luntur masa kini ''..tanya seorang rodong
'' Entah lah..lebih kurang macam tu lah gamoknya ''..jawab kawan ( padahal nak bendera percuma sahaja baru nak kibar )...
'' Encik nanti bila raya buat ke rumah terbuka ke? ''..tanya rodong itu lagi..
'' Macam biasa tiap tiap tahun mesti ada rumah terbuka..datang lah raya pertama kedua dan ketiga ''..jawab kawan..
Ini yang masalah..bila raya je siap tanya tentang rumah terbuka ke atau tak..rumah kena sentiasa terbuka kecuali di malam hari waktu nak tidor atau pun waktu balik Kampung..bila ada bunyi telivisyen atau anak anak menjerit maupun bergaduh laki bini..itu pun dah kira ada dalam rumah..walau pun pintu tidak terbuka..beri salam tentu pintu akan terbuka..itu di kira rumah terbuka juga..
*** merapek dah di kala tengahari begini..