Sudah mula ajak membeli belah
Bila balik kerja tadi Akak mula tersenyum simpol..ini mesti ada apa apa punya..selalu tak macam ni..
'' Dengar cerita aok dah dapat gaji yer ''..kata Akak..
'' Tak adalah..ada masalah di Payroll department..gaji akan keluar pada pukul 9 malam ni ''..jawab kawan..
'' Lor..ingatkan nak ajak membeli belah ''..kata Akak lagi..
'' Ishk..tunggu lagi 2 hari dekat raya baru kita membeli belah untuk raya ''..jawab kawan..
Terus sahaja akak diam dek kerana saban tahun begini lah kome selalu membeli belah pada saat akhir..baru terasa keseronokan nak beraya..
*** Siapkan duit sahaja..