Bekalan ayam, daging cukup - Ismail Sabri
BERA 29 Ogos - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberi jaminan bekalan ayam dan daging bagi keperluan umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri adalah mencukupi.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, persatuan penternak dan pembekal ayam telah memberi jaminan mampu menyediakan bekalan yang diperlukan oleh pengguna.
Menurutnya, kerajaan juga telah menetapkan harga siling bagi ayam bersih antara RM7.20 hingga RM7.80 sekilogram.. selanjut klik ( siNi )
'' Jangan lah buat kalut Li..bekalan daging cukup punya untuk sambut raya tahun ni..Menteri dah beri jaminan tu ''..kata Encik Topik kepada Rosli Ghani yang semacam risau je tadi..
'' Laa..koi bukan risau pun bekalan daging cukup ke tak cukup ke..koi risau kat Company koi ni..ada ke tak dia bagi Bonus untuk raya ni...kalau tak ada macam ner nak koi beli daging ..alamat habis lah ayam ayam yang koi bela di belakang rumah tu ''..jawab Rosli Ghani..
*** Sabar Li sabar..ada punya..