GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 22 September 2010

Sembang Broker

Semasa minum pagi tadi pekena pula tea tarik gelas besar sama nasik berlauk ayam sempat juga kawan dengar perbualan dari orang meja sebelah..kawan pasang telinga sambil membaca suratkhabar.. Rodong kawan sibuk layan SMS mungkin dari awek beliau..

Apa yang kawan dengar ini sembang berbunyi hal tanah lombong bijih besi..menarik minat juga kawan untuk mencuri dengar..

'' Kat Jerangsang koi dah survey..situ ada 8 hektar..tanah tersebut dipercayai ada mengandungi bijih besi ''..kata seorang dari mereka..

'' Kalu macam tu kita jangan tunggu lagi..moh deras kita tengok..jika betul ada kita cari tokey cepat cepat ''..kata seorang lagi..

'' Nanti bagi tau Mamat..suh dia bawok Kembara dia..kita 4 orang pergi tengok..air dan makanan ni aok bayor dulu yerk ''..kata seorang yang lagi satu..

'' Aok bayor dulu lah air ni..nanti dapat projek te tentu juta juta punya ..kome kira kendian ''..kata yang mula mula tadi..

'' Lorr..ngape payah ngat aok semer ni..kita bayor hak masing masing jer ''..kata seorang yang lagi satu..

'' Minyak kereta kembara tu nanti kita suruh Mamat je yang isi dulu..jam 1000 karang kita boleh bergerak ke Jerangsang ''..kata yang mula mula tadi..

Kawan mendengar sambil tersengih..rodong kawan yang sedari tadi melayan SMS pun tersengih juga..sama ada tersengih ke sembang broker broker tadi atau pun tersengih ke SMS awek ..tiada lah kawan mengetahui..

*** Pernah juga rasa nak jadi Broker ni..tapi Broker kebun Pisang sahaja..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP