GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 16 Oktober 2010

RM500 untuk kakitangan awam

Pembentangan bajet 2011 telah selesai dilakukan oleh PM semalam.. berita yang dinantikan oleh penjawat awam ia lah pengumuman imbuhan hujung tahun..

Dengan ini Bajet 2011 telah meringankan beban penjawat awam untuk menampung persediaan persekolahan anak-anak, sejumlah RM500 diberikan kepada gred 54 dan ke bawah..

'' Hanya RM500 saja?.. haduii..ini kawan rasa tidak mencukupi untuk perbelanjaan persekolahan anak anak kawan tu ''..luah encik Topik kepada Rosli Ghani sewaktu mereka sedang bersenang lenang sambil minum tea di sebuah gerai ..

'' Lor..cukup lah tu..aok patut bersyukur lah..yang koi ni pekerja swasta harap kepada ehsan Syarikat je..ni pun tak tau ada ke tidak bonus '' kata Rosli Ghani sambil menjeling jeling tubuh gadis manis pekerja gerai tersebut..

'' Anak kawan 3 orang sekoloh menengah..2 orang di sekoloh rendah..yang sekoloh menengah tu banyak pakai duit..haru ni..kena meminjam juga lah kawan hujung tahun ni ''..kata encik Topik..

'' Ni lah aok..aok sepatutnya prepare dari awal tahun lagi untuk kos sekoloh anak anak ni..kalu aok simpan RM100 sebulan untuk tabungan persekolahan koi rasa dah cukup ''..kata Rosli Ghani dengan buah fikirannya..

'' Aok boleh cakap lah Li..anak semua tak sekoloh lagi..pekerja swasta macam aok ni kalau Syarikat untung ..paling tidak dapat juga sebulan gaji bonus ''..jawab encik Topik sedikit panas..

Rosli Ghani terus sahaja memotong cakap dengan membawa isu yang lain setelah melihatkan ensik Topik berada dalam sedikit kepanasan..di sudut hati Rosli Ghani memperlihatkan kegembiraan kerana Syarikat dimana Rosli Ghani bekerja berjanji akan memberi 2 bulan bonus pada hujung tahun ini..

*** Kekadang untung juga pekerja Swasta ni..kekadang saja !

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP