GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 26 Oktober 2010

kelapa sawit dan hari gaji encik Tarmizi


* Ini gambar kebun sawit yang dipinjam..bukan kebun encik Tarmizi tau..


Hari ini 26hb Okt 2010..hari ini juga adalah hari gaji bagi encik Tarmizi..beliau ada lah seorang pekerja yang berpendapatan sederhana..gaji pokok beliau adalah RM650 sebulan..tiada sebarang elaun..kerja lebih masa kadang kadang mengikut keperluan Syarikat..Gaji begini sememangnya tidak mencukupi langsung untuk orang yang sudah berumah tangga..begitu juga untuk orang bujang macam encik Tarmizi..

Encik Tarmizi menggunakan kereta proton Wira untuk berulang alik pergi kerja..Ini yang menjadi sedikit kehairanan daripada pekerja pekerja lama..macam mana encik Tarmizi mampu berkereta..sepatut nya orang bujang yang bergaji kecil bermotosikal sudah memadai..belanja pun jimat..encik Tarmizi tidak lokek..beliau sering menolong kepada kawan kawan yang mengadu sesak..

Ini yang membuat salah seorang daripada pekerja begitu teruja untuk bertanya kepada encik Tarmizi..

'' Hari ini hari gaji..macam mana aok buat bajet..cukup ke aok bayar kereta dan membuat segala perbelanjaan seharian aok ''..kata pekerja itu..

'' Cukup..InsyaAllah..kita selepas tamat waktu bekerja jangan lah duduk diam saja kat rumah tanpa berbuat apa ''..kata encik Tarmizi..

'' Aok ada projek apa selain daripada kerja makan gaji ni ''..kata pekerja itu..

'' Adalah mengusahakan kebun kelapa sawit yang koi tanam 7 tahun yang lalu..sekarang sudah menikmati hasilnya ''..jawab encik Tarmizi..

*** Patutlah tadi encik Tarmizi lawa kawan ajak makan tengahari..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP