Tiga wanita ceroboh rumah teman lelaki
KEMAMAN 31 Okt. - Berang kerana cintanya tidak berbalas, seorang wanita mengajak dua rakannya menceroboh dan merosakkan peralatan di rumah teman lelakinya di Jalan Da Omar di sini Jumaat lalu.
Suspek bertindak demikian terhadap pemuda berusia 27 tahun yang bekerja di kampung itu, setelah dikatakan menjalin hubungan dengan gadis lain berusia 19 tahun.
Ketua Polis daerah, Supritendan Abdullah Sani Salat berkata, semua suspek bagaimanapun berjaya ditahan jiran-jiran mangsa sebelum menyerahkan mereka kepada pihak polis.
Beliau berkata, siasatan pihaknya mendapati kejadian berlaku akibat cemburu.
"Tiga suspek berusia antara 18 dan 26 tahun, telah pergi ke rumah berkenaan dan melepas geram dengan merosakkan pemain cakera padat dan telefon bimbit menyebabkan kerugian RM200," ujarnya.
Tambahnya, semua mereka akan dituduh di mahkamah esok, di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan denda RM5,000..
* Tu dia..Ini sudah kira hebat.. Ingat macam mana pulak yer..Jika ada wanita yang mencintai Suami orang tapi Cinta nya tidak berbalas..mau kena serang ke rumah Suami orang itu..heh! heh !..
*** Takot untuk bercinta lagi..``