GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 1 November 2010

Tiga wanita ceroboh rumah teman lelaki

KEMAMAN 31 Okt. - Berang kerana cintanya tidak berbalas, seorang wanita mengajak dua rakannya menceroboh dan merosakkan peralatan di rumah teman lelakinya di Jalan Da Omar di sini Jumaat lalu.

Suspek bertindak demikian terhadap pemuda berusia 27 tahun yang bekerja di kampung itu, setelah dikatakan menjalin hubungan dengan gadis lain berusia 19 tahun.

Ketua Polis daerah, Supritendan Abdullah Sani Salat berkata, semua suspek bagaimanapun berjaya ditahan jiran-jiran mangsa sebelum menyerahkan mereka kepada pihak polis.

Beliau berkata, siasatan pihaknya mendapati kejadian berlaku akibat cemburu.

"Tiga suspek berusia antara 18 dan 26 tahun, telah pergi ke rumah berkenaan dan melepas geram dengan merosakkan pemain cakera padat dan telefon bimbit menyebabkan kerugian RM200," ujarnya.

Tambahnya, semua mereka akan dituduh di mahkamah esok, di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan denda RM5,000..

* Tu dia..Ini sudah kira hebat.. Ingat macam mana pulak yer..Jika ada wanita yang mencintai Suami orang tapi Cinta nya tidak berbalas..mau kena serang ke rumah Suami orang itu..heh! heh !..

*** Takot untuk bercinta lagi..``

8 Merujuk kepada perkara diatas :

azzey 1 November 2010 pada 12:13 PTG  

relevan: ni mmg betul hebat nih!

Aku Anak Pahang 1 November 2010 pada 12:52 PTG  

Kumbang bukan sekor ..cari je yang lain :)
*Hebat berlake org tine skg nie yeek :(

piewahid 1 November 2010 pada 2:15 PTG  

huh, ganas, ganas, ganas...

kala ande mase tak daye, dan dia nok juga, goner lah kita en. syed? lari keliling rumah pakai kain pelikat jwbnya.... he3

Yunus Badawi 1 November 2010 pada 3:55 PTG  

Nasib baik mamat tu takde kat rumah. Kalau tidak, mahu dia kena rogol oleh 3 org gadis tu. Sadis sungguh ngeeee

Cik SHiNJU 1 November 2010 pada 4:09 PTG  

Tak malu btl ar...
goner nk pakse klu org dah tamboh..

lalink7 1 November 2010 pada 4:35 PTG  

takot utk becinta lg? nak becinta lg ker? hehe..bukan dah nikah? hehe

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP